hadis

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالأَرَضِ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ
Ertinya:
“Dari Abi Umamah al-Bahiliy: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.”

carian

Isnin, 15 April 2013

USRAH ~ keseronokan yang tak mampu dihurai

-DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI -



''Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.'' (pepatah arab )


Peringatan daripada Allah cukup sempurna dan lengkap . Bak kata orang kampung ana , perfect and consummate  .
Seriously , peringatan daripada Allah sentiasa sampai kepada kita , cumanya kita sahaja yang kurang cakna (ambil berat ) tentang peringatan itu . Bagi kita , ada banyak lagi hal yang lebih penting(sebenarnya tak penting pon)  daripada buat kebaikan untuk AGAMA .

 Jelas , seoalah-olah kita mementingkan diri sendiri , jika sesuatu perkara itu dirasakan  memberi keseronokkan pada nafsu kita , kita buat . Kita ikut ja telunjuk nafsu dan syaitan .
 Tak hairanlah Iman kita dah kena penyakit anoreksia nervosa (dalam bio , penyakit tak mau makan sebab berasa gemuk sangat , dalam ilmu tasawuf penyakit yang tak mau buat benda baik , sebab rasa masih muda )
nafsu kita lak ada masalah obesiti (dalam ilmu bio , berat badan belebihan . dalam ilmu tasawuf berat dosa belebihan )   (lihat post nie ) .

Apa yang semua orang boleh cakap , hidup ni sementara , hidup ni singkat , hidup kat dunia tak kekal . Tapi berapa ramai yang boleh aplikasikan kata-kata tu , melakukan kebaikan untuk agama . fakta yang banyak orang tak tau , 

''kalau kita buat sesuatu untuk menguntungkan diri sendiri sahaja (penting diri ) tak semestinya menguntungkan kita ( mungkin kita dapat masalah lain ), tetapi , kalau kita buat sesuatu yang menguntungkan agama . pastinya , diri kita mendapat keuntungan yang sebenar-benarnya ''
*take note

-----------------------------------------------------------------------


PENGENALAN USRAH?

usrah ibarat chaarger kepada iman 
Usrah nie macam charger . kita charge balik iman kita dengan berusrah . Analoginya , kalau phone , bila bateri phone dah low , kita kena charge balik untuk memastikan phone tu boleh berfungsi  . Kalau kita guna ja phone tu tak henti - henti lambat laun bateri phone tu akan habis , dan tak dapat memberi manfaat bukan kepada kita sahaja ,mungkin orang lain juga .

Jadi untuk memastikan iman kita sentiasa berada ditahap yang mampu melindungi diri kita daripada hasutan syaitan dan nafsu , salah satu caranya , kita join usrah .

'' mende usrah nie apa bro ? , ada rasa sedap macam makan tutti frutti tak ? kalau ada gua nak join lah ''
sedap atau seronok berusrah ni , tak dapat digambarkan melalui lisan atau dengan cara apa sekalipun . keseronokkan berusrah perlu dirasai oleh setiap induvidu ( Sedap daripada tutti frutti ) . Dah la tak kena bayaq . Kadang-kadang tu rasa bertenaga ja . serious untung .

Hampa dengaq nie elok-elok (maaf terkedah pulak )

Usrah merupakan batu-bata kepada binaan organisasi dan alat penghubung qiyadah (pemimpin) dan jundiyyah ( ahli )

Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab, (الأسرة ) yang bermaksud keluarga. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau pun ia disebut sebagai Famili. Di dalam kamus al-Munjid Fi al- lughatu Wa al-A’lam adalah mufrad kepada (أسر ) iaitu satu kumpulan yang mempunyai hubungan yang kukuh.

Manakala dari segi istilahnya pula, usrah bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan saling tolong- menolong  untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan  perintah Allah di dalam surah al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud
“ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).
Kita lihat sejarah , pembentukan Usrah yang pertama  dilaksanakan oleh baginda Rasulullah s.a.w sendiri ialah di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam.Baginda  Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.

Maka ‘usrah’ bukan sahaja tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ilmu, tetapi 'usrah' juga merupakan tempat untuk setiap ahli usrah membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli usrah dan bertolong-tolong apabila ada ahli yang ditimpa kesusahan. Usrah juga merupakan satu medium dakwah untuk berdialog mengenai Islam secara dinamik dan lebih terbuka .

--------------------------------------------------------------------

RUKUN USRAH



Usrah juga merupakan pusat asuhan Hati dan berdiri di atas tiga rukun utama iaitu :-

 Pertama : TaarufKewajipan-kewajipan dan tugas-tugas yang menjamin kejayaan pilar ini ialah
  • Merasakan  makna ukhuwwah yang sebenar dan sempurna antara kamu.
  • Bersungguh-sungguh  agar tidakada sesuatu pun yang mengeruhkan kemurnian ikatan kamu.
  • Selalu membaca dan meneladani ayat-ayat dan hadis-hadis . jadikan ia pusat perhatianmu – ‘ berpegang teguhlah kamu dengan tali allah dan janganlah berpecah belah’ ( Ali Imran : 103) ‘ sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara’ ( Hujurat : 10)
Kedua : Tafahum
  • Istiqamah di atas manhaj(jalan mengikut sunnah) kebenaran.
  • Laksanakan segala perintah allah dan tinggalkan apa yang dilarangnya.
  • Evaluasilah (muhasabah) diri kamu dengan dengan teliti atas ketaatan dan kemaksiatan kamu.
  • Hendaklah salah seorang dari kamu memberi nasihat kepada saudaranya apabila melihat keaiban saudaranya.
  • Setiap akh menerima nasihat saudaranya denagn penuh gembira  dan sukacita.
  • Akh yang memberi nasihat  harus menjaga hatinya agar tidak berubah sedikit pun terhadap saudaranya yang dinasihati.Dia tidak boleh merendahkan kelemahan saudaranya atau merasakan dirinya lebih baik  dari saudaranya.
  • Hendaklah dia menyimpan rahsia kelemahan saudaranya selama sebulan dan tidak menyampaikan kepada sesiapa pun kecuali kepada ketua usrah (murobbi) jika dia tidak mampu untuk memperbaikinya.
  • Dia berterusan mencintai, menghormati dan mengasihi saudaranya.
  • Saudara yang dinasihati tidak boleh berdegil atau keras kepala dan berubah hati kepada saudaranya yang memberi nasihati sekecil mana sekali pun.
Ketiga : Takaful
  • Sentiasa saling tolong menolong dan meringankan beban saudara kamu.
  • Berjanji untuk menunaikan tanggungjawab sesama kamu dengan  saling bertanya dan  melakukan kebaikan.
  • Proaktif untuk membantu saudaranya jika ada kesempatan.
  • Renungkan sabda Rasulullah SAW : “Seseorang yang berjalan untuk menunaikan hajat saudaranya lebih baik dari dia beriktikaf di masjidku selama sebulan..”


-----------------------------------------------------------------

 usrah AMLI di jitra bersama Al-Fadhil Ustaz Hafiz Mustafa Lubis setiap isnin , selepas asar @ selepas maghrib. Anak muda yang ada berdekatan dengan jitra sangat-sangat dialu-alukan kehadiran anda .
# in sya Allah berguna untuk kita . wallahua'lam 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ahlan