hadis

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالأَرَضِ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ
Ertinya:
“Dari Abi Umamah al-Bahiliy: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.”

carian

Jumaat, 12 April 2013

islam itu cara hidup ~



assalamualaikum

pemuda pemudi sekalian . . .

coretan pada kali ini adalah untuk mengajak adik,abang ,kakak sekalian untuk kenali apa itu islam .
secara umumnya masyarakat hanya memahami bahawa islam itu solat,puasa,zakat,haji,masjid,surau , jubah ,tudung ,aurat ,al-quran .
persepsi-persepsi ini bukan salah cuma kurang tepatnya . .

islam itu cara hidup , ya benar . . .
kebanyakkan daripada kita mampu berbicara tentang ini . .
tetapi sejauh manakah kita mengaplikasikan kata2 ini ?
dan berapa ramaikah antara kita betul-betul mengamalkan cara hidup islam?

anak muda ,

sedar atau tidak ,seharian dalam kehidupan, kita lebih mengamalkan cara hidup liberal berbanding islam . *liberal : mengasingkan agama dalam kehidupan .
dalam bahasa mudah, kita cuma mengamalkan islam apabila terdetik di hati untuk melakukannya . contohnya apabila kita berada di masjid atau surau kita menjaga adab tetapi bila di luar masjid kita kurang adab . Selain itu ,kita juga lebih risaukan akademik keduniaan berbanding 'akademik' akhirat . Agama islam itu hanya dipelajari untuk mendapat 'A+' di atas sekeping kertas .kita lebih menghargai makhluk daripada Allah. kita lebih sayangkan cinta daripada pencipta perasaan cinta . kita lebih sukakan hiburan dan keseronokkan yang bersifat sementara didunia daripada hiburan dan keseronokkan yg kekal di akhirat yang dijanjikan pencipta .

jadi bangunlah wahai anak muda . . .

kita perlu melakukan perubahabahan .Kita aplikasikan sunnah dalam kehidupan bukan hanya pada pakaian tetapi yang utamanya akhlak nabi kita muhammad sallahua'laihiwasallam .Kita mulakan pagi kita dengan doa ,kita akhiri malam kita dengan doa . kita mulakan setiap perbuatan kita dengan bismillah . kita akhiri setiap perbuatan kita dengan alhamdulillah.


Ucaplah selamat tinggal kepada kehidupan lama dan ucapkan ahlan wasahlan kepada kehidupan islam. Ini lah yg yahudi dan nasrani takutkan ,
kebangkitan pemuda pemudi islam ,tanamlah azam dalam diri untuk menjadi tentera imam mahdi .Pilihan ditangan kita,yg benar itu jelas yang batil itu jelas. maka ,sekiranya kita praktikkan apa yg dianjurkan islam , tunggulah janji Allah yang islam akan menang . islam akan bangkit . islam akan menguasai dunia. . .

semuanya bermula daripada kita~

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ahlan