hadis

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالأَرَضِ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ
Ertinya:
“Dari Abi Umamah al-Bahiliy: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.”

carian

Sabtu, 13 April 2013

bagi kita pendosa , harapan masih ada ~

*gambar hiasan 

- Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani -

Setiap kali  kita bangun tidur , apa yang kita fikir ?

Setiap kali kita ketawa , apa yang kita fikir ? 

Setiap kali kita jatuh , apa yang kita fikir ? 

Setiap kali kita mendapat nikmat , apa yang kita fikir ? 

Setiap kali kita mendapat pujian , apa kita fikir ? 

Setiap kali kita diuji , apa kita fikir 

setiap daripada setiap kali itu pernah tak kita terfikir ' raja segala raja ' sedang memerhatikan kita ~
# berapa banyak setiap kali daaa
-----------------------------------------------------------
*gambar hiasan

Sebenarnya , sedar atau tidak kita manusia nie cuma  berada di pentas lakonan dunia dan kita sentiasa 
diperhatikan oleh pengarah  . Tetapi yang menariknya watak ' lakonan ' kita dapat ditentukan oleh diri kita sendiri dengan izin tuan pengarah . Tayangan perdana 'lakonan' kita akan di tanyangkan bersama berbilion-bilion , bertrilion-trilion manusia SERENTAK  daripada zaman nabi adam sampai nabi Muhammad . Waktu tu , kita semua berpeluang menjadi artis terkenal , seluruh kehidupan kita ,daripada kita lahir sehingga menedut nafas terakhir akan ditayangkan  .

dasyatkan  ?


Ya benar , kadang-kadang kita ditakdirkan untuk me'lakonkan' watak seorang budak nakal , seorang pembuli , seorang penzina , seorang kaki arak , senang cita seorang pendosa .
 Tapi , pengarah kita bukan sebarang pengarah , Dia merancang sesuatu yang baik untuk kita semua , cuma Dia bagi pilihan kepada kita nak pengakhiran yang baik atau tidak . Pilihan itu sentiasa ada  sehingga kiamat . Tapi itu bukan alasan untuk tidak cuba berubahkan . Buktikan kita mahu kesyurga .

''ketahuilah orang yg banyak d timpa musibah itu bukanlah tanda ALLAH menghinanya.Tapi itu adalah tanda semakin tingginya darjat seseorang itu d sisi ALLAH.''
عَنْ أَبِي مُوسَى الأَشْعَرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ: إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَبْسُطُ يَدَهُ بِاللَّيْلِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ النَّهَارِ وَيَبْسُطُ يَدَهُ بِالنَّهَارِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ اللَّيْلِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا
Ertinya:
“Dari Abi Musa al-‘Asyariy RA, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah ‘Azzawajalla ‘menghulurkan tangannya’(bersedia menerima taubat) pada waktu malam agar orang yang melakukan kejahatan pada waktu siang bertaubat; dan Allah ‘menghulurkan tangannya’ (bersedia menerima taubat) pada waktu siang agar orang yang melakukan kejahatan pada waktu malam bertaubat; sehinggalah matahari terbit dari barat.”
(HR. Muslim)
Begitulah betapa pemurahnya Allah . Ramai diantara kita nak mati dalam islam , tapi sangat sikit yang nak amalkan islam . kan ? sehingga Iblis pun hairan dengan kita , katanya '' aku hairan dengan manusia ,  mereka mencintai Allah tapi mereka melakukan maksiat kepadanya . Mereka membenciku tapi mereka menurutiku ''.
Bagaimana Allah nak rancangkan pengakhiran yang baik kalau kita sendiri tak bersedia nak jadi baik kan ?.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)
merayulah pada Allah untuk ke syurgaNya . Cuba sedaya upaya untuk berubah . Tanamkan azam dalam diri untuk menjadi seorang Ahli syuga .


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: حُفَّتْ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ وَحُفَّتْ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ
Ertinya:
“Dari Abi Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: “Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat.”
(HR. al-Bukhari dan Muslim)

Keterangan:“Syahwat”: Syahwat yang diharamkan seperti arak, zina, melihat wanita ajnabi, mengumpat, melakukan suatu yang melalaikan dan sebagainya. Tidak termasuk di dalam hadis ini syahwat yang diharuskan, tetapi makruh membanyakkannya kerana dikhuatiri boleh membawa kepada suatu yang haram, mengeraskan hati, atau meninggalkan ketaatan dan sebagainya.

----------------------------------------------

pilih satu antara dua kerana tiada yang ketiga
pilihan di tangan kita kan ? 


Mahu tak mahu kita akan mati juga . Mahu tak mahu kita akan dihisab juga . Mahu tak mahu syurga @ neraka tempat tinggal terakhir kita .

Jadi jika ingin ke syurga , berusahalah untuk kesana .

Err susah ?
bermulalah dengan zikir (ingat kepada Allah ) pasti Allah akan ingat kepada kita .


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُسْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ شَرَائِعَ الإِسْلاَمِ قَدْ كَثُرَتْ عَلَيَّ فَأَخْبِرْنِي بِشَيْءٍ أَتَشَبَّثُ بِهِ قَالَ: لاَ يَزَالُ لِسَانُكَ رَطْبًا مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ

Ertinya:
“Dari ‘Abdullah bin Busr RA, seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syariat Islam terlalu banyak ke atas ku, beritahulah kepada ku sesuatu yang dapat ku bergantung dengannya.” Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah lidah kamu sentiasa dibasahi dengan zikir kepada Allah.” (HR al-Tirmizi )
----------------------------------------------------
*gambar hiasan (jangan tiru)

''Ya Allah aku tahu , teramat mudah bagi mu mengambil segala nikmat yang engkau berikan kepadaku , tetapi dengan rahmatmu . . .
engkau masih memberi kesempatan kepadaku menyedut oksigenMu tanpa bayaran satu sen pon ,
tapi kenapa aku dengan sombongnya mengulangi dan membuat maksiat demi maksiat tanpa menghiraukan pandanganMu yang setiap detik memandangku .
ya Allah , aku tahu , aku sedang membuang masa dengan keseronokkan 'syurga' dunia tanpa menghiraukan amaran seksa nerakaMu yang tak terperi sakitnya .
ya Allah , aku lemah , tak terdaya diri ini melawan hasutan demi hasutan yang acapkali ditiup dalam dada ini .
kuatkan aku ya Allah , kuatkan imanku ini ~
aku malu . malu dengan pandanganMu yang sentiasa memandangku . aku takut . takut dengan siksaanMu yang memanggilku setiap kali melakukan maksiat kepadaMu .
bimbinglah aku ya Allah , bimbinglah aku menghampiriMu , mencintaiMu lebih dari segalanya . kasihani tubuh yang lemah ini ya Allah . tanpa pertolonganMu nescaya aku kalah dalam pujuk rayu nafsuku . bantulah aku mengalahkan nafsuku dalam peperangan yang tak akan henti melainkan dengan jemputan izrail bagi menghadapMu . Akhiri peperangan itu dengan kemenangan yang sebenarnya ya Allah .
ya Allah , pilihlah hambaMu ini untuk menetap di syurgaMu . walau aku tahu dengan dosa dan kemaksiatan yang terlalu banyak dalam diri ku , aku tak layak memasuki syurgaMu . tetapi dengan rahmat dan kasih sayangMu , kau ampunilah aku . ampunilah aku . ampunilah aku
ya Allah , bimbing aku ke syurga ~''
 # setiap manusia mampu berubah .persoalannya , adakah kita bersedia untuk berubah ?kalau tak bersedia lagi , bersedialah menanggung siksaan Allah ! ! !








Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ahlan