hadis

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالأَرَضِ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ
Ertinya:
“Dari Abi Umamah al-Bahiliy: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.”

carian

Memaparkan catatan dengan label usrah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label usrah. Papar semua catatan

Rabu, 17 April 2013

IKHTILAT : antara keperluan dan syariat ~


- بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ -


  Alhamdulillah , bersyukur kita kepada Allah s.w.a.t kerana masih lagi memberi peluang untuk kita merasai nikmat iman dan islam dan menakdirkan kita membaca artikel penting ini . 

IKHTILAT : antara keperluan dan syariat

Tambah iman kepada Allah ~

APA MAKSUD IKHTILAT ? 

BAHASApenggaulan , meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencarnpurkannya
ISTILAH : Ikhtilat ialah pergaulan , komunikasi atau percampuran lelaki dan wanita yang bukan muhrim . Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa .Ianya merupakan perkara yang memang
berlaku dalam kehidupan manusia secara amnya.

HUKUM IKHTILAT ?Keadaan Ikhtilat ini berlaku berpandukan suasana masyarakat, keagamaan dan

sosialiti sesebuah institusi kemasyaratkatan tersebut. Perkara ini terjadi hatta dalam

perkara ibadat sekalipun, contohnya dalam melakukan solat berjemaah, Tawaf, Wuquf 

di ‘Arafah, melontar di Jamrah dan lain-lain lagi urusan ibadat umat Islam.

Bahkan dalam beberapa kes tertentu ia diharuskan dengan beberapa disiplin, untuk

mengelakkan masyaqqah (kesulitan) dalam kehidupan masyarakat seharian. Antara

kes yang boleh dijelaskan ialah, kes pendakwaan di mahkamah dan suasana tempat
perkerjaan.

Ikhtilat yang dijelaskan di atas adalah dibolehkan berdasarkan perkara darurat yang
berlaku dan ianya menepati beberapa kaedah fiqh, antaranya :

  1. الضرورات تبيح المحضورات(Perkara darurat itu mengharuskan perkara yang haram) 
  2. الضرورات تقدر بقدرها(Perkara darurat itu diukur/diambil pada kadarnya sahaja)
  3. الحاجة تنزل منزلة الضرورة(Keperluan yang mendesak boleh sampai kepada darurat)
  4. الضرر األشد يدفع بالضرر األخف(Darurat yang lebih besar perlu dielakkan daripada darurat yang lebih ringan)


Keharusan Ikhtilat dengan berdasarkan kaedah fiqh tersebut mestilah dilihat berdasarkan keadaan yang memaksa, bukannya dengan tuntutan nafsu dan syahwat.

Disiplin Yang Mengharuskan Ikhtilat :
i. Wanita dan lelaki mestilah berada dalam keadaan menutup aurat dengan sempurna
dan mempunyai hijab (penutup) bagi memisahkan mereka berdua. Ia berpandukan
firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteriisteri orang mu'min: "Hendaklah mereka melabuhkan pakaiannya ke seluruh tubuh
mereka" [al-Ahzab:59]
ii. Wanita tersebut tidak memakai bau-bauan atau perhiasan yang dapat dihidu dan
dilihat oleh lelaki ajnabi, berpandukan firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari
padanya” [An-Nur: 31]
Iii. Tidak menyebabkan berlakunya sentuhan seperti bersalaman atau seumpamanya.
Ianya menjadi hukum yang disepakati oleh ulama kerana larangan menyentuh adalah
lebih berat dari larangan untuk melihat wanita. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Katakanlah kepada golongan lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandanganya, dan memelihara kemaluannya.” [An-Nur:30]
“Dan katakanlah (juga) kepada golongan perempuan yang beriman: "Hendaklah
mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya.” [An-Nur:31]
IV .Perbualan yang dilakukan tidaklah menjurus kepada perkara syahwat ataupun
meransang kepada hawa nafsu. Bahkan adalah digalakkan untuk memendekkan
tempoh percakapan pada kadar hajat dan maslahah dengan menjaga adab dan
maruah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Maka janganlah kamu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginanlah (syahwat)
orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik.” [alAhzab:32]
V. Tidak mempunyai niat untuk melihat kepada lelaki atau wanita tanpa adanya
keperluan. Ianya bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur ayat 30
dan 31 sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini.
Tidak mempunyai syahwat ataupun nafsu ketika mana melihat di antara satu dengan
yang lain. Ia merupakan mafsadah (kerosakan) yang jelas diharamkam oleh syariat. Ia
jelas sebagaimana yang telah disebut di dalam hadis baginda Nabi s.a.w yang


-------------------------------------------------------------------

KEPERLUAN vs SYARIAT

Asal hukum setiap sesuatu yang dicipta Allah adalah halal dan mubah(harus) . Tidak ada satupun yang haram, kecuali kerana ada nas yang sah dan tegas dari syari’ (yang berwenang membuat hukum itu sendiri, iaitu Allah dan Rasul) yang mengharamkannya . Kalau tidak ada nas yang sah –misalnya kerana ada sebahagian Hadis lemah– atau tidak ada nas yang tegas (sharih) yang menunjukkan haram, maka hal tersebut tetap sebagaimana asalnya, iaitu mubah

Begitu juga dengan IKHTILAT. Seperti yang kita semua sedia maklum , di zaman era globalisasi ini , percampuran dan pergaulan di antara lelaki dan wanita ini menjadi keperluan .

Persoalan yang kita perlu tanya pada diri setiap kali ingin BERIKHTILAT ialah adakah 'keperluan' kita itu memberi manfaat pada nafsu kita semata , atau memberi manfaat untuk agama sama ada untuk dirisendiri (mendekatkan diri dengan Allah ) atau pun orang lain (mendekatkan orang lain dengan Allah ) . 

Jadi hukum IKHTILAT itu subjektif . 

Perlu diingat , selari dengan zaman moden ni , SENJATA syaitan semakin canggih . Kalau dulu , pergaulan lelaki dan wanita itu terhad , berbeza dengan situasi sekarang . Dunia dihujung jari , setiap saat kita boleh berkomunikasi walaupun berada di kawasan yang beribu batu jauhnya . Jadi syaitan mengatur stratigi

Banyak yang terkandas dalam perancangan starigi licik syaitan . Antara yang popular , menggunakan agama sebagai medium untuk berkomunikasi  diluar kepentingan dan batasan .
Dalam bahasa mudahnya menggunakan agama untuk mengorat , mendekati dan meng'ayat' wanita/lelaki . Betulkah ?

KENALI RACUN SUNTIKAN SYAITAN 

semasa mula kenal :
'' salam . esok isninkan , jom kita puasa . boleh tambah pahala :D / sebelum tidur ambil wuduk pastu baca doa mana tau harini hari last / solat witir sesama jom   '' 
dengan ikhlasnya kita ajak buat baik , tanpa kita sedar itu mungkin racun suntikan oleh syaitan untuk membangkitkan perasaan 'bahagia' dalam diri kita . atau apa niat sebenar kita ?

semasa semakin rapat :
'' salam .awak nampak sangat solehah ,boleh tak awak bimbing diri saya yang jahil ini  . awak tinggal mana ? / Ada berapa adik beradik ? / saya ada masalah la , keluarga saya nie bla bla bla / kenapa macam moody ja cecite / saya mimpi best semalam bla bla bla '' .
dengan ikhlasnya kita saling taaruf dengan lebih rapat dan tanpa segan silu mencerita hal pribadi sedangkan banyak lagi rakan karib sejantina yang boleh kita ceritakan . racun suntikan kedua yang syaitan suntik dalam hati kita . kita mula rasa seronok sampai sms , chating sampai tidur lewat malam dan sebagainya.

semasa dah rapat :
'' salam . awak ,saya nak ucap terima kasih , sebab awaklah saya semangat nak beribadat , sebab nasihat awaklah saya jadi happy/hidup saya rasa terurus . saya sayang awak sangat-sangat . kalau boleh saya nak awak bimbing saya kejalan yang benar . saya betul-betul perlukan awak / saya harap awak tak keberatan nak ajar saya ilmu agama . ''
racun yang ketiga , kita merasakan seolah-olah 'cinta' / pergaulan kita mendapat 'restu' dan 'redha' Allah .kita rasa kita diperlukan untuk mengeratkan lagi hubungan seseorang dengan Allah (padahal kite pon terumbang-ambing) . Tanpa kita sedar , permainan syaitan baru nak bermula .

semasa dah kapel(islamik la konon) :
''sayang . esok jom keluar ,ajak la kawan temankan.  abang nak cari buku agama sikit . Buku mencari redha Allah karangan ustaz chon tu . Abang belanja makan .Kalau sayang tolong abang carikan , kalau abang baca sayang dapat pahala jugak tau :D '' 
kita mula berani untuk keluar bersama , walaupun kita tahu itulah taktik syaitan . Tapi kita berada dalam dilema , tak mahu ikut kesian kat dia . kalau ikut , takut jadi apa-apa. tak pa ada kawan , lagipun dia nak cari buku agama . syaitan mula membisik .

semasa dah biasa keluar bersama :
''sayang , ni cincin dan bear sempena hari lahir sayang . tak da orang ni , abang pakaikan ya . (kita mula pegang tangan ) . sayang simpan tau , abang sayang ayang sangat , abang sanggup mati demi ayang . ''
kita mula tak takut dengan larangan Allah . Keseronokkan keluar bersama mula bermain difikiran , tambah kita peminat setia cerita korea , terbayang adengan cintan-cinton yang kita tonton . mesti seronok kalau dia buat macam tukan . romantiknya . setiap hari kita berhubungan , bersms , berchat ,bercall . skarang ni kan dah ada viber , we chat ,whatsapps  memudahkan lagi komunikasi larangan kita .kita dah mula lunakkansuara , bermanja-manja dan bersedia untuk mengawan (amboi ! ) . pada waktu ni kita tak sedar syaitan sedang bergembira , tersenyum lebar .

semasa dah tak malu :
''sayang , esok famili tak ada rumah , datang la . boleh study sekali . abang tak fahamlah hukum yang tak disepakati dalam syariah tu , nanti sayang boleh ajarkan . sayang kan A+ syariah .'' 
inilah saat yang ditunggu oleh syaitan untuk memasukkan kemanisan zina dalam hati kita . Mula dia kejutkan nafsu yang sedang tidur . tambah pula si pompuan tu pakai wangi-wangian . bertambah la nafsu kaum adam ni .Sekarang nie syaitan cuma perlu duduk bersila dan menikmati permandangan indah yang bakal berlansung dimatanya .

semasa sedang ulang kaji :
''sayang , ada habuk masuk mata lah boleh tak tolong tipukan  . . . (sambungan bakal meransang nafsu jadi anda fikir sendiri lah apa yang bakal berlaku ! )
analoginya :

mula-mula chating , tukar jadi dating ,  lepas tu bunting , 
----------------------------------------------------------------
Kesimpulanya . bak kata orang kampung eden , ''nobody is perfect but everybody can try be perfect and prevention is better than cure '' . atau dalam bahasa mudahnya , tak dak orang sempurna tapi semua orang boleh cuba menjadi sempurna , dan mencegah itu lebih baik daripada mengubati .
Dalam islam dah diajar teknik untuk menghalang syaitan daripada terus menerus memasukkan racun maksiat dalam hati kita.

caranya mudah saja . Kita wujudkan sempadan dalam diri kita . Sempadan ni bermaksud , segala lubang-lubang yang kita fikir boleh membawa kita ke lembah maksiat , kita tutup .

nak bagi mudah  :

  1. Apabila tiba-tiba merasakan perasaan yang bermain di hati . Rujuk sebaik-baik perancang (Allah la) doa begini '' Ya Allah , jika perasaan yang engkau ciptakan dalam hatiku ini akan membuatkan aku mendekatkan diri dengan engkau ya Allah kau kekalkanlah ia , jika perasaan ini akan membuatkan aku menjauhkan diri dengan engkau ya Allah kau lenyapkan lah ia '' (doa yang paling afdhal ialah doa yang kita faham maknaya )
  2. Kedua cuba sedaya upaya untuk mencintai Allah lebih dari segalanya . Merayu kepada Allah supaya membimbing kita kesyurga . buktikan kita sayang Allah .                                                                                    
    (buat doa sendiri yang membuatkan kita menangis )
    Ya Allah aku tahu , teramat mudah bagi mu mengambil segala nikmat yang engkau berikan kepadaku ,
    tetapi dengan rahmatmu . . .

    engkau masih memberi kesempatan kepadaku menyedut oksigenMu tanpa bayaran satu sen pon ,
    tapi kenapa aku dengan sombongnya mengulangi dan membuat maksiat demi maksiat tanpa menghiraukan pandanganMu yang setiap detik memandangku .

    ya Allah , aku tahu , aku sedang membuang masa dengan keseronokkan 'syurga' dunia tanpa menghiraukan amaran seksa nerakaMu yang tak terperi sakitnya .
    ya Allah , aku lemah , tak terdaya diri ini melawan hasutan demi hasutan yang acapkali ditiup dalam dada ini .
    kuatkan aku ya Allah , kuatkan imanku ini ~
    aku malu . malu dengan pandanganMu yang sentiasa memandangku . aku takut . takut dengan siksaanMu yang memanggilku setiap kali melakukan maksiat kepadaMu .

    bimbinglah aku ya Allah , bimbinglah aku menghampiriMu , mencintaiMu lebih dari segalanya . kasihani tubuh yang lemah ini ya Allah . tanpa pertolonganMu nescaya aku kalah dalam pujuk rayu nafsuku . bantulah aku mengalahkan nafsuku dalam peperangan yang tak akan henti melainkan dengan jemputan izrail bagi menghadapMu . Akhiri peperangan itu dengan kemenangan yang sebenarnya ya Allah .

    ya Allah , pilihlah hambaMu ini untuk menetap di syurgaMu . walau aku tahu dengan dosa dan kemaksiatan yang terlalu banyak dalam diri ku , aku tak layak memasuki syurgaMu . tetapi dengan rahmat dan kasih sayangMu , kau ampunilah aku . ampunilah aku . ampunilah aku 
         ya Allah bimbing aku kesyurga 

     3 . cuba untuk merujuk para ulama untuk lebih memahami cinta .

selama ni kita rujuk siapa untuk memahami 'cinta' ?

adakah kita rujuk al ustaz Lee Minho (이민호) ?
siapa yang mengajar masyarakat kita tentang 'cinta' ?

adakah masyarakat kita bila nak rujuk tentang 'cinta' mereka belek
apa kata ulama ataupun mereka lebih meneliti apa yang diajarkan filem-filem ,lagu-lagu ,novel-novel atau pengalaman orang sekeliling ?

jelas masyarakat kita banyak belajar 'cinta' daripada sumber-sumber yang melalaikan~

jadi tak hairanlah mengapa banyak 'cinta' anak muda itu membuatkan mereka sangat jauh daripada mencintai pencipta perasaan cinta itu sendiri ~
macam mana kita nk mencintai Allah klw tok guru kita sendiri (ustaz Lee Min Ho ) tak kenal Allah .

# bila cintamu kenal Ilahi jadilah cintamu berstatus tinggi (ustazah fatimah syarha
4. Join Usrah . Rujuk ahli usrah bila mempunyai masalah . Jangan sesekali tewas pada pujuk rayu merayu lelaki/wanita untuk mendekati zina. Jika betul mereka perlukan bantuan , bantu lah sekadar yang mampu kita lakulakn mengikut syariat islam (bukan mengikut nafsu ) 
5. Belajar untuk mengamalkan islam dalam kehidupan . Bukan mengamalkan islam di masjid/surau sahaja .
dengar huraian daripada ustazah :

Isnin, 15 April 2013

USRAH ~ keseronokan yang tak mampu dihurai

-DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI -



''Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.'' (pepatah arab )


Peringatan daripada Allah cukup sempurna dan lengkap . Bak kata orang kampung ana , perfect and consummate  .
Seriously , peringatan daripada Allah sentiasa sampai kepada kita , cumanya kita sahaja yang kurang cakna (ambil berat ) tentang peringatan itu . Bagi kita , ada banyak lagi hal yang lebih penting(sebenarnya tak penting pon)  daripada buat kebaikan untuk AGAMA .

 Jelas , seoalah-olah kita mementingkan diri sendiri , jika sesuatu perkara itu dirasakan  memberi keseronokkan pada nafsu kita , kita buat . Kita ikut ja telunjuk nafsu dan syaitan .
 Tak hairanlah Iman kita dah kena penyakit anoreksia nervosa (dalam bio , penyakit tak mau makan sebab berasa gemuk sangat , dalam ilmu tasawuf penyakit yang tak mau buat benda baik , sebab rasa masih muda )
nafsu kita lak ada masalah obesiti (dalam ilmu bio , berat badan belebihan . dalam ilmu tasawuf berat dosa belebihan )   (lihat post nie ) .

Apa yang semua orang boleh cakap , hidup ni sementara , hidup ni singkat , hidup kat dunia tak kekal . Tapi berapa ramai yang boleh aplikasikan kata-kata tu , melakukan kebaikan untuk agama . fakta yang banyak orang tak tau , 

''kalau kita buat sesuatu untuk menguntungkan diri sendiri sahaja (penting diri ) tak semestinya menguntungkan kita ( mungkin kita dapat masalah lain ), tetapi , kalau kita buat sesuatu yang menguntungkan agama . pastinya , diri kita mendapat keuntungan yang sebenar-benarnya ''
*take note

-----------------------------------------------------------------------


PENGENALAN USRAH?

usrah ibarat chaarger kepada iman 
Usrah nie macam charger . kita charge balik iman kita dengan berusrah . Analoginya , kalau phone , bila bateri phone dah low , kita kena charge balik untuk memastikan phone tu boleh berfungsi  . Kalau kita guna ja phone tu tak henti - henti lambat laun bateri phone tu akan habis , dan tak dapat memberi manfaat bukan kepada kita sahaja ,mungkin orang lain juga .

Jadi untuk memastikan iman kita sentiasa berada ditahap yang mampu melindungi diri kita daripada hasutan syaitan dan nafsu , salah satu caranya , kita join usrah .

'' mende usrah nie apa bro ? , ada rasa sedap macam makan tutti frutti tak ? kalau ada gua nak join lah ''
sedap atau seronok berusrah ni , tak dapat digambarkan melalui lisan atau dengan cara apa sekalipun . keseronokkan berusrah perlu dirasai oleh setiap induvidu ( Sedap daripada tutti frutti ) . Dah la tak kena bayaq . Kadang-kadang tu rasa bertenaga ja . serious untung .

Hampa dengaq nie elok-elok (maaf terkedah pulak )

Usrah merupakan batu-bata kepada binaan organisasi dan alat penghubung qiyadah (pemimpin) dan jundiyyah ( ahli )

Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab, (الأسرة ) yang bermaksud keluarga. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau pun ia disebut sebagai Famili. Di dalam kamus al-Munjid Fi al- lughatu Wa al-A’lam adalah mufrad kepada (أسر ) iaitu satu kumpulan yang mempunyai hubungan yang kukuh.

Manakala dari segi istilahnya pula, usrah bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan saling tolong- menolong  untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan  perintah Allah di dalam surah al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud
“ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).
Kita lihat sejarah , pembentukan Usrah yang pertama  dilaksanakan oleh baginda Rasulullah s.a.w sendiri ialah di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam.Baginda  Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.

Maka ‘usrah’ bukan sahaja tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ilmu, tetapi 'usrah' juga merupakan tempat untuk setiap ahli usrah membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli usrah dan bertolong-tolong apabila ada ahli yang ditimpa kesusahan. Usrah juga merupakan satu medium dakwah untuk berdialog mengenai Islam secara dinamik dan lebih terbuka .

--------------------------------------------------------------------

RUKUN USRAH



Usrah juga merupakan pusat asuhan Hati dan berdiri di atas tiga rukun utama iaitu :-

 Pertama : TaarufKewajipan-kewajipan dan tugas-tugas yang menjamin kejayaan pilar ini ialah
  • Merasakan  makna ukhuwwah yang sebenar dan sempurna antara kamu.
  • Bersungguh-sungguh  agar tidakada sesuatu pun yang mengeruhkan kemurnian ikatan kamu.
  • Selalu membaca dan meneladani ayat-ayat dan hadis-hadis . jadikan ia pusat perhatianmu – ‘ berpegang teguhlah kamu dengan tali allah dan janganlah berpecah belah’ ( Ali Imran : 103) ‘ sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara’ ( Hujurat : 10)
Kedua : Tafahum
  • Istiqamah di atas manhaj(jalan mengikut sunnah) kebenaran.
  • Laksanakan segala perintah allah dan tinggalkan apa yang dilarangnya.
  • Evaluasilah (muhasabah) diri kamu dengan dengan teliti atas ketaatan dan kemaksiatan kamu.
  • Hendaklah salah seorang dari kamu memberi nasihat kepada saudaranya apabila melihat keaiban saudaranya.
  • Setiap akh menerima nasihat saudaranya denagn penuh gembira  dan sukacita.
  • Akh yang memberi nasihat  harus menjaga hatinya agar tidak berubah sedikit pun terhadap saudaranya yang dinasihati.Dia tidak boleh merendahkan kelemahan saudaranya atau merasakan dirinya lebih baik  dari saudaranya.
  • Hendaklah dia menyimpan rahsia kelemahan saudaranya selama sebulan dan tidak menyampaikan kepada sesiapa pun kecuali kepada ketua usrah (murobbi) jika dia tidak mampu untuk memperbaikinya.
  • Dia berterusan mencintai, menghormati dan mengasihi saudaranya.
  • Saudara yang dinasihati tidak boleh berdegil atau keras kepala dan berubah hati kepada saudaranya yang memberi nasihati sekecil mana sekali pun.
Ketiga : Takaful
  • Sentiasa saling tolong menolong dan meringankan beban saudara kamu.
  • Berjanji untuk menunaikan tanggungjawab sesama kamu dengan  saling bertanya dan  melakukan kebaikan.
  • Proaktif untuk membantu saudaranya jika ada kesempatan.
  • Renungkan sabda Rasulullah SAW : “Seseorang yang berjalan untuk menunaikan hajat saudaranya lebih baik dari dia beriktikaf di masjidku selama sebulan..”


-----------------------------------------------------------------

 usrah AMLI di jitra bersama Al-Fadhil Ustaz Hafiz Mustafa Lubis setiap isnin , selepas asar @ selepas maghrib. Anak muda yang ada berdekatan dengan jitra sangat-sangat dialu-alukan kehadiran anda .
# in sya Allah berguna untuk kita . wallahua'lam 


Ahad, 14 April 2013

Kuliah tasawuf (pendengaran dan penglihatan) ~

- بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ -

Alhamdulillah , in sya Allah artikel pada kali ini akan membicarakan tentang antara nikmat Allah yang terbesar iaitu pendengaran dan penglihatan . 

kata ulama tasawuf , 
''pendengaran dan penglihatan itu seperti makanan , sebahagiannya menjadi penawar dan sebahagiannya menjadi racun '' 

errrkk :D alhamdulillah ~




Seperti yang kita tahu , fitrah manusia gemar kepada makanan dan minuman . Bayi yang baru lahir , tidak tertarik kepada pakaian , tidak tertarik kepada mainan tetapi tertarik kepada makanan (susu ibu ) . Dalam kehidupan seharian kita , keperluan yang terpenting untuk meneruskan hidup ialah makanan . Sehingga mana ada yang sanggup berbunuhan disebabkan makanan .

Ya . Seperti yang kita tahu makanan penting untuk meneruskan kehidupan . Tetapi pemilihan makanan juga penting untuk menjaga kesihatan .

-------------------------------------------------------------
 Kepentingan Makanan Berkhasiat
pilih makanan seimbang ~

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

3. Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

*sumber
-----------------------------------------------------------

Jika faktor pemakanan memberikan kesan kepada kesihatan fizikal manusia . Pendengaran dan penglihatan juga memberi kesan kepada kesihatan manusia . Bukan kesihatan fizikal , tetapi kesihatan mental atau rohani
Cuba tanya diri kita , dalam penggunaan nikmat mendengar dan melihat dalam kehidupan , berapa peratuskah kita gunakan untuk manfaat yang baik dan berapa peratus untuk sebaliknya .

kita tidak sedar , ramai diantara kita mengalami masalah obesiti (kegemukan) pada nafsunya , dan penyakit anoreksia nervosa (penolakkan terhadap makanan) pada imannya . 
obesiti pada nafsu

                     penyakit iman :anoreksia nervosa                     (penolakkan terhadap kebaikan)
                                                                                                                     Penyakit-penyakit ini terjadi kerana sumber 'pemakanan' rohani iaitu pendengaran dan penglihatan kita terlalu ketara kearah maksiat dan dosa .

Ramai orang kata , 
''aku bukan tak mahu berubah , tapi aku dah tak boleh berubah '' , '' ala belum tiba masala nak berubah , nanti tua nanti aku lepak masjid lah '' , '' zaman muda sekali ja kot , enjoy la dulu der '', ''aku belum dapat hidayah '' .
itu lah antara alasan-alasan yang popular di mulut-mulut anak-anak muda apabila diseru untuk mengwujudkan anjakkan paradikma dalam diri mereka kearah perubahan yang positif .
Tanpa mereka sedari , 'penyakit' hati mereka semakin hari semakin kronik.

Jika pemakanan JASMANI yang seimbang dapat memberi 4 kebaikan , pemakanan ROHANI (pendangaran dan penglihatan yang membawa kepada dekat dengan Allah ) yang seimbang juga memberi 4 kebaikan .
jom naik taraf hati kita ~

1. kekuatan iman manusia itu akan bertambah

Hati kita menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina iman yang kuat dalam diri manusia . Keupayaan rohani yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya sebagai hamba dengan begitu baik dan sempurna. 

 2. Menambahkan ilmu dalam diri

Keperluan ilmu ini bertindak seperti vitamin yang menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit hati atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan rohani manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seorang islam. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan rohani yang seimbang akan menjamin tiket ke syurga .

3. Mampu mengawal kadar obesiti pada nafsu.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan rohani seimbang ialah manusia perlulah mengambil hiburan dalam kuantiti yang kecil sekadar yang diperlukan oleh manusia. Pengawalan hiburan menjadikan nafsu seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan ibadah terutama ibadah sunat yang mampu mendekatkan diri dengan tuhan. Oleh itu, obesiti nafsu mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet hiburan yang seimbang dalam hidupnya. 

4. Perkembangan iman seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan rohani yang tertentu boleh menjadikan iman seseorang itu tidak cukup kuat dan dirinya mudah letih apabila  melakukan sesuatu kebaikan atau ibadat . Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menjauhkan dirinya daripada azab api neraka yang tak terperi sakitnya . Jadi, pemakanan rohani yang seimbang menjadikan iman manusia itu lebih stabil dan berdaya tahan untuk membolehkan kita mencari rahmat Allah bagi menempah 'tiket' ke syurga 

------------------------------------------------------

firman Allah dalam surah as-saff :


Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).


(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.
Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ahlan