* gambar hiasan |
Majlis ilmu merupakan salah satu daripada taman-taman syurga .
---------------------------------------------------
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : “Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu. (Hadis riwayat at-Tirmizi).
----------------------------------------------------
Persoalannya , adakah majlis-majlis ilmu ini hanya perlu dipenuhi golongan berumur sahaja ?
Tentu sekali tidak . Tetapi hakikat pahit yang terpaksa kita terima . Golongan muda lebih suka berhimpun di tempat 'lepakkan' syaitan .
---------------------------------------------------
Tentu sekali tidak . Tetapi hakikat pahit yang terpaksa kita terima . Golongan muda lebih suka berhimpun di tempat 'lepakkan' syaitan .
*gambar hiasan |
---------------------------------------------------
Dari Abu Hurairah ra , Rasulullah s.a.w bersabda :
maksudnya : ''Tempat yang paling di sukai oleh Allah ialah masjid dan tempat yang paling dibenci oleh Allah ialah pasar '' .
----------------------------------------------------
Best ka ceramah kat masjid tu ?
*gambar hiasan |
Sebenarnya , kemanisan dalam majlis ilmu ini hanya dirasai apabila kita istiqomah berada dalam majlis ilmu . Sebagai contoh , ketagihan dadah / alkohol / rokok dan sebagainya kurang berlaku sekiranya pencuba baru pertama kali mencubanya . Dalam bahasa mudah nya '' tak ketagih aih , kalau first time kena '' ya diakui bukan tiada secara total . Ada yang ketagih walaupun hanya pertama kali mencuba . Tetapi situasi seperti itu sangat jarang berlaku .
Begitu juga halnya dalam menuntut ilmu ~
Kita tak akan merasa cinta akan ilmu sekiranya kita tak istiqomah berada dalam majlis ilmu . Ketika di sekolah dulu , ana pon cuba-cuba lari daripada usrah . Yer lah , boring kadang-kadang tu . Tapi , setelah diberi penjelasan oleh naqib ana , alhamdulillah . sedikit tak banyak , berubah juga ~ Kata naqib ana , ''enta taw tak , masyarakat dulu sanggup mengembara beribu-ribu batu hanya untuk mencari sepotong hadis . kita nie , Ilmu depan mata , bukan kata nak cari ilmu , ilmu dah mai kat enta pon enta lari ? tak ikhlas ? Enta ingat ikhlas tu boleh beli kat kedai ? ''abang nak ikhlas satu kati , bungkus elok-elok nanti bocor tak ikhlas pulak saya nak buat baik'' Ikhlas tu kena cari , dia tak mai aih sendiri . Keikhlasan itu hanya akan datang bila kita paksa diri kita . Tuhan kita Allah ,bukan nafsu . Ok, kelmarin enta kalah dalam 'peperangan' dengan nafsu , harini tak akan enta nak kalah lagi . Dan sampai bila enta nak kalah,kalah , kalah dan kalah. Merdekakan diri enta yang di'jajah' nafsu kalau enta nak tempah tiket ke syurga . Ana yakin enta boleh menang . '' lebih tak kurang macam tu la ayat beliau .

sejak saat itu ana tersentap . Terasa dalamnya tusukan kata-kata beliau . Menikam jiwa ini , akhirnya , ana berusaha untuk berubah . Bukan secara radikal , tetapi beransur-ansur dan istiqomah .
Apa yang dapat ada kat dalam tu sampai satu jam ?
*gambar hiasan |
Majlis ilmu ni sangat sempoi .Kita hadir majlis ilmu tapi tak ingat pon dapat pahala . Kita TERtidur pun dapat pahala .Janji ikhlas mai . seriously tak tipu . Nak bukti ? jap eh ,
---------------------------------------------------------

"Barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya tetapi tidak mampu mengingati atau menghafal pelajaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan":
1- Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.
2-Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.
3- Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahamat ke atasnya.
4- Apabila duduk dia di sisi orang alim tersebut maka turun rahamt ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.
5- Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan baginya kebajikan.
6- Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.
7- Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifaratkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan.
*sumber
Ya Allah aku tahu , teramat mudah bagi mu mengambil segala nikmat yang engkau berikan kepadaku ,
tetapi dengan rahmatmu . . .
engkau masih memberi kesempatan kepadaku menyedut oksigenMu tanpa bayaran satu sen pon ,
tapi kenapa aku dengan sombongnya mengulangi dan membuat maksiat demi maksiat tanpa menghiraukan pandanganMu yang setiap detik memandangku .
ya Allah , aku tahu , aku sedang membuang masa dengan keseronokkan 'syurga' dunia tanpa menghiraukan amaran seksa nerakaMu yang tak terperi sakitnya .
ya Allah , aku lemah , tak terdaya diri ini melawan hasutan demi hasutan yang acapkali ditiup dalam dada ini .
kuatkan aku ya Allah , kuatkan imanku ini ~
aku malu . malu dengan pandanganMu yang sentiasa memandangku . aku takut . takut dengan siksaanMu yang memanggilku setiap kali melakukan maksiat kepadaMu .
bimbinglah aku ya Allah , bimbinglah aku menghampiriMu , mencintaiMu lebih dari segalanya . kasihani tubuh yang lemah ini ya Allah . tanpa pertolonganMu nescaya aku kalah dalam pujuk rayu nafsuku . bantulah aku mengalahkan nafsuku dalam peperangan yang tak akan henti melainkan dengan jemputan izrail bagi menghadapMu . Akhiri peperangan itu dengan kemenangan yang sebenarnya ya Allah .
ya Allah , pilihlah hambaMu ini untuk menetap di syurgaMu . walau aku tahu dengan dosa dan kemaksiatan yang terlalu banyak dalam diri ku , aku tak layak memasuki syurgaMu . tetapi dengan rahmat dan kasih sayangMu , kau ampunilah aku . ampunilah aku . ampunilah aku
ya Allah , bimbing aku ke syurga ~
# setiap manusia mampu berubah .
persoalannya , adakah kita bersedia untuk berubah ?
kalau tak bersedia lagi , bersedialah menanggung siksaan Allah ! ! !

Lawa Gambar Hiasan Gang Baju Biru Tu Kan Aiman Kan. . . hehe :D
BalasPadamlawa lah . .
Padam# harap ibadah depa pon lawa gak kan ~