hadis

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالأَرَضِ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ
Ertinya:
“Dari Abi Umamah al-Bahiliy: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.”

carian

Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Jun 2013

tips hindari maksiat

Katakan Tak Nak pada Maksiat!


Abu Abdillah Nu'man bin Basyir ra. berkata; Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda,

"Sesungguhnya yang halal itu telah jelas dan yang haram pun telah jelas. Sedangkan di antaranya ada masalah yang samar-samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahui (hukumnya)-nya. Barangsiapa menghindari yang samar-samar, maka ia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang jatuh ke dalam yang samar-samar maka ia telah jatuh ke dalam perkara yang haram. Seperti pengembala yang berada di dekat pagar (milik orang lain); dikhuatirkan ia akan masuk ke dalamnya ..."


Berikut adalah antara tips untuk menjauhi Lagha/Syubhat/Mutasyabihat/Was-was/Maksiat:
  1. Jika anda sesekali terfikir untuk mengerjakan perkara-perkara lagha ataupun maksiat, bertangguhlah untuk berbuat demikian. Sebagaimana anda cekap menangguh-nangguh assignment mahupun study untuk exam anda, belajarlah untuk bertangguh berbuat perkara terkutuk itu. (Fastabiqul Khairat-Berlumba-lumbalah berbuat kebaikan, bertangguhlah berbuat durjana)
  2. Amalkan banyak minum air, atau belajarlah mengunyah gula-gula getah, pindahkan rasa ketagih itu kepada perkara-perkara mubah, bukan kepada perkara-perkara haram. (Keliru?)
  3. Sibukkan diri dengan perkara-perkara yang lebih berfaedah, supaya minda dapat dialihkan daripada berfikir ingin berbuat maksiat (atau lagha) tersebut.
  4. Katakan TIDAK, apabila diajak oleh kawan (An-Nas 114:5), ataupun dipelawa oleh syaitan-syaitan yang membisik (An-Nas 114:4) untuk berbuat maksiat. Anggaplah ini ujian dari Allah (Al-Ankabut 29:2), yang mana anda akan mendapat pahala dengan berkata TIDAK. Sesungguhnya, saya takut Allah, Inni akhafullah.
  5. Jauhilah rakan-rakan yang berbuat maksiat. Supaya anda tidak terdedah dengan maksiat yang mereka lakukan. Supaya anda tidak dengan perlahan-lahan redha terhadap maksiat-maksiat yang mereka lakukan. Supaya tidak terbentuk titik-titik hitam di hati anda, atas maksiat yang mereka lakukan. (Al-Furqan 25:72)
  6. Bersamalah manusia-manusia yang beriman sentiasa mengingatkan anda tentang kesabaran dan kebenaran. Carilah rakan-rakan yang sentiasa mengingatkan anda tentang Allah dan ketakwaan. Tatkala memandang wajahnya, maka akan teringat tentang Allah. Teringat tentang syurga bagi mereka yang beriman dan neraka buat mereka yang kufur. (Al-Kahfi 18:10)
  7. Jagalah hati anda, jagalah pandangan anda, jagalah iman anda (An-Nur 24:30). Selalukan diri ini untuk memuhasabah hati ini pada setiap masa. Jangan biarkan diri ini terleka, ataupun terlena kerana kita tidak pernah menjenguk-jenguk kandungannya.
  8. Usahakan sesuatu untuk menjaga keimanan dan ketakwaan (Al-Syams 91:8-10) . Jangan menunggu sahaja. Carilah ceramah-ceramah, daurah-daurah, usrah-usrah untuk disertai. Sesungguhnya, jika kita tidak mentarbiyyah diri kita dengan islam, kita sebenarnya membiarkan diri kita ini ditarbiyyah sepenuhnya oleh jahiliyyah yang berada di sekeliling kita. Jika Allah inginkan kebaikan kepada seorang hamba itu, akan difahamkannya tentang Ad-Din.

Katakanlah, "Wahai orang-orang kafir!
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,
dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah,
dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
dan kamu tidak pernah menjadi penyembah apa yang aku sembah,
Untukmu agamamu, dan untukku agamaku"


(Surah Al-Kafirun)

# sumber #

Ahad, 9 Jun 2013

khutbah jumaat yang awesome , terkesan dan berkesan

bismillah ~
masjid al-a'laa


Zaman yang serba moden ni , khutbah jumaat kini dilihat ( pandangan pribadi ) , sebuah ibadat yang sudah menjadi adat . Ramai yang tidak mengambil peduli isi khutbah dan ada diantaranya lebih suka bersembang , merokok dan mengabaikan isi khutbah yang sepatutnya menjadi medium  mmperingati orang-orang islam tentang kelalaian mereka dalam mencari keredhaan Pencipta pada minggu itu .

Lebih malang lagi , ada yang pergi menunaikan solat jumaat hanya kerana ramai kawan yang pergi atau mahu berjumpa dengan rakan . Sedangkan , perhimpunan yang Allah wajibkan untuk kaum adam yang baligh ini adalah untuk kita mencari dan menganalisa kesilapan dan kesalahan kita , disamping mendengar nasihat dan teguran daripada khatib .Begitulah tujuan perhimpunan migguan ini diwajibkan . Ironinya , sesetengah jemaah mengabaikan pengisian itu .

Bagi khatib pula , perlu ditegaskan bahawa , khutbah yang bakal disampaikan itu haruslah bersemangat dan sedap didengar oleh jemaah . Khatib juga boleh menegur sikap sebahagian jemaah yang mengabaikan pengisian khutbah sepertimana yang dilakukan dizaman rasulullah . Dalam bahasa mudahnya , khatib perlu berkhutbah bukannya baca khutbah . 

Tetapi khutbah jumaat yang ana dengar di masjid Al-A'la Jitra pada minggu yang lalu sangat terkesan dalam jiwa ana dan mungkin para jemaah yang lain . Intonasi khutbah yang disampaikan juga pernuh dengan semangat , terasa sinar keinsafan menusuk laju kedalam kalbu .

''subhanlallah . perngisian khutbah jumaat tadi sangat awesome , berkesan dan terkesan . itu baru berkhutbah , bukan baca khutbah '' , bisik diri mengenangkan khutbah jumaat tadi . 



antara isi khutbah itu ialah :

1. ''wahai para remaja , bangkitlah untuk menegakkan agama Allah . Lihatlah bertapa hebatnya para remaja d izaman rasulullah . contohilah mereka . Tidakkah kamu berasa malu dengan rasulullah ? , kamu mengharapkan syafaat rasulullah , tetapi apa yang kamu lihat setiap hari bukan perkara yang diredhoi rasulullah . kamu mengharapkan syafaat rasulullah , tetapi setiap perkataan yang keluar dibibirmu bukan seperti yang diajar oleh rasulullah ''.

2.'' wahai para remaja , gunakanlah akal kamu sebagai pengikat ketika dirimu ingin melakukan maksiat . ikatlah diri kamu dengan akal dan imanmu ketika kamu ingin melakukan maksiat . ketahuilah olehmu bahawa ''

3. '' sedangkan Allah dan para malaikatpun berselawat ke atas nabi , ( tunggu apa lagi ! ? ) wahai orang-orang yang beriman , marilah kita berselawat kepada nabi dan ucaplah salam penghormatan kepadanya Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (Surah al-Ahzaab, 33: 56)''

Isnin, 29 April 2013

kerana Allah ~

-DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI-




Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:


“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim )

  Ramai antara kita tahu tentang mutiara kata-kata Rasulullah ini . Tetapi , apa nilai yang boleh kita ambil daripada kata-kata manusia paling sempurna ini ?

Apa yang kita faham tentang niat dan hijrah ?


Apa maksud niat?


Bahasa : Kehendak hati atau tujuan hati.


Istilah : Gerak hati melaksanakan sesuatu perkejaan dengan tujuan mencari keredhaan ALLAH s.w.t



Apa pula maksud hijrah?



Bahasa : Berpindah meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi ke tempat lain.


Konteks Sejarah Islam : Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda dari Makkah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawarrah untuk mengembangkan Islam.

Konteks kini : Perpindahan yg lebih meluas merangkumi perubahan kepada hidup yg lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih dekat kepada ALLAH s.w.t.

***************************************************************

لا إلهَ إلاَّ اللَّه وحْدَه لا شَريك لهُ ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحمْد ، وهُو على كُلِّ شَيءٍ قَدِيرٌ

 firman Allah :

Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
(surah al-an'am : 162 )

adakah hanya dengan perkataan ''aku belajar/bekerja kerana Allah '' sudah menunjukkan kita beramal kerana Allah semata .
Tentu sekali tidak .


" Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukanmu"-muhammad : 7-

Hakikat iman itu mempunyai 3 peringkat asas iaitu Niat ,perkataan dan  perbuatan .

NIAT - perlu diingatkan untuk berjaya niat kita perlu spesifik , setiap perbuatan kita perlu diniatkan kerana Allah . Ya ramai yang mampu niat sebegini . Niat kerana Allah ini bukanlah hanya pada lintasan hati semata tetapi niat kerana Allah ini bermaksud keazaman dalam diri untuk mengembangkan ISLAM di muka bumi.
Ini yang penting .

contohnya , belajar kerana Allah tetapi bila Allah takdirkan kita gagal , kita kecewa .sedangkan kegagalan itu perancangan Allah .  sebab itu kita perlu faham tentang niat itu , '' ya Allah jika kejayaan dalam akademik ini akan membuatkan aku dekat dengan engkau ya Allah , kau izinkanlah aku berjaya '' doa sebegini lebih afdhal untuk kita menjaga niat kita agar tidak tersimpang dari niat yang sebenar iaitu mengembangkan ISLAM bukan dengan tujuan mendapat kejayaan semata-mata.

PERKATAAN - perkataan yang keluar dari mulut kita juga haruslah berlandaskan niat kita . Maksudnya      sebelum , semasa dan selepas kita berjaya atau gagal dalam perjuangan ,  perkataan kita haruslah menunjukkan kita sedang berusaha untuk mengembangkan ISLAM .

contohnya , kita niat nak kembangkankan ISLAM tapi , perkataan kita tak menunjukkan kita nak kembangkan islam sebaliknya kita membawa fitnah kepada islam . maksudnya kita guna perkataaan yang boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap islam . jadi perkara ini perlu diubah untuk mendapat bantuan Allah.

PERBUATAN -seperti perkataan , perbuatan kita juga perlulah selari dengan niat dan perkataan kita . Maksudnya sebelum , semasa , dan selepas kita berjaya atau gagal dalam perjuangan , perbuatan kita mestilah menunjukkan kita sedang berusaha untuk mengembangkan ISLAM

contohnya , kita niat nak kembangkan ISLAM , tapi perbuatan kita seolah-olah kita berusaha kerana sesuatu yang lain seperti pangkat , pujian , duit , kerjaya dan sebagainya . Kita mendambakan bantuan Allah tapi perbuatan kita untuk mendapat kejayaan hanya untuk kepentingan pribadi bukan kepentingan islam . Bagaimana bantuan Allah nak sampai .

BANTULAH AGAMA ALLAH NESCAYA ALLAH MEMBANTU KAMU~







nak jadi pandai ? , nak jadi kuat ? , nak iman mantap ? , nak rasa dihargai ? nak akhlak terpuji ?

-doa senjata mukmin-

doa macam nie . . .
''ya Allah aku nak memperjuangkan agamaMu , kurniakanlah aku akal yang cerdas kerna itu akan membuatkan orang mendengar pendapatku , kurniakan aku fizikal yang mantap kerna itu membantu aku mempertahankan maruah agamaMu , kurniakan aku iman yang teguh kerana itu dapat menjadikan aku istiqomah memperjuangkan agamaMu , kau jadikan lah aku orang yang dikasihi masyarakat agar agamaMu mudah ditinggikan , kau hiasilah diriku dengan Akhlak nabiMu agar aku mudah mempraktikkan sunah rasulMu , ya Allah engkau dapat mengubah hati saidina Umar , tentu mudah bagiMu mengubah hatiku untuk membela agamaMu , ya Allah bantulah aku untuk membantu agama mu , sesungguhnya hanya kepadamu kami sembah dan hanya kepadamulah kami meminta pertolongan ''.

# nak jadi pandai ? , nak jadi kuat ? , nak iman mantap ? , nak rasa dihargai ? nak akhlak terpuji ?
 - >>> tolong agama Allah








 

Khamis, 25 April 2013

TIPS HINDAR PUKAU ~

Berikut adala beberapa bacaan dari al-Quran yang boleh dijadikan
amalan (bacaan harian) bagi mencegah dan merawat sihir sebagaimana
yang pernah di syarahkan oleh bekas Mufti Besar Arab Saudi,
Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh.

1. Surah al-Baqarah : 255 / Ayat Kursi

2. Surah al-'Araf : 117 hingga 122

3. Surah Yunus : 79 hingga 82

4. Surah Tha Ha : 65 hingga 70]

5. Surah al-Kafirun

6. Surah al-Ikhlas

7. Surah al-Falaq

8. Surah al-Nas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ahlan