REVOLUSI PEMIKIRAN KE ARAH MAHASISWA
BITARA
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
‘’ Wahai Tuhan kami , Tambahkanlah bagi kami ilmu dan kefahaman , bukakanlah pelindung dari kesulitan-kesulitan hingga kami dapat menguasai pelbagai bidang dan lapangan ilmu , peliharalah kami dari kesalahan dan kesesatan , Sesungguhnya Engkau mentadbir segala urusan dan Engkau Maha mengetahui alam ghaib . ‘’
doa imam syafie
Muqadimah
Peranan mahasiswa seharusnya tidak terbatas dengan definisi ‘ menjadi pelajar di mana-mana institut pengajian tinggi atau universiti ‘ . Sebaliknya , mahasiswa perlu lebih berjiwa besar dan sedar status kita sebagai ‘ the custodion of knowlage ‘ ( penjaga Ilmu pengetahuan ) . Justeru , bergelar mahasiswa bermakna menjadi golongan terpelajar yang sedar tentang tanggungjawab keilmuan yang terbeban di atas pundak kita .

Selain
itu, mahasiswa tidak selayaknya hanya belajar di bilik kelas, menyelesaikan
tugasan matakuliah, tutorial dan mencapai kecemerlangan akademik, tetapi
mahasiswa juga punya tanggungjawab kemasyarakatan dan berperanan sebagai
‘partners in nation building’ dalam kerangka tanggungjawab perkhidmatan sosial
demi merealisasikan ‘takaful ijtima’iyy’
dalam batas yang dimungkinkan dengan keupayaan kita .
Bedasarkan laporan perangkaan pendidikan Negara : sektor pendidikan tinggi 2012 , jumlah enrolmen (bilangan penuntut) mahasiswa Malaysia di seluruh institut pengajian tinggi di dalam dan luar negara ialah sekitar 621,793 orang . Persoalannya sejauh manakah kita kembalikan hak ilmu kepada masyarakat marhaen lain yang jumlahnya hampir 20 juta ?
Apabila diajukan persoalan ini , ramai mahasiswa berdalih dengan pelbagai alasan yang biasanya bersandaran dengan slogan, ‘kita perlu memperkasakan asas kita terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu yang lebih komplaks ‘, maka , budaya ilmu akhirnya menjadi ekslusif untuk golongan – golongan tertentu sahaja tanpa berjaya mendekati kefahaman orang awam.

Rakyat kemudiannya kekal jahil dalam lumpur
kekeliruan dan yang lebih menyedihkan , rakyat pula dimaki hamun pabila tidak
mengetahui dan memilih pemimpin – pemimpin yang lemah untuk menguruskan negara.
Ini sangat kontradik dengan peranan mahasiswa.
Justeru, revolusi pemikiran harus dimulakan dengan pembinaan syakhsiah
(peribadi) harus menjadi asas kepada usaha persiapan mahasiswa untuk cemerlang
dalam pengajian, terlatih dalam medan, membina daya kepimpinan seterusnya
menyumbang kepada umat dan masyarakat.
Faktor
memalapkan pergerakan mahasiswa
1)
Budaya masyarakat
Di Malaysia , stereotaip
(kebiasaan) masyarakat secara tak lansung menyebabkan sekolah-sekolah
menjadi kilang perusahaan yang menjana
‘robot pemburu A’ .
Bermula dari sekolah rendah, anak-anak diajar bahawa kecemerlangan ialah pencapaian terhadap kuantiti A , sebuah target ilusi kepada kehidupan. Menjelang musim peperiksaan setiap tahun, sekolah-sekolah di seluruh negara akan berlumba-lumba menghasilkan murid “straight A”; menyebabkan ukuran hasil pendidikan terhad kepada aspek Intelek melalui peperiksaan bertulis sahaja .
Sekolah yang fungsi asalnya untuk mengajar tentang kehidupan , indirectly telah menghakis nilai rohani , emosi, jasmani dan sosial dalam diri pelajar . Ini menyebabkan generasi Y di bangku sekolah kini bersikap material, Ilmu hanya cukup buat dirinya sendiri dan bukan untuk masyarakat.

‘’ Sebelas straight As, masuk universiti,
kerja bagus dan hidup senang lenang.’’
Adakah maksud pendidikan ,
terhad hanya kepada definisi sesempit ini?
Pasti jawapannya tidak . Secara realiti di dunia global, individu seperti Bill Gates
(pengasas Microsoft), Steve Jobs (pengasas Apple), Michael Dell (pengasas Dell)
ataupun Mark Zuckerberg (pengasas Facebook) tidak pun manghabiskan pengajian
mereka di universiti. Namun keempat-empat individu di atas bukan sahaja berjaya
di dalam bidang masing-masing. Mereka bahkan membina sebuah peradaban teknologi
baharu lantas menyumbang kepada manusia dengan merevolusi dan merubah gaya
kehidupan di dunia ini .
Pendidikan di sekolah harus segera berorientasikan pembinaan individu yang lebih holistik. Tak mungkin seorang anak berbakat seni yang besar dipaksakan oleh masyarakat ke dalam bidang sains kejuruteraan. Tidak adil seorang anak berbakat sastera yang besar dipaksakan oleh masyarakat menjadi produk teknologi perubatan..

Pendidikan juga perlu bersifat menyeronokkan. Anak-anak
harus merasa teruja ke sekolah, bukan kerana selalu mendapat banyak A. Tetapi
mereka ke sekolah kerana sifat ingin tahu, kerana percaya diri mereka akan
sentiasa mempelajari sesuatu yang baharu tentang dunia, tentang perkara yang tidak
mereka pernah ketahui sebelum ini. Sekolah adalah institusi mulia untuk proses
pertanyaan dan pencarian ilmu, bukan sebuah makmal hafalan ilmu-ilmu sedia ada
yang skripnya telah disediakan oleh guru semata-mata untuk lulus peperiksaan. Jika
ini tidak diubah , revolusi pemikran
yang kita harapkan , sukar untuk ‘membumi’ hasil daripada budaya segelintir masyarakat
yang merendahkan martabat pendidikan ; cuma sekadar membilang kuantiti A .
2) Pencemaran sektor pendidkan
Pendidikan merupakan usaha berterusan ke arah mengembangkan individu secara komprehensif (menyeluruh dan bersepadu) untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek , rohani , emosi dan jasmani seterusnya melahirkan insan yang berilmu , berakhlak mulia dan berketrampilan .
Ironiknya , sistem pendidikan kini kian tercemar .Jika dahulu ilmu pengetahuan mempengaruhi persekitaran, tetapi hari ini persekitaran mempengaruhi ilmu pengetahuan dan cara penyampaiannya.

Jika universiti zaman dahulu bercakap tentang
ilmu, universiti kini bercakap tentang produk dan servis. Pelajar merupakan
pelanggan mereka (universiti), dan pasaran kerja merupakan panel penilai
keberkesanan mereka. Pendidikan hari ini telah menjadi sejenis bisnes yang mula
didominasi oleh ‘Orang Industri’.
Pencemaran ini bakal
membantutkan keupayaan berfikir mahasiswa . Mahasiswa sehingga dipersoal jika
mengemukakan pendapat sendiri; ‘siapa kamu jika ingin berpendapat sedemikian?’
di dalam tesisnya, malah kajiannya dianggap ‘jahat’ jika tidak disandarkan
kepada rujukan sebelumnya. Sedangkan sebuah pengkajian sifatnya bukan harus
bersifat deskriptif semata, sebaliknya analisa kritikal juga memainkan peranan
yang penting.
Pencabulan sistem pendidikan ini bertentangan dengan tradisi keilmuan islam yang ditegaskan oleh Ibn khaldun dalam karyanya muqadimah ,
‘’ Pendidikan adalah keupayaan melestarikan dan mewariskan nilai-nilai yang ada dalam masyarakat dan sewajarnya tidak dimonopoli oleh golongan berkepentingan kerana pendidikan adalah pelaburan kepada kemajuan dan masa depan sesebuah negara .’’

Maka , sektor pendidikan
harus bebas daripada unsur-unsur perindustrian dan harus diberi nafas baru supaya
mahasiswa yang lahir kelak merupakah mahasiswa yang berwawasan dan perperanan
besar dalam pembentukan masyarakat .
3) Budaya Hedonisme
Hedonisme amat sinonim dikaitkan dengan generasi muda termasuk mahasiswa kerana ia sudah sebati menjadi sebahagian daripada budaya hidup yang lahir daripada era pasca-modenisme yang bertunjangkan kepada budaya konsumerisme.
Budaya hedonisme atau kecanduan keseronokan ini membawa mahasiswa kelembah kemalasan berfikir dan bergerak . Maka golongan ‘bebalisme’ yang sepatutnya sifar dalam kalangan mahasiswa ironiknya kian bertambah .
Amat menyedihkan apabila rata-rata mahasiswa cuma mampu berbicara mengenai sukan , cinta dan hiburan sedangkan sepatutnya di tahap pendidikan tinggi , kita sudah mampu berbicara mengenai perkara-perkara penting yang lebih setara dengan tahap pendidikan kita . Walaupun aspek hiburan ini tidaklah salah ,tetapi jika tidak dikawal , berkemungkinan mahasiswa kita kekal di dalam penjara pemikiran yang dicipta tanpa sedar oleh budaya masyarakat kita .
Hal ini memangkinkan lagi gejala yang semakin membarah dalam denyut nadi mahasiswa iaitu budaya ‘imitasi’; mahasiswa lebih cenderung ‘meniru’ dari ‘mempersoal’, dan ‘mengambil apa yang ada’ daripada ‘mencari’ serta ‘menurut’ daripada ‘bertanya’ .
Kita amat bimbang kerana simpton-simpton tersebut sudah pun lama bertapak dan bersarang di Malaysia. Kita gagal atau tuli untuk mengambil iktibar sehingga kita hampir mengulangi kitaran yang sama seperti kata-kata George Santayana, “Those who cannot remember the past, are condemned to repeat it”.
Bitara : gagasan keunggulan mahasiswa
Mahasiswa wajar punya cita-cita. Dato Dr Siddiq Fadzil pernah dalam ucapannya di hadapan anak-anak muda secara berseloroh tapi mesejnya jelas menyatakan:
“Jangan ditanyakan kepada orang tua, apa cita-citamu, kerana orang tua tidak punya cita-cita melainkan pengalaman. Maka, tanyalah engkau akan pengalamannya. Akan tetapi untuk anak muda, tanyakan apa cita-citanya. Orang muda wajar punya cita-cita “
Ini bermakna, ‘Mahasiswa Bitara’ adalah kelompok mahasiswa yang berusaha membangunkan potensi diri untuk cemerlang dalam akademik, , cemerlang dalam kepemimpinan dan cemerlang dalam kegiatan kemasyarakatan serta seterusnya menjadi jurubicara ummat yang unggul .

Gagasan ‘Mahasiswa Bitara’ bukanlah suatu yang baharu. Istilah
‘bitara’ itu sendiri menggambarkan keunggulan (khairiyah). Dari segi bahasa,
kata ‘bitara’ merupakan cantuman dua perkataan iaitu ‘bi’dan ‘tara’. ‘Bi’
merupakan imbuhan pinjaman daripada Bahasa Parsi yang bermaksud ‘tidak’ atau
‘tiada’. Manakala ‘tara’ bermaksud ‘takat’, ‘tahap’ atau ‘had’. Oleh yang
demikian, ‘bitara’ membawa maksud ‘tiada had’, ‘tiada takat’, ‘unlimited’.
Dalam kata lain, ‘Mahasiswa Bitara’ adalah mahasiswa unggul yang hebat!
Ta’dib kepemudaan
Menurut Prof Syed Naquib Al-Attas, “ta’dib” bermaksud ;
Ta’dib kepemudaan
Menurut Prof Syed Naquib Al-Attas, “ta’dib” bermaksud ;
“ keadaan di mana
seseorang kenal tempat letak sesuatu dan akhirnya bertindak berdasarkan
pengenalan tersebut. Sebagai contoh pengetahuan seseorang untuk meletakkan
Allah pada tempatnya sebagai Tuhan yang Agung dan bertindak berlandaskan
pengenalan tersebut dengan mentaati segala perintah Allah.”
Adalah tidak adil
sekiranya perbincangan tentang kepemudaan kita lakukan tanpa menyentuh nilai
yang ada pada susuk tubuh yang menjadi idola setiap pemuda Islam dan juga
dikagumi oleh banyak ilmuan seluruh dunia yang mengkaji tentangnya. Baginda
digambarkan oleh Dr Gary Miller sebagai ‘the
most admired person in the world ‘ .
Dengan menyelusuri sirah baginda , kita akan dapati bagaimana tarbiyah yang diberikan oleh Allah kepada baginda sebelum dan selepas diangkat menjadi Rasul yang menjadikan baginda hebat dimata penduduk langit dan bumi .

Dalam proses mewujudkan iklim kepemudaan yang lengkap , digariskan beberapa ta’dib kepemudaan yang yang haris diteliti :
1) Pemuda dan
Idealisme
Idealisme merupakan kekuatan azam , cita-cita , visi dan
harapan . Idealisme harus dipandu dengan kekuatan ilmu dan tradisi akaliah (
aspek intelektualisme ) agar cita-cita itu tidak hanya nilai abstark berupa
semangat yang sementara semata-mata . Banyak yang mengatakan bahwa keberlansungan
keadaban ummat dan Negara berada di pundak pemudannya . Pemuda yang merupakan
generasi penerus , tidak dapat dipisahkan dari perjalanan panjang ummat ini .
Pemuda tidak boleh hanya memikirkan dirinya sendiri , tetapi harus bersikap
proaktif untuk melakukan perubahan demi survival ummat .
Melihat kembali sirah nabi Muhammad, baginda bukanlah lahir dalam suasana masyarakat yang tinggi nilai budinya tetapi baginda lahir dalam kondusi masyarakat yang rendah nilai moral dan sosialnya . Maka , sangat penting untuk kita melihat dan menghayati bagaimana , nilai kesedaran (permulaan nilai idealisme ) lahir dalam pemikiran baginda berdasarkan petunjuk Allah SWT .
Sejak dari kecil , baginda terlatih untuk tidak bergantung kepada sesiapa dan proses latihan ini mengajar baginda untuk berdikari . Baginda kehilangan ayah ketika masih dalam kandungan ibunya , dan ibunya pula pergi mengadap ilahai ketika umur baginda 6 tahun . Maka , baginda telah dijaga oleh datuknya iaitu Abdul Mutalib .

Seawal umur 6 tahun , baginda telah mendapat pengalaman
politik melalui datuk baginda yang merupakan seorang pemimpin dan tokoh yang
disegani oleh masyarakat quraish mekah .Namun begitu , datuknya bukanlah orang
yang berada , jadi baginda juga dilatih untuk bekerja keras untuk memperoleh
sesuatu .
Kemudian pada umur 8 hingga 12 tahun , baginda mengembala kambing . Pengalaman ini mempersiapkan baginda dengan ilmu kepemimpinan . Ketika berumur 12 tahun , baginda menyertai perjalanan international ( berdagang) , bagi mendapatkan pengalaman pengurusan ekonomi . Baginda juga terlatih dengan pengalaman ketenteraan seawall umur 15 tahun . Seterusnya , ketika umur baginda mencecah 20 tahun , baginda telah menjadi orang yang paling dipercayai . Baginda telah mendamaikan dua puak yang bertelagah . Pengalaman ini menanam nilai diplomasi dalam jiwa baginda .
Sebelum diangkat menjadi Rasul , baginda telah terdidik dengan semua aspek kepemimpinan . Beliau telah menanam tekad yang tinggi untuk mengubah status kejahilan masyarakat , lalu beliau beruzlah di gua hira’ . Dan pada umur 40 tahun baginda di angkat menjadi Rasul . Jadi sebagai mahasiswa Islam , kita wajar meneruskan perjuangan Rasulullah dengan menghayati kepribadian baginda .
Seringkali pemuda di dendangkan bahawa kita ini , putra ummah , penerus ummat , bakal pemimpin dan pastinya satu bentuk kebodohan jika mahasiswa tidak mengerti akan kedudukannya sebagai harapan ummah .

Namun sayangnya ,
paradigm pemuda saat ini di mata masyarakat lebih identikal dengan huru hara ,
mementingkan diri sendiri , perkelahian dan keributan , gerakan radikalisasi ,
atau penyakit sosial lainnya . Paradigma ini harus diubah . Pemuda harus memiliki
idealisme untuk bisa releven dalam masyarakat serta menghasilkan sinergi dengan
golongan veteran untuk kebaikan ummat . seperti kata-kata prof buya hamka ,
“ Kerap kali orang tua menyesali pemuda , menuduhnya bekerja terburu-buru dan kurang berfikir . Kerap kali orang muda menuduh orang tua lambat bertindak dan terlalu banyak berfikir ,alangkah sibuknya dunia jikalau pimpinan Cuma ditangan orang muda . Dan dunia akan membosankan kerana lambat geraknya jikalau yang memimpin Cuma orang tua tua . Gabungan antara gelora semangat orang muda dan renungan fikiran yang tua yang menimbulkan keseimbangan di dalam perjalanan hidup “ .
Oleh itu , nilai Idealisme ini perlu lahir dengan kesedaran yang tinggi tentang keperluan kita sebagai mahasiswa untuk menyiapkan diri menghadapi norma masyarakat yang semakin bobrok .
Pemuda dan Intelektualisme

“ Sebagaimana sebilah
pisau adalah alat yang berguna bagi manusia , dan tiap-tiap rumah pasti
memerlukannya untuk digunakan di dapur , begitulah juga nilai intelektualisme
yang ada didalamnya ruh sains dan teknologi yang berguna bagi maslahat manusia
di dunia . Akan tetapi , kita harus tahu bahawa , yang memberi nilai kegunaan
bagi pisau itu tentulah manusia yang
menetapkannya bagi memenuhi keperluan hidup . Dan keperluan hidup ini perlu
diseimbangkan dengan aspek ketinggian budipekerti dan akhlak agar pisau itu
tadi digunakan sesuai dengan tempatnya. “ .
Demikian potongan nasihat syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam
karyanya risalah untuk kaum muslimin .
Merujuk kepada nasihat
masyur , guru kepada Imam Syafie iaitu Imam Waqi’ , “ Ilmu itu cahaya dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada pelaku
maksiat “ . Salah seorang sahabat Nabi SAW pernah berwasiat bahawa ,
hakikat ilmu itu bukanlah menimbunnya wawasan pengetahuan pada diri seseorang ,
teptai ilmu itu adalah cahaya yang bersemayam dihati .
Kedudukan Ilmu dalam Islam sangatlah penting , seperti sabdaan Rasulullah ,
Kedudukan Ilmu dalam Islam sangatlah penting , seperti sabdaan Rasulullah ,
“ Sesungguhnya Allah , para malaikatNya dan penghuni langit dan bumi
hingga semut dalam tanah serta ikan di lautan benar-benar mendoakan bagi
pengajar kebaikan “
Menaggapi kedudukan Ilmu yang penting itu , maka menuntut Ilmu pasti adalah ibadah , memahaminya adalah wujud takut kepada Allah , mengkajinya adalah jihad , mengajarkannya adalah sedekah dan mengingatinya adalah tasbih . Dengan Ilmu , manusia akan mengenal Allah dan menyembahNya . Dengan Ilmu . Allah meniggikan darjat segolongan manusia atas lainnya dan menjadikan mereka pelopor peradaban .
Justeru , bagi melengkapi peranan mahasiswa sebagai pewaris yang kelak bakal mewarisi kekayaan kebudayaan , mahupun roda pemerintahan suatu bangsa , sebagai pemegang amanah yang amat besar , maka mahasiswa dituntut supaya meningkatkan Ilmu pengetahuan dan minat serta niat yang tulus untuk selalu belajar , bukan hanya tentang matapelajar kuliah sahaja , tetapi harus beretika dan berintelektual.
Para pemuda seharusnya memiliki akal dan instintic , rasional dan instinctive , bebas dan memiliki tanggungjawab ,perilakunya berkembang dan dinamik , kritis , universal dan sistemik . Oleh itu , pemuda khasnya mahasiswa , dituntut untuk sentiasa kehadapan dalam isu nasional dan sejagat .

Semangat pemuda untuk
menempatkan ummat dengan martabat yang tinggi haruslah disertai dengan suatu projek peradaban . Projek peradaban disini adalah pemuda harus punyai nilai ‘ mahu
membangun bangsanya dengan konsep yang sustainable’
. Bukan hanya projek bersifat sementara yang lenyap dengan hilangnya zaman
kepemudaan kita , tetapi membuat projek
dinamik dan komprehensif yang akan diteruskan oleh pemuda masa depan . Pemuda
masa kini mempunyai peranan penting untuk membangun pribadi unggul untuk
pemuda-pemuda masa depan , sebagaimana yang pernah dilakukan oleh pemuda-pemuda
masa lalu untuk kita . Rantaian kepemudaan tidak harus diputuskan begitu sahaja
ditangan suatu generasi .
Pemuda
dan spiritualisme
Bagi kita umat Islam , sudah
tentu kita wajib meletakkan elemen spritualisme berpandukan Al-Quran dan hadis
. Makna al-din dalam rangka pengertian Islam sebagaimana yang terdapat dalam
Al-Quran memberi maksud ‘ keadaan yang terhutang ‘ dan ‘menaklukkan diri
menurut perintah’ dan ‘menjadikan diri lebih bersifat keinsanan’ .
“Dan
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari saripati yang (berasal) dari
tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat
yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu
segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami
jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami balut dengan daging.
Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Mahasucilah
Allah, Pencipta Yang Paling Baik.”(Q.S. Al-Mu'minun, 23: 12-14)
Aspek spritualisme ini
berkait rapat dengan pendidikan dalam kontaks haraki . Nilai spiritualisme itu
harus menyeluruh dan mencakupi aspek-aspek rohani , jasmani dan sosial akli
serta menggenapi segala bidang politik , sosial , ekonomi dan lain-lain .
Hal ini kerana , Islam bukanlah sesuatu yang dapat dipisahkan daripada aspek kehidupan yang lain .
Mahasiswa Islam tidak boleh menjadi golongan absurd (bercanggah dengan rialiti) yang hanyut dalam alam fantasi tetapi kita adalah aktivis ditengah-tengah kencah pergumulan persoalan rialistik , nyata dan praktis .
Gerakan Islam seharusnya menjadi pusat tenaga umat yang komited , mempunyai peranan besar dalam menjayakan cita-cita pembagunan masyarakat . Kita harus kenal rialiti dan berani menanganinya . Gerakan mahasiswa Islam yang dewasa dan matang tidak selamanya berfungsi sebagai kumpulan pendesak atau pressure group tetapi harus berorientasikan problem solving mampu menyelesaikan masalah dan menawarkan formula-formula praktis berdasarkan pemahaman kepada Al-Quran dan hadis yang kita pelajari .

Imam fakhrudin al-Razi
mengatakan , unsur spritualisme harus dilihat dari sudut kecerdasan seorang
muslim itu dalam bertauhid . Dalam erti kata lain , elemen idealisme dan
intelektualisme harus diadunkan dan dipandu dengan elemen spiritualisme agama
Islam , yang menyebabkan kita sentiasa kembali kepada yang satu . Seperti doa
Nabi Ibrahim a.s ;
“
wahai Tuhan berikanlah kepadaku hikmah , dan masukkan aku ke dalam golongan
orang yang soleh “
Permintaan Nabi Ibrahim agar
diberikan hikmah dan dimasukkan kedalam golongan orang-orang soleh menunjukkan
permintaan beliau agar kekuatan amaliahnya disempurnakan dengan tidak melanggar
dan melampaui batas . Segala apa sudut pandang , sudut ilmu harus kembali
kepada worlview yang tauhidik
sifatnya . Disinilah uniknya berada dibawah gerakan Islam kerana kita sentiasa
membawa nilai rohani dan sentiasa menerapkannya dalam unsur tarbiyah Jemaah .
Maka revolusi pemikiran yang kita harapkan harus berteraskan nilai spiritualisme yang hidup dan dapat mengangkat imej ummah yang kian tercalar .
Maka revolusi pemikiran yang kita harapkan harus berteraskan nilai spiritualisme yang hidup dan dapat mengangkat imej ummah yang kian tercalar .
Pemuda
dan aktivisme ( kesukarelawan)
Kesukarelawan bukan suatu fenomena
baru dalam masyarakat kita . Untuk sekian lama masyarakat melayu membudayakan
amalan gotong royong sebagai menafsirkan semangat kesukarelawan yang merupakan
sesuatu keperluan dalam hidup masyarakat . Adalah satu keganjilan bagi seorang
yang tidak melibatkan diri dalam khidmat sukarela atau kerja kemasyarakatan .
Seorang pemuda , setelah
dilengkapi ciri-ciri idealisme ,intelektualisme dan spiritualisme harus turun
beraktivisme sebagai medan lapangan menguji kekuatan ilmu yang tersemat didada
. Perintah-perintah membela kaum mustad’afin (kaum yang lemah) tidak hanya
tertumpu kepada golongan pemerintah sahaja , tetapi para seluruh ummat dan
individu termasuk mahasiswa .
Tambahan pula , ketika masih muda , kita memiliki masa dan tenaga yang cukup untuk membantu meringankan beban yang tertindas . Maka disinilah keperluan untuk turun beraktivisme . Kerja sukarela menyediakan ruang dan platform untuk kita menyusun masyarakat , memperjuangkan hak-hak kepentingan mereka , mengawal dan menyuburkan nilai-nilai tamadun Khayra ummah , memperjuangkan kebebasan , keadilan dan kesejahteraan secara kolektif dan tersusun .

Kerja sukarela atau gerakan
sukarela merupakan salah satu cara bagi
mahasiswa merakyatkan nilai demokrasi dalam kehidupan bermasyarakt . Melalui kerja
sukarela , mahasiswa bukan lagi satu
objek yang pasif atau hanya bergantung kepada ihsan dan kemahuan pihak tertentu
yang berkuasa dan berpengaruh .
Dalam kontaks yang lain ,
kerja sukarela dapat meransang kesedaran sosial disamping menyemai keyakinan
rakyat terhadap keupayaan kolektif mereka menukarkan keadaan . Kerja sukarela
memberikan suatu ‘ sense of power ‘ kepada
rakyat biasa untuk melakukan sesuatu yang baik dan bermakna dan tidak lagi
menjadi pemerhati atau ‘pak turut’ sahaja .
Selaku mahasiswa Islam pula
, kita tidak seharusnya membiarkan Islam hanya kelihatan Indah di atas kertas
atau dalam bentuk pidato-pidato atau ceramah-ceramah tetapi harus dapat
dirasakan secara nyata dalam kehidupan manusia . Dalam suasana perlumbaan ideologi
dan agama untuk merebut pengaruh dikalangan manusia zaman kini , gerakan Islam
yang dipelopori oleh mahasiswa perlu tampil di tengah-tengah medan menawarkan
penyelesaian secra praktik .
Dato Siddik Fadhil pernah dalam satu ucapannya mengingatkan bahawa ;
“ Perkhidmatan sosial tidak harus terbatas hanya dalam bentuk bantuan kepada mangsa-mangsa kecelakaan tetapi harus meliputi keperluan-keperluan asas (basic needs) manusia iaitu makanan , perumahan , pendidikan , kesihatan dan pekerjaan . Perkhidmatan sosial harus dijalankan dengan stratigi yang bijaksana dan berencana –to help people to help themselves- untuk menolong manusia agar mereka mampu menolong diri sendiri “

Jika
idealisme , intelektualisme dan spiritualisme itu udara , maka aktivisme itu
bernafas . Kita akan menghadapi kesukaran bernafas jika tidak cukup udara , dan
apalah gunanya udara jika kita tidak mahu bernafas . Maka revolusi pemikiran
ini , harus seimbang nilai-nilai ta’dib kepemudaan supaya mahasiswa bitara
dapat kita realisasikan .
Katimah
Katimah
‘Mahasiswa Bitara’
adalah sebuah gagasan untuk mengembalikan makna diri dan menghadirkan
keunggulan mahasiswa demi menciptakan sebuah peradaban maju yang diredhoi Allah
. Mahasiswa harus sedar bahawa tugas kita bukan
semata-mata menjadi pelajar
yang belajar di kuliah untuk menjawab peperiksaan dan memenuhi keperluan
pasaran dan Orang Industri semata .
Nilai kesedaran dan aplikasi
ilmu masyarakat kita di Malaysia sejujurnya kian merundum dan mahasiswa perlu
punyai nilai tambah, serta input ilmu yang mencukupi untuk membantu rakyat di
Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Seperti mana statistik mengejutkan
yang dikeluarkan oleh Datuk Othman Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam
Malaysia (JAKIM), daripada 6779 pelajar melayu yang gagal subjek agama dalam
Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), 1616 gagal mengucap, 1553 gagal dalam aspek
rukun Islam, 1901 gagal dalam aspek rukun iman. Dengan membawa gagasan
reovolusi pemikiran mahasiswa kita, misi mendidik anak - anak masa hadapan ini
tidak lagi terpundak di bahu guru- guru sahaja dan dengan kesedaran dan
keterlibatan mahasiswa yang meningkat, usaha mengangkat martabat ilmu dan
kefahaman masyarakat bukan lagi sekadar suatu mimpi yang jauh tetapi rialiti
masa depan yang pasti kita jayakan bersama !
Wallahua’lam bisowab
HambaMu yang fakir ,
HambaMu yang fakir ,
Mohammad Aiman Nuraref Bin
Noordin
Jam 1935 , 7 Jun 2014
Jam 1935 , 7 Jun 2014
BIBLIOGRAFI
Syed Muhammad naquib Al-
Attas , Risalah untuk kaum muslimin ,
Dato’ Siddiq Fadzil , Wacana
haraki
Mohd Farid Mohd Shahran , Isu-isu
dalam pemikiran Islam
Terjemaahan Rohiqul makhtum
, syeikh shafiyyurahman Al-Mubarakfuri ; penterjemah : Hanif Yahya
Problem Muslim face in
today’s world , Abu jade Isa Michael
Belia, Budaya
Hedonisme dan Konsep Kebahagiaan dalam Islam , Jufitri Bin Joha
MAHASISWA BITARA: PERSIAPAN MENCIPTAKAN
PERIBADI UNGGUL , Mohammad Fazril Bin Mohd Saleh
laporan perangkaan pendidikan Negara : sektor pendidikan
tinggi 2012 , kementerian pendidikan Malaysia .
Ucapan dasar ‘ Pemuda tunjang kepimimpinan khayra ummah’
, Mohd Faiz Mohd yusop
Sekolah bukan penjara universiti bukan kilang , Zul Fikri
zamir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan