- بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ -
Alhamdulillah , in sya Allah artikel pada kali ini akan membicarakan tentang antara nikmat Allah yang terbesar iaitu pendengaran dan penglihatan .
kata ulama tasawuf ,
''pendengaran dan penglihatan itu seperti makanan , sebahagiannya menjadi penawar dan sebahagiannya menjadi racun ''
errrkk :D alhamdulillah ~ |
Seperti yang kita tahu , fitrah manusia gemar kepada makanan dan minuman . Bayi yang baru lahir , tidak tertarik kepada pakaian , tidak tertarik kepada mainan tetapi tertarik kepada makanan (susu ibu ) . Dalam kehidupan seharian kita , keperluan yang terpenting untuk meneruskan hidup ialah makanan . Sehingga mana ada yang sanggup berbunuhan disebabkan makanan .
Ya . Seperti yang kita tahu makanan penting untuk meneruskan kehidupan . Tetapi pemilihan makanan juga penting untuk menjaga kesihatan .
-------------------------------------------------------------
Kepentingan Makanan Berkhasiat
pilih makanan seimbang ~ |
Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.
1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.
Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.
2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.
Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.
3. Mampu mengawal kadar obesiti.
Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.
4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.
Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.
*sumber
-----------------------------------------------------------
Jika faktor pemakanan memberikan kesan kepada kesihatan fizikal manusia . Pendengaran dan penglihatan juga memberi kesan kepada kesihatan manusia . Bukan kesihatan fizikal , tetapi kesihatan mental atau rohani
Cuba tanya diri kita , dalam penggunaan nikmat mendengar dan melihat dalam kehidupan , berapa peratuskah kita gunakan untuk manfaat yang baik dan berapa peratus untuk sebaliknya .
kita tidak sedar , ramai diantara kita mengalami masalah obesiti (kegemukan) pada nafsunya , dan penyakit anoreksia nervosa (penolakkan terhadap makanan) pada imannya .
kita tidak sedar , ramai diantara kita mengalami masalah obesiti (kegemukan) pada nafsunya , dan penyakit anoreksia nervosa (penolakkan terhadap makanan) pada imannya .
penyakit iman :anoreksia nervosa (penolakkan terhadap kebaikan) |
Ramai orang kata ,
''aku bukan tak mahu berubah , tapi aku dah tak boleh berubah '' , '' ala belum tiba masala nak berubah , nanti tua nanti aku lepak masjid lah '' , '' zaman muda sekali ja kot , enjoy la dulu der '', ''aku belum dapat hidayah '' .itu lah antara alasan-alasan yang popular di mulut-mulut anak-anak muda apabila diseru untuk mengwujudkan anjakkan paradikma dalam diri mereka kearah perubahan yang positif .
Tanpa mereka sedari , 'penyakit' hati mereka semakin hari semakin kronik.
Jika pemakanan JASMANI yang seimbang dapat memberi 4 kebaikan , pemakanan ROHANI (pendangaran dan penglihatan yang membawa kepada dekat dengan Allah ) yang seimbang juga memberi 4 kebaikan .
jom naik taraf hati kita ~ |
1. kekuatan iman manusia itu akan bertambah
Hati kita menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina iman yang kuat dalam diri manusia . Keupayaan rohani yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya sebagai hamba dengan begitu baik dan sempurna.
2. Menambahkan ilmu dalam diri
Keperluan ilmu ini bertindak seperti vitamin yang menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit hati atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan rohani manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seorang islam. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan rohani yang seimbang akan menjamin tiket ke syurga .
3. Mampu mengawal kadar obesiti pada nafsu.
Salah satu aspek utama dalam pemakanan rohani seimbang ialah manusia perlulah mengambil hiburan dalam kuantiti yang kecil sekadar yang diperlukan oleh manusia. Pengawalan hiburan menjadikan nafsu seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan ibadah terutama ibadah sunat yang mampu mendekatkan diri dengan tuhan. Oleh itu, obesiti nafsu mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet hiburan yang seimbang dalam hidupnya.
4. Perkembangan iman seseorang itu tidak terganggu.
Kekurangan zat makanan rohani yang tertentu boleh menjadikan iman seseorang itu tidak cukup kuat dan dirinya mudah letih apabila melakukan sesuatu kebaikan atau ibadat . Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menjauhkan dirinya daripada azab api neraka yang tak terperi sakitnya . Jadi, pemakanan rohani yang seimbang menjadikan iman manusia itu lebih stabil dan berdaya tahan untuk membolehkan kita mencari rahmat Allah bagi menempah 'tiket' ke syurga
------------------------------------------------------
firman Allah dalam surah as-saff :
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? |
Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan