- بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ -
Alhamdulillah , bersyukur kita kepada Allah s.w.a.t kerana masih lagi memberi peluang untuk kita merasai nikmat iman dan islam dan menakdirkan kita membaca artikel penting ini .
IKHTILAT : antara keperluan dan syariat
Tambah iman kepada Allah ~ |
APA MAKSUD IKHTILAT ?
BAHASA : penggaulan , meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencarnpurkannya
ISTILAH : Ikhtilat ialah pergaulan , komunikasi atau percampuran lelaki dan wanita yang bukan muhrim . Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa .Ianya merupakan perkara yang memang
berlaku dalam kehidupan manusia secara amnya.
berlaku dalam kehidupan manusia secara amnya.
HUKUM IKHTILAT ?Keadaan Ikhtilat ini berlaku berpandukan suasana masyarakat, keagamaan dan
sosialiti sesebuah institusi kemasyaratkatan tersebut. Perkara ini terjadi hatta dalam
perkara ibadat sekalipun, contohnya dalam melakukan solat berjemaah, Tawaf, Wuquf
di ‘Arafah, melontar di Jamrah dan lain-lain lagi urusan ibadat umat Islam.
Bahkan dalam beberapa kes tertentu ia diharuskan dengan beberapa disiplin, untuk
mengelakkan masyaqqah (kesulitan) dalam kehidupan masyarakat seharian. Antara
kes yang boleh dijelaskan ialah, kes pendakwaan di mahkamah dan suasana tempat
perkerjaan.
Ikhtilat yang dijelaskan di atas adalah dibolehkan berdasarkan perkara darurat yang
berlaku dan ianya menepati beberapa kaedah fiqh, antaranya :
- الضرورات تبيح المحضورات(Perkara darurat itu mengharuskan perkara yang haram)
- الضرورات تقدر بقدرها(Perkara darurat itu diukur/diambil pada kadarnya sahaja)
- الحاجة تنزل منزلة الضرورة(Keperluan yang mendesak boleh sampai kepada darurat)
- الضرر األشد يدفع بالضرر األخف(Darurat yang lebih besar perlu dielakkan daripada darurat yang lebih ringan)
Keharusan Ikhtilat dengan berdasarkan kaedah fiqh tersebut mestilah dilihat berdasarkan keadaan yang memaksa, bukannya dengan tuntutan nafsu dan syahwat.
Disiplin Yang Mengharuskan Ikhtilat :
i. Wanita dan lelaki mestilah berada dalam keadaan menutup aurat dengan sempurna
dan mempunyai hijab (penutup) bagi memisahkan mereka berdua. Ia berpandukan
firman Allah S.W.T yang bermaksud:
dan mempunyai hijab (penutup) bagi memisahkan mereka berdua. Ia berpandukan
firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteriisteri orang mu'min: "Hendaklah mereka melabuhkan pakaiannya ke seluruh tubuh
mereka" [al-Ahzab:59]
ii. Wanita tersebut tidak memakai bau-bauan atau perhiasan yang dapat dihidu dan
dilihat oleh lelaki ajnabi, berpandukan firman Allah S.W.T yang bermaksud:
dilihat oleh lelaki ajnabi, berpandukan firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari
padanya” [An-Nur: 31]
Iii. Tidak menyebabkan berlakunya sentuhan seperti bersalaman atau seumpamanya.
Ianya menjadi hukum yang disepakati oleh ulama kerana larangan menyentuh adalah
lebih berat dari larangan untuk melihat wanita. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Ianya menjadi hukum yang disepakati oleh ulama kerana larangan menyentuh adalah
lebih berat dari larangan untuk melihat wanita. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Katakanlah kepada golongan lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandanganya, dan memelihara kemaluannya.” [An-Nur:30]
“Dan katakanlah (juga) kepada golongan perempuan yang beriman: "HendaklahIV .Perbualan yang dilakukan tidaklah menjurus kepada perkara syahwat ataupun
mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya.” [An-Nur:31]
meransang kepada hawa nafsu. Bahkan adalah digalakkan untuk memendekkan
tempoh percakapan pada kadar hajat dan maslahah dengan menjaga adab dan
maruah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Maka janganlah kamu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginanlah (syahwat)V. Tidak mempunyai niat untuk melihat kepada lelaki atau wanita tanpa adanya
orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik.” [alAhzab:32]
keperluan. Ianya bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur ayat 30
dan 31 sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini.
Tidak mempunyai syahwat ataupun nafsu ketika mana melihat di antara satu dengan
yang lain. Ia merupakan mafsadah (kerosakan) yang jelas diharamkam oleh syariat. Ia
jelas sebagaimana yang telah disebut di dalam hadis baginda Nabi s.a.w yang
-------------------------------------------------------------------
KEPERLUAN vs SYARIAT
Asal hukum setiap sesuatu yang dicipta Allah adalah halal dan mubah(harus) . Tidak ada satupun yang haram, kecuali kerana ada nas yang sah dan tegas dari syari’ (yang berwenang membuat hukum itu sendiri, iaitu Allah dan Rasul) yang mengharamkannya . Kalau tidak ada nas yang sah –misalnya kerana ada sebahagian Hadis lemah– atau tidak ada nas yang tegas (sharih) yang menunjukkan haram, maka hal tersebut tetap sebagaimana asalnya, iaitu mubahBegitu juga dengan IKHTILAT. Seperti yang kita semua sedia maklum , di zaman era globalisasi ini , percampuran dan pergaulan di antara lelaki dan wanita ini menjadi keperluan .
Persoalan yang kita perlu tanya pada diri setiap kali ingin BERIKHTILAT ialah adakah 'keperluan' kita itu memberi manfaat pada nafsu kita semata , atau memberi manfaat untuk agama sama ada untuk dirisendiri (mendekatkan diri dengan Allah ) atau pun orang lain (mendekatkan orang lain dengan Allah ) .
Jadi hukum IKHTILAT itu subjektif .
Perlu diingat , selari dengan zaman moden ni , SENJATA syaitan semakin canggih . Kalau dulu , pergaulan lelaki dan wanita itu terhad , berbeza dengan situasi sekarang . Dunia dihujung jari , setiap saat kita boleh berkomunikasi walaupun berada di kawasan yang beribu batu jauhnya . Jadi syaitan mengatur stratigi .
Banyak yang terkandas dalam perancangan starigi licik syaitan . Antara yang popular , menggunakan agama sebagai medium untuk berkomunikasi diluar kepentingan dan batasan .
Dalam bahasa mudahnya menggunakan agama untuk mengorat , mendekati dan meng'ayat' wanita/lelaki . Betulkah ?
KENALI RACUN SUNTIKAN SYAITAN
semasa mula kenal :
semasa semakin rapat :
semasa dah rapat :
semasa dah kapel(islamik la konon) :
semasa dah biasa keluar bersama :
semasa dah tak malu :
semasa sedang ulang kaji :
mula-mula chating , tukar jadi dating , lepas tu bunting ,
----------------------------------------------------------------
Kesimpulanya . bak kata orang kampung eden , ''nobody is perfect but everybody can try be perfect and prevention is better than cure '' . atau dalam bahasa mudahnya , tak dak orang sempurna tapi semua orang boleh cuba menjadi sempurna , dan mencegah itu lebih baik daripada mengubati .
Dalam islam dah diajar teknik untuk menghalang syaitan daripada terus menerus memasukkan racun maksiat dalam hati kita.
caranya mudah saja . Kita wujudkan sempadan dalam diri kita . Sempadan ni bermaksud , segala lubang-lubang yang kita fikir boleh membawa kita ke lembah maksiat , kita tutup .
nak bagi mudah :
'' salam . esok isninkan , jom kita puasa . boleh tambah pahala :D / sebelum tidur ambil wuduk pastu baca doa mana tau harini hari last / solat witir sesama jom ''dengan ikhlasnya kita ajak buat baik , tanpa kita sedar itu mungkin racun suntikan oleh syaitan untuk membangkitkan perasaan 'bahagia' dalam diri kita . atau apa niat sebenar kita ?
semasa semakin rapat :
'' salam .awak nampak sangat solehah ,boleh tak awak bimbing diri saya yang jahil ini . awak tinggal mana ? / Ada berapa adik beradik ? / saya ada masalah la , keluarga saya nie bla bla bla / kenapa macam moody ja cecite / saya mimpi best semalam bla bla bla '' .dengan ikhlasnya kita saling taaruf dengan lebih rapat dan tanpa segan silu mencerita hal pribadi sedangkan banyak lagi rakan karib sejantina yang boleh kita ceritakan . racun suntikan kedua yang syaitan suntik dalam hati kita . kita mula rasa seronok sampai sms , chating sampai tidur lewat malam dan sebagainya.
semasa dah rapat :
'' salam . awak ,saya nak ucap terima kasih , sebab awaklah saya semangat nak beribadat , sebab nasihat awaklah saya jadi happy/hidup saya rasa terurus . saya sayang awak sangat-sangat . kalau boleh saya nak awak bimbing saya kejalan yang benar . saya betul-betul perlukan awak / saya harap awak tak keberatan nak ajar saya ilmu agama . ''racun yang ketiga , kita merasakan seolah-olah 'cinta' / pergaulan kita mendapat 'restu' dan 'redha' Allah .kita rasa kita diperlukan untuk mengeratkan lagi hubungan seseorang dengan Allah (padahal kite pon terumbang-ambing) . Tanpa kita sedar , permainan syaitan baru nak bermula .
semasa dah kapel(islamik la konon) :
''sayang . esok jom keluar ,ajak la kawan temankan. abang nak cari buku agama sikit . Buku mencari redha Allah karangan ustaz chon tu . Abang belanja makan .Kalau sayang tolong abang carikan , kalau abang baca sayang dapat pahala jugak tau :D ''kita mula berani untuk keluar bersama , walaupun kita tahu itulah taktik syaitan . Tapi kita berada dalam dilema , tak mahu ikut kesian kat dia . kalau ikut , takut jadi apa-apa. tak pa ada kawan , lagipun dia nak cari buku agama . syaitan mula membisik .
semasa dah biasa keluar bersama :
''sayang , ni cincin dan bear sempena hari lahir sayang . tak da orang ni , abang pakaikan ya . (kita mula pegang tangan ) . sayang simpan tau , abang sayang ayang sangat , abang sanggup mati demi ayang . ''kita mula tak takut dengan larangan Allah . Keseronokkan keluar bersama mula bermain difikiran , tambah kita peminat setia cerita korea , terbayang adengan cintan-cinton yang kita tonton . mesti seronok kalau dia buat macam tukan . romantiknya . setiap hari kita berhubungan , bersms , berchat ,bercall . skarang ni kan dah ada viber , we chat ,whatsapps memudahkan lagi komunikasi larangan kita .kita dah mula lunakkansuara , bermanja-manja dan bersedia untuk mengawan (amboi ! ) . pada waktu ni kita tak sedar syaitan sedang bergembira , tersenyum lebar .
semasa dah tak malu :
''sayang , esok famili tak ada rumah , datang la . boleh study sekali . abang tak fahamlah hukum yang tak disepakati dalam syariah tu , nanti sayang boleh ajarkan . sayang kan A+ syariah .''inilah saat yang ditunggu oleh syaitan untuk memasukkan kemanisan zina dalam hati kita . Mula dia kejutkan nafsu yang sedang tidur . tambah pula si pompuan tu pakai wangi-wangian . bertambah la nafsu kaum adam ni .Sekarang nie syaitan cuma perlu duduk bersila dan menikmati permandangan indah yang bakal berlansung dimatanya .
semasa sedang ulang kaji :
''sayang , ada habuk masuk mata lah boleh tak tolong tipukan . . . (sambungan bakal meransang nafsu jadi anda fikir sendiri lah apa yang bakal berlaku ! )analoginya :
mula-mula chating , tukar jadi dating , lepas tu bunting ,
----------------------------------------------------------------
Kesimpulanya . bak kata orang kampung eden , ''nobody is perfect but everybody can try be perfect and prevention is better than cure '' . atau dalam bahasa mudahnya , tak dak orang sempurna tapi semua orang boleh cuba menjadi sempurna , dan mencegah itu lebih baik daripada mengubati .
Dalam islam dah diajar teknik untuk menghalang syaitan daripada terus menerus memasukkan racun maksiat dalam hati kita.
caranya mudah saja . Kita wujudkan sempadan dalam diri kita . Sempadan ni bermaksud , segala lubang-lubang yang kita fikir boleh membawa kita ke lembah maksiat , kita tutup .
nak bagi mudah :
- Apabila tiba-tiba merasakan perasaan yang bermain di hati . Rujuk sebaik-baik perancang (Allah la) doa begini '' Ya Allah , jika perasaan yang engkau ciptakan dalam hatiku ini akan membuatkan aku mendekatkan diri dengan engkau ya Allah kau kekalkanlah ia , jika perasaan ini akan membuatkan aku menjauhkan diri dengan engkau ya Allah kau lenyapkan lah ia '' (doa yang paling afdhal ialah doa yang kita faham maknaya )
- Kedua cuba sedaya upaya untuk mencintai Allah lebih dari segalanya . Merayu kepada Allah supaya membimbing kita kesyurga . buktikan kita sayang Allah .
(buat doa sendiri yang membuatkan kita menangis )
Ya Allah aku tahu , teramat mudah bagi mu mengambil segala nikmat yang engkau berikan kepadaku ,
tetapi dengan rahmatmu . . .
engkau masih memberi kesempatan kepadaku menyedut oksigenMu tanpa bayaran satu sen pon ,
tapi kenapa aku dengan sombongnya mengulangi dan membuat maksiat demi maksiat tanpa menghiraukan pandanganMu yang setiap detik memandangku .
ya Allah , aku tahu , aku sedang membuang masa dengan keseronokkan 'syurga' dunia tanpa menghiraukan amaran seksa nerakaMu yang tak terperi sakitnya .
ya Allah , aku lemah , tak terdaya diri ini melawan hasutan demi hasutan yang acapkali ditiup dalam dada ini .
kuatkan aku ya Allah , kuatkan imanku ini ~
aku malu . malu dengan pandanganMu yang sentiasa memandangku . aku takut . takut dengan siksaanMu yang memanggilku setiap kali melakukan maksiat kepadaMu .
bimbinglah aku ya Allah , bimbinglah aku menghampiriMu , mencintaiMu lebih dari segalanya . kasihani tubuh yang lemah ini ya Allah . tanpa pertolonganMu nescaya aku kalah dalam pujuk rayu nafsuku . bantulah aku mengalahkan nafsuku dalam peperangan yang tak akan henti melainkan dengan jemputan izrail bagi menghadapMu . Akhiri peperangan itu dengan kemenangan yang sebenarnya ya Allah .
ya Allah , pilihlah hambaMu ini untuk menetap di syurgaMu . walau aku tahu dengan dosa dan kemaksiatan yang terlalu banyak dalam diri ku , aku tak layak memasuki syurgaMu . tetapi dengan rahmat dan kasih sayangMu , kau ampunilah aku . ampunilah aku . ampunilah aku
3 . cuba untuk merujuk para ulama untuk lebih memahami cinta .
selama ni kita rujuk siapa untuk memahami 'cinta' ?
adakah kita rujuk al ustaz Lee Minho (이민호) ?
siapa yang mengajar masyarakat kita tentang 'cinta' ?
adakah masyarakat kita bila nak rujuk tentang 'cinta' mereka belek
apa kata ulama ataupun mereka lebih meneliti apa yang diajarkan filem-filem ,lagu-lagu ,novel-novel atau pengalaman orang sekeliling ?
jelas masyarakat kita banyak belajar 'cinta' daripada sumber-sumber yang melalaikan~
jadi tak hairanlah mengapa banyak 'cinta' anak muda itu membuatkan mereka sangat jauh daripada mencintai pencipta perasaan cinta itu sendiri ~
macam mana kita nk mencintai Allah klw tok guru kita sendiri (ustaz Lee Min Ho ) tak kenal Allah .
# bila cintamu kenal Ilahi jadilah cintamu berstatus tinggi (ustazah fatimah syarha )
4. Join Usrah . Rujuk ahli usrah bila mempunyai masalah . Jangan sesekali tewas pada pujuk rayu merayu lelaki/wanita untuk mendekati zina. Jika betul mereka perlukan bantuan , bantu lah sekadar yang mampu kita lakulakn mengikut syariat islam (bukan mengikut nafsu )
5. Belajar untuk mengamalkan islam dalam kehidupan . Bukan mengamalkan islam di masjid/surau sahaja .dengar huraian daripada ustazah :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan