masjid al-a'laa |
Zaman yang serba moden ni , khutbah jumaat kini dilihat ( pandangan pribadi ) , sebuah ibadat yang sudah menjadi adat . Ramai yang tidak mengambil peduli isi khutbah dan ada diantaranya lebih suka bersembang , merokok dan mengabaikan isi khutbah yang sepatutnya menjadi medium mmperingati orang-orang islam tentang kelalaian mereka dalam mencari keredhaan Pencipta pada minggu itu .
Lebih malang lagi , ada yang pergi menunaikan solat jumaat hanya kerana ramai kawan yang pergi atau mahu berjumpa dengan rakan . Sedangkan , perhimpunan yang Allah wajibkan untuk kaum adam yang baligh ini adalah untuk kita mencari dan menganalisa kesilapan dan kesalahan kita , disamping mendengar nasihat dan teguran daripada khatib .Begitulah tujuan perhimpunan migguan ini diwajibkan . Ironinya , sesetengah jemaah mengabaikan pengisian itu .
Bagi khatib pula , perlu ditegaskan bahawa , khutbah yang bakal disampaikan itu haruslah bersemangat dan sedap didengar oleh jemaah . Khatib juga boleh menegur sikap sebahagian jemaah yang mengabaikan pengisian khutbah sepertimana yang dilakukan dizaman rasulullah . Dalam bahasa mudahnya , khatib perlu berkhutbah bukannya baca khutbah .
Tetapi khutbah jumaat yang ana dengar di masjid Al-A'la Jitra pada minggu yang lalu sangat terkesan dalam jiwa ana dan mungkin para jemaah yang lain . Intonasi khutbah yang disampaikan juga pernuh dengan semangat , terasa sinar keinsafan menusuk laju kedalam kalbu .
''subhanlallah . perngisian khutbah jumaat tadi sangat awesome , berkesan dan terkesan . itu baru berkhutbah , bukan baca khutbah '' , bisik diri mengenangkan khutbah jumaat tadi .
antara isi khutbah itu ialah :
1. ''wahai para remaja , bangkitlah untuk menegakkan agama Allah . Lihatlah bertapa hebatnya para remaja d izaman rasulullah . contohilah mereka . Tidakkah kamu berasa malu dengan rasulullah ? , kamu mengharapkan syafaat rasulullah , tetapi apa yang kamu lihat setiap hari bukan perkara yang diredhoi rasulullah . kamu mengharapkan syafaat rasulullah , tetapi setiap perkataan yang keluar dibibirmu bukan seperti yang diajar oleh rasulullah ''.
2.'' wahai para remaja , gunakanlah akal kamu sebagai pengikat ketika dirimu ingin melakukan maksiat . ikatlah diri kamu dengan akal dan imanmu ketika kamu ingin melakukan maksiat . ketahuilah olehmu bahawa ''
3. '' sedangkan Allah dan para malaikatpun berselawat ke atas nabi , ( tunggu apa lagi ! ? ) wahai orang-orang yang beriman , marilah kita berselawat kepada nabi dan ucaplah salam penghormatan kepadanya Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (Surah al-Ahzaab, 33: 56)''
Tiada ulasan:
Catat Ulasan