hadis

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالأَرَضِ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ
Ertinya:
“Dari Abi Umamah al-Bahiliy: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.”

carian

Rabu, 26 Jun 2013

MENGAPA SYIAH WAJIB DI TOLAK



Syiah sesat! Selamatkan dirimu



Akhir-akhir ini terdapat kecenderungan sebahagian umat Islam mencemuh dan mengutuk para sahabat Nabi r.hum. seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan lain-lain, bahkan lebih parah lagi melabelkan sahabat-sahabat tersebut sebagai munafiq dan kafir. Mereka melontarkan tuduhan bahawa sahabat menyembunyikan fakta-fakta penting agama dan juga menyelewengkan al-Quran. Mereka meragui kebenaran dan kesahihan ajaran Islam yang ada pada hari ini kerana ianya dibawa oleh sahabat Nabi s.a.w yang dikatakan munafik dan kafir dan sebagai alternatif mereka cuba menampilkan satu bentuk ajaran lain (Syiah) yang kononnya datang dari anak cucu Nabi s.a.w. (Ahlul bait)
Risalah ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada masyarakat
mengenai fahaman Syi‘ah* supaya mereka menjauhi dan tidak terpengaruh dengan
fahaman tersebut dan juga bertujuan untuk menyedarkan mereka yang terbabit
bahawa fahaman Syi‘ah adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.
“Individu yang dikatakan Imam oleh golongan Syiah sebenarnya tidak pernah mengaku menjadi imam atau mengajar segala ajaran yang dipegang oleh Syi’ah. Mereka diangkat sebagai Imam oleh golongan Syiah sebagaimana orang Kristian mengangkat Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan (walhal Nabi Isa a.s. sendiri tidak pernah mengaku menjadi anak tuhan).”
SIAPAKAH SYI‘AH?
Syi‘ah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan mereka mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang sahaja. Inilah  perkara pokok yang membezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-golongan yang lain. Terdapat beberapa aliran di dalam Syi‘ah itu sendiri tetapi pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep yang tersebut di atas iaitu mengkafirkan sahabat. Risalah ini akan memberikan tumpuan kepada Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah (Syiah Imam 12) kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah berhubung dengan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah. Syi‘ah inilah yang dipertikaikan oleh para ‘ulama’ di setiap tempat pada masa ini. Mereka adalah ramai bilangannya dan agak popular terutamanya selepas tercetusnya revolusi Iran.
SYI‘AH IMAMIYYAH ITHNA ‘ASYARIYYAH
Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah ialah Syi‘ah yang mempercayai 12 orang imam yang dilantik oleh Allah secara berturutan seperti di bawah ini:-
1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)
Muzakarah Jawatankuasa FatwaMajlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam keputusannya yang bertarikh 5 Mei 1996 telah mewartakan kesesatan Syi‘ah dan mengharamkan pengamalannya di Malaysia. Antara negeri yang telah mewarta dan
mengharamkan Syi‘ah;
Selangor:
19  Januari 1998
W.Persekutuan:
3  April 1997
Terengganu:
25 September 1997
P. Pinang:
16 Januari 1997
N.Sembilan:
12  Mac 1998
Kelantan:
September 1987
Rujukan Lanjut:
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/
syiah.html
Lakaran Imam 12 Syi`ah

Implikasi Sekiranya Ajaran Syiah Menular Terhadap:
Agama Islam: Asas-asas agama Islam seperti al-Quran dan Sunnah ditolak. Islam diberi gambaran yang buruk.
Kerajaan: Jatuhnya kerajaan seperti Iraq dan Iran. Umat Islam Ahlus Sunnah akan dizalimi, dianiayai dan didiskriminasi.
Ummah: Perpecahan, persengketaan malah pembunuhan akan berlaku di kalangan ummah.
Keluarga: Keruntuhan rumahtangga, perbalahan antara anggota keluarga dan lain-lain.
AMALAN-AMALAN DAN AJARAN SYI`AH YANG BERTENTANGAN DENGAN AGAMA DAN FITRAH MANUSIA
(Bersumberkan Kitab-Kitab Syiah)
*Imam Ja’far as-Sadiq berkata: “Pada tanah perkuburan Husain a.s. terdapat
penawar daripada segala penyakit dan ia adalah ubat yang paling besar.” (Man La
Yahdhuru al-Faqih j.2 hal. 600, Tahzib al-Ahkam j.2 hal. 26)
*Abu Hasan a.s. berkata: “Aurat itu ada dua iaitu qubul (kemaluan) dan dubur,
dubur ditutup oleh dua papan punggung, apabila telah ditutup kemaluan dan dua
telurnya maka auratnya telahpun ditutup.” (Al-Furu’ min al-Kaafi j.6 hal.51, Tahzib
al-Ahkam j.1 hal. 374)
*Imam Hassan al-Askari berkata: “Sesungguhnya ibu-ibu kami tidak
mengandungkan kami para imam di dalam perut mereka tetapi dipinggang dan
kami dilahirkan bukan melalui rahim tetapi melalui paha sebelah kanan kerana
kami adalah titisan cahaya Allah yang bersih dan dijauhkan daripada sebarang
kotoran.” (Bihar al-Anwar j. 51 hal. 2, 13, dan 17, I`lam al-Wara hal. 394)
*Khomeini berfatwa: “Mengikut pendapat yang kuat dan masyhur harus
menyetubuhi isteri pada dubur walaupun hal itu tidak disukai.” (Tahrir al-Wasilah
masalah ke 11 hal. 241)
*Abu Hasan bertanya Ja’far as-Sadiq tentang menyewa faraj, meminjamnya dan
menghadiahkan kepada sahabat-sahabat lalu beliau berkata: “Tidak mengapa.” (AlIstibsar j. 3 hal. 141)
*Memenuhi kehendak syahwat seperti meraba dengan penuh syahwat, memeluk,
mengacukan kemaluan ke paha kanak-kanak termasuk ke paha bayi yang masih
menyusu adalah diharuskan. (Khomeini, Tahrir al-Wasilah j. 2 hal. 216)
*Tafsiran pelik Syi’ah antaranya ayat 19,20 surah ar-Rahman yang bermaksud: “Dia
biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula
bertemu, Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing
tidak melampaui sempadannya”. Imam tafsir Syi’ah Ali bin Ibrahim al-Qummi
menukilkan riwayat daripada Ja’far as-Sadiq, katanya: “Ali dan Fatimah adalah dua
laut yang dalam salah satu tidak melampaui satu lagi”. (Tafsir al-Qummi jil. 2
hal.345)

*Tulisan di atas Kaabah Syiah
‘Ali Jaan’ yang bermaksud
‘Ali Adalah Kesayanganku’
Kaabah yang dibangunkan Syiah di Karbala
TANDA-TANDA SESEORANG TELAH DIPENGARUHI / TERJEBAK DENGAN SYIAH
Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini ini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang.
* Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar & Umar
* Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w.
* Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isya’ tanpa sebarang sebab.
* Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.
* Sujud di atas batu Karbala ketika solat.
* Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.
* Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.
* Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya’.
* Memarahi orang yang puasa Asyura.
* Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (imam
mahdi).
Maklumat lanjut berkenaan Syiah boleh
didapati melalui laman web di bawah:
1. http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html
2. http://www.abunaaielah.blogspot.com
3. http://www.tenteradajjal.blogspot.com
4. http://www.hakekat.com
5. http://www.kr-hcy.com/shia
6. http://www.ansar.org/english
7. http://www.alburhan.com/
12 orang Imam dengan ciri-ciri yang tertentu. Mereka juga dikenali dengan Imamiyyah sahaja. Nama lain bagi mereka ialah Ja’fariyyah kerana sebahagian besar ajaran mereka dikaitkan dengan Imam Ja’far as-Sadiq. Rafidhah juga merupakan gelaran mereka kerana fahaman-fahaman dan ‘aqidah-‘aqidahnya yang melampau.
Mereka percaya Imam Kedua Belas (Muhammad bin Hasan al-Askari) telah ghaib dan akan bangkit sebagai Imam Mahdi sebelum kiamat untuk menghukum Abu Bakar, Umar, Aisyah dan sahabat2 yang lain di dalam peristiwa raj’ah (kebangkitan sebelum kiamat).
Mereka juga percaya kepada al-bada’ (tuhan jahil), penyelewengan al-Qur’an,
kemurtadan para sahabat termasuk Sayyidina Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman r.a. dan sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w. yang lain, kemaksuman (tidak berdosa) para imam.
Fahaman Syi’ah dipercayai mula merebak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Khomeini di Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman ini menular ke negara ini melalui propaganda-propaganda mereka seperti bahan cetak, teknologi internet, orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran dan sebagainya.
Fahaman Syi‘ah ini semakin tersebar luas apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkannya secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi. Pengaruh fahaman ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kedah, Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan, Selangor dan lain-lain.


ANTARA AKIDAH SYI’AH YANG MENYELEWENG DAN BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAM

AGAMA SYI‘AH- Penyelewengan Al-Quran. Golongan Syi’ah terutamanya ulama-ulama yang menjadi paksi kepada
agama mereka beri’tiqad bahawa al-Quran yang dihimpunkan oleh sahabat-sahabat r.a. dan berada di tangan umat
Islam sekarang telah diselewengkan dan ditokok tambah. Antaranya Sayyid Ni`matullah al-Jazaairi mengatakan:
“Bahawa tokoh-tokoh Syi‘ah telah sepakat tentang sahihnya hadits-hadits yang sampai ke peringkat mutawaatir yang
menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan al-Quran (An-Nuuri At-Thabarsi, Fashlu al-Khitaab, hal.
30). Pegangan tersebut adalah berdasarkan kepada lebih daripada dua ribu riwayat sahih daripada imam-imam
maksum di sisi mereka yang jelas menunjukkan berlakunya tahrif (penyelewengan) di dalam al-Quran.
AGAMA ISLAM- Ulama-ulama Islam sepakat kepercayaan bahawa al-Quran telah diselewengkan adakan satu
kekufuran. Ibnu Qudamah berkata: “Tiada khilaf di kalangan orang-orang Islam pendapat tentang kufurnya orang yang
mengingkari al-Quran sama ada satu surah atau satu ayat atau satu kalimah yang disepakati bahawa ia adalah alQuran.” (Lam’ah al-I’tiqad Bab Al-Quran Adalah Kalam Allah jil. 1 hal. 17).
AGAMA SYI‘AH- Kepercayaan Bahawa Imam 12 Dilantik Dari Pihak Allah, Mempunyai Sifat-Sifat Kenabian Bahkan
Imam Dianggap Lebih Tinggi Daripada Nabi. Dinyatakan dalam Kitab `Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad
Redha al-Muzaffar, hal. 72: Akidah Kami Tentang Imam itu Maksum Kami mempercayai bahawa imam-imam itu seperti
nabi-nabi, ia wajib maksum dan terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan yang tersembunyi,
semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa sebagaimana mereka juga terpelihara daripada sifat lupa,
tersalah dan lain-lain. Khomeini menyatakan: “Kita tidak dapat menggambarkan para imam itu mempunyai sifat lupa
dan lalai.” (Khomeini, Al-Hukumah Al-Islamiyah, hal. 91) Khomeini berkata lagi: “Sesungguhnya imam itu mempunyai
kedudukan yang terpuji yang tidak sampai kepadanya malaikat yang hampir kepada Allah dan nabi lagi rasul”. (AlHukumah al-Islamiah – hal 52)
AGAMA ISLAM- Maksum adalah sifat khusus para nabi dan rasul. Memberikan sifat tersebut kepada orang lain selain
dari mereka bermakna menafikan ‘akidah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah penyudah sekalian nabi-nabi. Allah
berfirman: “Nabi Muhammad itu bukan bapa bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan
penutup Nabi-nabi.” (Al-Ahzab 40)
AGAMA SYI‘AH- Al-Bada.’ Dari segi bahasa al-Bada’ bermaksud nyata sesuatu yang sebelumnya tersembunyi.
Menurut akidah Syi‘ah, al-Bada’ ialah ilmu Allah berubah-ubah berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Dalam kata
lain, Allah mengetahui sesuatu perkara hanya selepas berlakunya perkara tersebut. Ini bermaksud Allah jahil atau tidak
mempunyai ilmu yang meliputi. An-Naubakhti menyebutkan bahawa Ja’afar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan
anaknya Ismail sebagai Imam sesudahnya (sebagaimana ketentuan Allah kerana Syi’ah mengatakan imam-imam
dilantik dari pihak Allah) dan beliau telah mengisyaratkan kepadanya semasa hidup lagi, tiba-tiba Ismail mati ketika
beliau masih hidup. Maka Ja’afar pun berkata: “Tidak pernah berlaku kepada Allah (al-Bada’) berhubung dengan
sesuatu seperti mana berlaku kepadanya berhubung dengan Ismail anakku.” (Firaq as-Syiah hal. 84).
AGAMA ISLAM- Ilmu Allah sejak azali adalah meliputi segala sesuatu dan tidak berlaku sebarang perubahan
kepadanya mengikut peristiwa yang berlaku kepada manusia. Allah menjelaskan perkara ini di dalam al-Quran alKarim: “Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan tidak jujur) pandangan mata seseorang, serta
mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.”(Al-Mukmin 19). Dan: “Dan sesungguhnya Allah ilmunya meliputi
segala sesuatu”.(Al-Talaq 12).
AGAMA SYI‘AH – Taqiyyah (berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan
dari ajaran Syi‘ah . Taqiyyah pada hakikatnya adalah “berdusta dan berbohong”. Riwayat-riwayat tentang pentingnya
taqiyyah di sisi Syi’ah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka. Antaranya apa yang dikemukakan oleh alKulaini: Abu Umar al-A’jami katanya Ja’far as-Sadiq a.s. berkata kepadaku “Wahai Abu Umar, Sesungguhnya sembilan
persepuluh daripada agama itu terletak pada Taqiyyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak mempunyai
Taqiyyah dan Taqiyyah itu ada pada tiap-tiap sesuatu, kecuali dalam masalah arak dan menyapu dua khuf (al-Usul Min
al-Kafi, jil. 2 hal. 217).” Di antara hakikat taqiyyah ialah apa yang disebutkan oleh Imam Jaa’far As-Sadiq a.s. kepada
Sulaiman bin Khalid (perawi hadis): “Wahai Sulaiman! Sesungguhnya engkau berada di atas agama yang sesiapa
menyembunyikannya akan dimuliakan oleh Allah dan sesiapa yang menyebarkannya akan dihina oleh Allah.” (Al-Kafi
jil. 2, hal. 222)
AGAMA ISLAM – Jujur dan amanah adalah merupakan ciri penting di dalam Islam sehingga ia menjadi salah satu
syarat kesempurnaan iman. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak beriman orang yang tidak mempunyai sifat amanah.”
(Riwayat Imam Ahmad). Kerana itu ulama Islam di zaman lampau tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh Syi‘ah kerana mereka mengamalkan pembohongan. Sehubungan dengan itu Imam Syafie berkata: “Tidak pernah
aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih pembohong dari golongan Syi‘ah .” (Al-Kifayah, hal. 49, asSuyuti, Tadrib Ar-Rawi, jilid 1, hal. 327)
AGAMA SYI‘AH – Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w. Akidah ini merupakan salah satu ciri yang tidak dapat
dipisahkan dari ajaran Syi’ah dan memisahkannya bermakna meruntuhkan ajaran Syi’ah itu sendiri. Al-Majlisi
mengemukakan satu riwayat berbunyi: Kebanyakan sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq tersembunyi di
zaman nabi. Tetapi apabila wafat Nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq itu melalui wasiat Nabi s.a.w. dan mereka itu
kembali murtad”. (Bihar al-Anwar jil. 27, hal 64). Al-Kulaini meriwayatkan dari Muhammad al-Baqir a.s. katanya: “Para
sahabat telah menjadi murtad sepeninggalan Rasullullah s.a.w kecuali tiga orang dari mereka.” Aku bertanya (kata
perawi): “Siapakah yang tiga itu?” Abu Jaafar menjawab: “Miqdad bin al-Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-
Farisi.”(ar-Raudhah Min al-Kafi, jil. 8 hal 245)
AGAMA ISLAM – Keadilan dan kedudukan sahabat yang tinggi adalah jelas berdasarkan al-Quran. Antaranya: “Dan
orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan
“Ansar” dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan
mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar”.(at-Taubah
100). Mengingkari yang sahabat adalah adil bererti mengingkari al-Quran.
AGAMA SYI‘AH – Menghalalkan Nikah Mut’ah. Nikah Mut’ah adalah sebenarnya perzinaan di atas nama Islam.
Nikah Mut’ah ialah satu bentuk perkahwinan kontrak tanpa wali dan saksi, untuk suatu tempoh waktu tertentu dengan
sedikit maskahwin sahaja dengan tiada sebarang tanggungjawab, nafkah, pusaka dan perkara-perkara lain yang
berkaitan dengan perkahwinan biasa. (al-Kafi jilid 5, ms 286), Perkahwinan ini semata-mata berlandaskan nafsu dan
untuk berseronok. Boleh dikahwini sehingga seribu wanita (Wasaailu As Syiah jil. 14 hal. 480). Diriwayatkan daripada
Muhammad Al-Baqir berkenaan mut’ah katanya: “Ianya bukan termasuk daripada empat (isteri). Mereka tidak
diceraikan dan tidak mewarisi. Mereka hanyalah perempuan yang disewakan.” (al-Kafi jilid 5, ms 284). Tidak
menganggap halal mut’ah seolah-olah tidak beriman. Diriwayatkan daripada Muhammad al-Baqir katanya: “Bukan dari
kalangan kami orang yang tidak mempercayai raj’ah dan tidak menganggap halal mut’ah kita”. (Man La Yahduruhu alFaqih jil.3 hal 458)
AGAMA ISLAM – Nikah Mut’ah yang diamalkan oleh Syi’ah tiada bezanya dengan perzinaan dan pelacuran di
samping merendahkan martabat wanita serendah-rendahnya. Kerana itu ia telah diharamkan oleh Nabi Muhammad
s.a.w buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadits-hadits sahih sebelum Baginda wafat melalui
beberapa orang sahabat dan salah seorangnya adalah Saidina Ali sendiri seperti katanya: “Bahawa Rasulullah s.a.w.
melarang nikah mut’ah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging keldai kampung.” (Riwayat
Ibn Majah dan al-Nasa’i)
Gambar-Gambar Sekitar Perayaan Kufur Syi`ah Tatkala Menyambut 10 Muharram

BAGAIMANA AJARAN SYIAH DISEBARKAN DALAM MASYARAKAT
1. Menghantar pelajar-pelajar dari Iran ke Universiti Awam dan Swasta
2. Menyiarkan artikel berbau Syiah di akhbar perdana dan majalah-majalah
3. Menyebarkan risalah dan buku-buku propaganda Syiah di tempat awam
4. Menyertai expo-expo terutamanya anjuran badan-badan Islam
5. Meresapi dalam jemaah-jemaah Islam
6. Menganjurkan kelas-kelas tahfiz dan terlibat dalam sistem pendidikan bermula dari pra sekolah.
7. Berkahwin dengan pemuda-pemudi Sunni
8. Bergerak aktif di alam siber dengan menyebarkan
dakyah Syiah dan berdebat di forum-forum sunni
Nota: Sebarluaskan risalah ini jika anda prihatin terhadap ancaman yang melanda akidah umat Islam.
Berikut dikepilkan bersama beberapa video sebagai pencerahan buat tatapan kalian. Semoga jelas.

by

Sabtu, 22 Jun 2013

tips hindari maksiat

Katakan Tak Nak pada Maksiat!


Abu Abdillah Nu'man bin Basyir ra. berkata; Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda,

"Sesungguhnya yang halal itu telah jelas dan yang haram pun telah jelas. Sedangkan di antaranya ada masalah yang samar-samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahui (hukumnya)-nya. Barangsiapa menghindari yang samar-samar, maka ia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang jatuh ke dalam yang samar-samar maka ia telah jatuh ke dalam perkara yang haram. Seperti pengembala yang berada di dekat pagar (milik orang lain); dikhuatirkan ia akan masuk ke dalamnya ..."


Berikut adalah antara tips untuk menjauhi Lagha/Syubhat/Mutasyabihat/Was-was/Maksiat:
  1. Jika anda sesekali terfikir untuk mengerjakan perkara-perkara lagha ataupun maksiat, bertangguhlah untuk berbuat demikian. Sebagaimana anda cekap menangguh-nangguh assignment mahupun study untuk exam anda, belajarlah untuk bertangguh berbuat perkara terkutuk itu. (Fastabiqul Khairat-Berlumba-lumbalah berbuat kebaikan, bertangguhlah berbuat durjana)
  2. Amalkan banyak minum air, atau belajarlah mengunyah gula-gula getah, pindahkan rasa ketagih itu kepada perkara-perkara mubah, bukan kepada perkara-perkara haram. (Keliru?)
  3. Sibukkan diri dengan perkara-perkara yang lebih berfaedah, supaya minda dapat dialihkan daripada berfikir ingin berbuat maksiat (atau lagha) tersebut.
  4. Katakan TIDAK, apabila diajak oleh kawan (An-Nas 114:5), ataupun dipelawa oleh syaitan-syaitan yang membisik (An-Nas 114:4) untuk berbuat maksiat. Anggaplah ini ujian dari Allah (Al-Ankabut 29:2), yang mana anda akan mendapat pahala dengan berkata TIDAK. Sesungguhnya, saya takut Allah, Inni akhafullah.
  5. Jauhilah rakan-rakan yang berbuat maksiat. Supaya anda tidak terdedah dengan maksiat yang mereka lakukan. Supaya anda tidak dengan perlahan-lahan redha terhadap maksiat-maksiat yang mereka lakukan. Supaya tidak terbentuk titik-titik hitam di hati anda, atas maksiat yang mereka lakukan. (Al-Furqan 25:72)
  6. Bersamalah manusia-manusia yang beriman sentiasa mengingatkan anda tentang kesabaran dan kebenaran. Carilah rakan-rakan yang sentiasa mengingatkan anda tentang Allah dan ketakwaan. Tatkala memandang wajahnya, maka akan teringat tentang Allah. Teringat tentang syurga bagi mereka yang beriman dan neraka buat mereka yang kufur. (Al-Kahfi 18:10)
  7. Jagalah hati anda, jagalah pandangan anda, jagalah iman anda (An-Nur 24:30). Selalukan diri ini untuk memuhasabah hati ini pada setiap masa. Jangan biarkan diri ini terleka, ataupun terlena kerana kita tidak pernah menjenguk-jenguk kandungannya.
  8. Usahakan sesuatu untuk menjaga keimanan dan ketakwaan (Al-Syams 91:8-10) . Jangan menunggu sahaja. Carilah ceramah-ceramah, daurah-daurah, usrah-usrah untuk disertai. Sesungguhnya, jika kita tidak mentarbiyyah diri kita dengan islam, kita sebenarnya membiarkan diri kita ini ditarbiyyah sepenuhnya oleh jahiliyyah yang berada di sekeliling kita. Jika Allah inginkan kebaikan kepada seorang hamba itu, akan difahamkannya tentang Ad-Din.

Katakanlah, "Wahai orang-orang kafir!
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,
dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah,
dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
dan kamu tidak pernah menjadi penyembah apa yang aku sembah,
Untukmu agamamu, dan untukku agamaku"


(Surah Al-Kafirun)

# sumber #

Ahad, 9 Jun 2013

khutbah jumaat yang awesome , terkesan dan berkesan

bismillah ~
masjid al-a'laa


Zaman yang serba moden ni , khutbah jumaat kini dilihat ( pandangan pribadi ) , sebuah ibadat yang sudah menjadi adat . Ramai yang tidak mengambil peduli isi khutbah dan ada diantaranya lebih suka bersembang , merokok dan mengabaikan isi khutbah yang sepatutnya menjadi medium  mmperingati orang-orang islam tentang kelalaian mereka dalam mencari keredhaan Pencipta pada minggu itu .

Lebih malang lagi , ada yang pergi menunaikan solat jumaat hanya kerana ramai kawan yang pergi atau mahu berjumpa dengan rakan . Sedangkan , perhimpunan yang Allah wajibkan untuk kaum adam yang baligh ini adalah untuk kita mencari dan menganalisa kesilapan dan kesalahan kita , disamping mendengar nasihat dan teguran daripada khatib .Begitulah tujuan perhimpunan migguan ini diwajibkan . Ironinya , sesetengah jemaah mengabaikan pengisian itu .

Bagi khatib pula , perlu ditegaskan bahawa , khutbah yang bakal disampaikan itu haruslah bersemangat dan sedap didengar oleh jemaah . Khatib juga boleh menegur sikap sebahagian jemaah yang mengabaikan pengisian khutbah sepertimana yang dilakukan dizaman rasulullah . Dalam bahasa mudahnya , khatib perlu berkhutbah bukannya baca khutbah . 

Tetapi khutbah jumaat yang ana dengar di masjid Al-A'la Jitra pada minggu yang lalu sangat terkesan dalam jiwa ana dan mungkin para jemaah yang lain . Intonasi khutbah yang disampaikan juga pernuh dengan semangat , terasa sinar keinsafan menusuk laju kedalam kalbu .

''subhanlallah . perngisian khutbah jumaat tadi sangat awesome , berkesan dan terkesan . itu baru berkhutbah , bukan baca khutbah '' , bisik diri mengenangkan khutbah jumaat tadi . 



antara isi khutbah itu ialah :

1. ''wahai para remaja , bangkitlah untuk menegakkan agama Allah . Lihatlah bertapa hebatnya para remaja d izaman rasulullah . contohilah mereka . Tidakkah kamu berasa malu dengan rasulullah ? , kamu mengharapkan syafaat rasulullah , tetapi apa yang kamu lihat setiap hari bukan perkara yang diredhoi rasulullah . kamu mengharapkan syafaat rasulullah , tetapi setiap perkataan yang keluar dibibirmu bukan seperti yang diajar oleh rasulullah ''.

2.'' wahai para remaja , gunakanlah akal kamu sebagai pengikat ketika dirimu ingin melakukan maksiat . ikatlah diri kamu dengan akal dan imanmu ketika kamu ingin melakukan maksiat . ketahuilah olehmu bahawa ''

3. '' sedangkan Allah dan para malaikatpun berselawat ke atas nabi , ( tunggu apa lagi ! ? ) wahai orang-orang yang beriman , marilah kita berselawat kepada nabi dan ucaplah salam penghormatan kepadanya Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (Surah al-Ahzaab, 33: 56)''

Khamis, 6 Jun 2013

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ


PERISTIWA ISRAK MIKRAJ 

Marilah kita sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.


Firman Allah SWT,

Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’, ayat:1




Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.


Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.


2. Tempat yang berbau harum.




Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).


3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).


4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.


5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.


6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.


7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.


8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.


9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.


10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.


11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.




12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.


13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.


Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.


Selepas itu, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu lalu diminumnya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


Dan sepanjang perjalanan mikraj Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:


Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. baginda naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).


1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.


2. Langit Kedua: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa AS dan Nabi Yahya AS.



3. Langit Ketiga: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.


4. Langit Keempat: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit keempat, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Idris AS.




5. Langit Kelima: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.




6. Langit Keenam: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.




7. Langit Ketujuh: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah AS yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur di hadapan beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat yang terakhir dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘la haula wa la quwwata illa billah’” Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: ‘suhanallah, walhahamdulillah, wa la ilah illa allah, wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azim’. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan mengerjakan solat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).




8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" pada dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.


Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik pennjaganya.


9. Tangga Kesembilan: Di sini pada pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW. masuk ke dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.


10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepala baginda, lantas sujud dan bermunajat kepada Allah SWT. Kemudian, Allah SWT memfardhukan solat 50 waktu kepada Rasulullah SAW dan umat Islam.


Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS dan kemudian menemui Nabi Musa AS lalu menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah SWT perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


Setelah daripada itu, Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula dan seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq untuk pulang ke Makkah Al- Mukarramah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.


(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id karangan syeikh Daud Alfathoni )


Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan setiap kali 27 Rejab menjelang tiba. Apa yang lebih penting adalah kita hendaklah menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara sebaliknya. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan takut akan kekuasaan-Nya.


Sekiranya kita dapat menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa penting ini, kebarangkalian besar kita mampu mengelakkan diri kita daripada melakukan kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT dan berlumba-lumba untuk melakukan perkara-perkara kebaikan yang diperintah oleh Allah SWT. Peristiwa Israk Mikraj juga, untuk menguji umat Islam bahawa adakah percaya atau tidak akan peristiwa tersebut.



Orang kafir quraisy Makkah di zaman Nabi Muhammad SAW langsung tidak mempercayai peristiwa itu, malahan memperolok-olokkan baginda sesetelahnya bercerita kepada mereka dan ramai di kalangan umat Islam ketika itu murtad kerana tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj baginda SAW dalam tempoh masa yang singkat berlakunya dan tidak masuk akal. Tinggallah segelintir umat Islam yang keimanan mereka tinggi dan teguh yang membenarkan serta mempercayai peristiwa yang dialami oleh baginda SAW.



Pensyariatan kefardhuan solat lima waktu sehari semalam merupakan pensyariatan secara langsung daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW berbanding pensyariatan Islam yang lain dengan perantaraan Malaikat Jirail AS dan sebagainya.
*SUMBER

Rabu, 5 Jun 2013

BAHAGIA ITU PILIHAN



-BISMILLAH- 


KENALI BAHAGIA

Bahagia itu fitrah tabie manusia betul ? Semua orang inginkan kebahagian. Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi . Manusia yang siuman sentiasa ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.
bahagia . 

Bahagia pada sudut bahasa (kamus dewan edisi keempat ) : ialah suasana senang dan aman, aman damai serta gembira .

Dalam mencari erti kebahagiaan yang sebenar , ramai antara kita tidak jumpa dan tidak memahami konsep kebahagiaan seperti yang digariskan oleh ISLAM . Mereka melihat "bahagia" pada orang lain walaupun sebenarnya bahagia itu ada dalam diri mereka .

Bila sebut perkataan "bahagia" pandangan pertama kita tentulah tentang , kekayaan , cinta , rupa paras , anak-anak , dan sebagainya .

adakah bahagia ini sukar difahami  ?

Orang yang sakit kata , bahagia itu menjadi apabila sihat . orang yang miskin tetapi sihat pula kata, bahagia itu apabila menjadi kaya . orang yang kaya tetapi sibuk pula kata , bahagia itu apabila ada waktu lapang , begitulah fitrah manusia , merasakan diri susah kerana melihat kesenangan orang lain  .

Dalam sebuah hadis nabi bersabda :
“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara : 
Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu, 
Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,  
Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu, 
Masa lapangmu sebelum datang masa sibukmu,
Hidupmu sebelum datang kematianmu.”


Hadis di atas menerangkan bahawa kita perlu memanfaatkan waktu ''bahagia'' sebelum datangnya waktu ''derita'' .

Bedasarkan hadis dan fitrah manusia , kita simpulkan bahawa bahagia itu sebenarnya  wujud di dalam diri setiap manusia yang hidup . yang membezakannya hanyalah tahap kebahagiaannya sahaja  .


Dalam kontaks yang lain , sesetengah manusia merasa diri mereka berada dalam keadaan bahagia . Tanpa mereka sedari bahagia yang mereka rasa itu palsu , bakal lenyap dan sentiasa berubah . Apabila bahagia yang kita kecapi tidak mendapat restu ilahi , jadilah bahagia itu bahagia yang bakal membawa sengsara . Bahagia bertopeng inilah banyak diperolehi oleh manusia . Bahagia dengan mendapat murka pencipta perasaan bahagia .

Bagi umat islam , bahagia yang sebenar ialah memperoleh syurga Allah . Inilah bahagia yang sering dilupakan . Bahagia yang sebenar ini perlu dicari  .

Bagaimana memperolehinya ?

Sebenarnya , bahagia itu dapat diperolehi dengan bersyukur ~
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan mu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat."
Surah Ibrahim : 14
 persoalannya , bersyukur yang bagaimana ?

Adakah kita bersyukur memperolehi nikmat kesihatan dengan melakukan maksiat terhadapNya ? Adakah kita bersyukur memperolehi nikmat kekayaan dengan membazir disini sana ? Adakah kita bersyukur dengan nikmat kehidupan dengan membuang masa  ?

tentu sekali tidak , jika kita inginkan bahagia yang sebenar .

Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

BAHAGIA ITU PILIHAN 

Kita boleh pilih untuk terus tertipu dengan bahagia sementara atau belajar mencari dan memahami erti kebahagiaan yang kekal selamanya .

ingatlah pesan saidina Ali bin Abi Thalib karamallahuwajhah .
" janganlah kamu letih melakukan pahala dan kebaikan kerana letih akan hilang sedangkan pahala dan kebaikan itu kekal dalam catatan malaikat   , ingat ! Janganlah kamu seronok melakukan dosa dan kejahatan  kerana seronok akan hilang . sedangkan dosa  dan kejahatan itu kekal dalam catatan malaikat " .
Jadi , jangan tangguhkan memilih bahagia yang sentiasa kekal .

fikiran menjadi runsing bila hilang bahagia sementara ?
tak perlu pening , Al-quran ada jalan penyelesaiannya .

Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28. 


KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENURUT AL QURAN DAN AS SUNAH:




1. Beriman dan beramal salih.
“Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97)
Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana’ah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.

2. Banyak mengingat Allah .
Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah hati menjadi tenang.” (Ar-Ra’d: 28)

3. Bersandar kepada Allah.
Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:
“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)

4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.
Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.
Firman-Nya:
“Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (An-Nisa: 114)

5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.
Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula.
Rasulullah SAW bersabda:

Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)

6. Melihat “kelebihan” bukan kekurangan diri.
Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita.
Rasulullah SAW bersabda:
“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.
Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah.
Kata bijak pandai,

"jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!". 













Selasa, 4 Jun 2013

pedoman buatku dan mungkin buatmu ~

RASA GOYAH UNTUK TERUS ISTIQOMAH ? RASA LEMAH MENGHADAPI UJIAN HIDUP ? RASA MALU UNTUK BERUBAH DAN MELAKUKAN KEBAIKAN ? TAK RASA TAKUT MELAKUKAT KEJAHATAN WALAUPUN TAHU ALLAH MELIHAT ?

kita MUSLIM kan ? 

 solusi yang paling berkesan ,
 D.U.I.T (Doa Usaha Ikhtiar Tawakal )

kenapa perlu mengadu dalam FB ? 

Allahkan Maha Mendengar , mengadulah kepada Allah . . .

Allahkan Maha Melihat , mengadulah kepada Allah . . .

Allahkan Maha Mengetahui , mengadulah kepada Allah . . .

Allahkan Maha Pengasih , mengadulah kepada Allah . . .

Allahkan Maha Penyayang , mengadulah kepada Allah . . .

Allahkan Maha Berkuasa , mengadulah kepada Allah . . .


'' Ya Allah , aku teringin menjejakkan kaki ke syurgaMu dan aku sangat takut amaran siksa nerakaMu  ,Ya Allah , kuatkan iman hambaMu ini untuk terus istiqomah menegakkan agamaMu , ya Allah , tabahkan hati hambaMu ini untuk menghadapi segala ujian yang engkau hadiahkan untuk meninggikan darjatku ini , hilangkanlah perasaan malu untuk aku terus melakukan kebaikan demi agamaMu, kau kurniakanlah perasaan takut dalam diri ini untuk melakukan kejahatan , makbulkan lah doaku ini wahai yang maha mendengar dan maha mengasihani '' - hambaMU yg fakir -


BEKAL SEORANG DAIE .




-DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG-


Disamping berusaha mengajak orang melakukan kebaikan , bersama kita para daie sekalian penuhkan 'bekalan' kita seiring dengan gerakkan dakwah .

INGAT ! kita tidak boleh memberi , jika kita tidak mempunyai apa-apa


NAK JADI PEJUANG AGAMA ALLAH

bekal seorang daie ~


IMAN

mantapkan ibadah kita yang menjadi penjana IMAN dalam kehidupan agar kita sentiasa berada dalam petunjuk dan pelindungan Allah 



ILMU 

luaskan ILMU pengetahuan agar hujah kita lebih mantap dan terkesan . Disamping itu ,pergerakkan dakwah kita juga tersusun dan impaknya lebih besar  


AKHLAK 

hiasi diri dengan AKHLAK yang terpuji kerana itulah senjata terpower daie . Dan itulah teknik dakwah yang nabi gunakan sehingga kita dapat mengecapi nikmat iman dan islam sehingga ke hari ini . 



AMAL 

niatkan setiap AMAL kita hanya kerana Allah supaya kita tidak terbabas daripada matlamat dan sentiasa dipandu oleh petunjuk Allah . 


Isnin, 3 Jun 2013

Doa rabitah : doa pengikat kasih sayang


Doa Rabitah ( Pengikat hati)

-Korang ada kawan rapat tak? sure semua orang dalam dunia yang masih hidup ni ada kawan betul tak? tak kisah lah kawan lama kawan jauh rapat atau renggang tu still consider kan..kan... tak kisahla kawan laki atau pompuan, korang rasa dorang ikhlas tak berkawan dengan korang waktu korang senang atau susah. ?


-"Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu).Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"

(surah Al-Anfal: ayat 63)

Menjalin & Mengukuhkan Ikatan Silaturrahim.
-Nabi s.a.w. bersabda:"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya."
(Riwayat Bukhari)

-Doa Rabitah jika diamalkan moga-moga menjadi pengikat hati menyatupadukandalam ukhuwah fillah penguat daya juang agar sama-sama hebat berjuang di jalan Allah S.W.T. dalam satu barisan yang tersusun... . Insyallah mudahan beroleh keberkatan
• Moga ingatan melalui doa merapatkan perhubungan sesama sahabat.
• Moga Allah memberkati hidup kita dan menemukan kita dengan sahabat sejati yang boleh terus menegur kita jika kita melakukan kesalahan dan berada bersama kita sentiasa..




#sangat sesuai dibaca time usrah :D

Ahad, 2 Jun 2013

Untuk diriku masa depan, dan mungkin kau juga.. :



Untuk diriku masa depan, dan mungkin kau juga.. :




Aku yakin, sepertimana kau juga tahu bahawa kanvas kehidupan tidak pernah luntur daripada cabaran, kita akan terus menerus diduga dan diuji.


Ramai yang tidak betah. Hanyut dibawa arus yang mengalir laju. Tak berjaya mudik ke hulu sungai. 


Justeru, kenapa tidak mungkin kita juga, menjadi mangsa seterusnya? 


Air tidak pernah tenang, kawan. percayalah kataku! 
asimilasi perlu berlaku. adaptasi juga penting.
memodenkan diri menuruti arus pascamerdeka kita ini.
dunia semakin global.
ilmu bertambah luas - petik jari saja kata orang
perihal sosialisasi dan kebudayaan berkembang.


semuanya terbuka.
tersangat lapang.


seperti langit, Maha Kuasa Tuhan, ciptaan Dia.

tapi sayang, ceritera dunia ini berlaku..


..sehingga
akal dan wahyu tiada timbang taranya lagi.


mungkin suatu hari nanti, kau akan tersesak lagi dalam udara ini.
Udara yang membuatkan kau semput, sukar bernafas. sehingga jantung, punca hati dan iman, tidak lagi mampu mendesak badan tidak berbuat keburukan.
Fikiran juga, dek kekurangan oksigen, tidak kuasa membuat pilihan yang benar.


Ujian akan terus berkunjung di daerah manusia,
seperti gulungan ombak yang tidak pernah henti-henti menghentam pasir pantai.


dan kita?


biarlah menjadi pokok hujan-hujan yang merimbun.
batangnya tegap.
akarnya banir.
dedaunnya menghimpun teduh.


berterusan membesar dan matang
biarpun kedudukannya tetap. tidak pernah berubah-ubah.


itu pokok. 
apatah lagi kita bukan?


# FROM : BIDADARI BESI 

RENUNGAN BUATKU DAN BUATMU


RENUNGAN BERSAMA ~




❤ wahai sahabatku , andainya engkau sedang sibuk mengejar keduniaan(perkara yang melupakan akhirat) , ingatlah bahawa dunia tidak kekal bersamamu .
❤ wahai sahabatku , andainya engkau sedang ghariah mengejar pangkat , ingatlah apakah nilai pangkatmu disisiNya


❤ wahai sahabatku , andainya engkau kedekut akan hartamu , ingatlah dia maha berkuasa mengambil kembali hartamu itu .
❤ wahai sahabatku , andainya engkau belagak sombong di bumiNya , takutlah dirimu kerana dia sentiasa melihat perbuatanmu itu .
❤ wahai sahabatku , sedarlah bahawa nikmat yang maha esa tidak terkira , bersyukurlah kepadaNya nescaya engkau disayangiNya


❤ wahai sahabatku andainya engkau melakukan dosa , segerakanlah dirimu menginsafi dosamu itu kerana tubuhmu itu tak akan mampu menanggung pedihnya siksaan dariNya

''Dan janganlah kamu berjalan di atas muka bumi ini dengan sombong , kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan sesekali tidak akan sampai setinggi gunung ''(al isra'k : 37 )













Not being so philosophical about life..

Life..a word that has a big meaning of its own. Contains the very thing of everything in this world. The word is so intriguing that everybody reacts differently towards it, has every distinct understanding about it, even view it unlikely the same. The meaning is so deep....i wonder if i myself ever understand it.


Heartache is a treasure life would bring to comprehend it. to be part of life, is to feel the hurt and the painful of scratches in the heart.
one day you are in, one day you are kicked out.
once you were happy, now you are suffering.


if life is said to be like a wheel, I couldn't help myself but to agree with that. Because as far as I am concerned, yes, life has its up and down. some people would even say that without goodness and sorrow, it is not life, isn't it?


I'm not being philosophical (read : calmly accepting a difficult situation) about this life thing. It's sometimes so tiring and I feel like I'm already worn out, happen to face the same kind of situation that keep pricking my heart with needles again and again, n the worst part has always been about being so hopeless and not being able to do anything about it. and yet, that thing is not that important exactly. Being an ignorance towards it, is always the best solution. but that, ironically, the hardest thing I have to insist myself to do...


When it comes to challenges, hardship, obstacles that human have to go through in life, I know it's everyone problem's. Everyone has to pass through it whether at the end, he is successful or not.


That's why, I just wanna say that if you are feeling miserable about how life has approached you.. you are not alone. I feel it too, and needless to say, struggling to overcome it.


But as far as we all know, it's a matter of attitude that differentiate a particular glorious person with another pathetic fellow.


*it's pathetic if you fail and don't want to stand up back again.
but you are consider glorious if you fail, and then, dare to stand up*


I'm hurt. But I want to stand up back again.
Care to join me?


Let's make our come back!! :))

# from : BIDADARI BESI 

CIRI-CIRI ILMU YANG BERMANFAAT

PELAJARI CARA MEMANFAATKAN ILMU 


ciri2 ilmu yang memberi manfaat menuru Imam Hujjatul Islam iaitu Imam Al-Ghazali rahimallahu taala dalam kitabnya bidayatul hidayah :

1. ilmu yg menambahkan takut kita kepada Allah

Sebagai seorang penuntut ilmu , kita perlu 'set'kan niat kita , supaya mempelajari ilmu Allah (semua ilmu  adalah milik Allah ) untuk lebih mengenali kekuasaan dan keagungan zat yang tiada bandingnya iaitu Allah swat . Mana-mana ilmu yang kita pelajari , jika tidak menambah perasaan takut dan gerun kita kepada Allah , maka ilmu tersebut tidak bermanfaat sikit pun kepada kita .


2. ilmu yang menambah penglihatan hati kita tentang kekurangan diri kita .

Ilmu yang bermanfaat juga akan memperlihatkan diri kita , tentang kekurangan dan kelemahan diri kita . Bertepatan dengan kata-kata imam syafi'e rahimallah , semakin bertambah ilmu seseorang , semakin rendah dirinya kepada Allah . Jika ilmu yang kita pelajari itu , menambah keegoan dan kesombongan kita , maka ilmu tersebut tidak bermanfaat sikit pon kepada kita .

3. ilmu yang menambahkan pengetahuan tentang ibadah kepada Allah

Ibadah Menurut istilah syarak : taat, patuh dan merendahkan diri sepenuhnya kepada Allah swt - mengikut peraturan dan suruhan Allah sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat. Ia merangkumi makna ketundukan dan kecintaan kepada Allah swt. Maka , ilmu yang bermanfaat disini bermaksud , ilmu yang menambah sifat taat kepada suruhan Allah .

4. ilmu yang mengurangkan rasa cinta kepada dunia .

Dunia yang dimaksudkan ialah perkara yang melupakan kita kepada Akhirat .  contohnya  , jika ilmu yang kita pelajari itu menambah perasaan cinta kepada harta atau pujian , maka ilmu yang kita pelajari itu tidak memberi manfaat kepada kita . 

5 . ilmu yang menambah rasa cinta kepada Allah dan rasul

cinta yang teragung tentulah hanya kepada Allah dan rasulnya . oleh itu , untuk menjadikan ilmu yang kita pelajari itu memberi manfaat kepada kita , kita perlu menambah rasa cinta dan sayang kita kepada Islam . Ilmu apa pun yang kita pelajari haruslah bertunjangkan cinta kepada Allah dan rasulnya .

6. ilmu yang membukakan mata hati kita tentang perkara yang menghapuskan amalan kebaikan

perkara yang menghapuskan amalan kebaikan ialah , penyakit hati iaitu riak dan dengki . kedua-dua penyakit ini sangat merbahaya , ia akan memakan amalan kebaikan kita seperti api memakan daun kering . Jadi , ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menjauhkan kita daripada kedua-dua penyakit hati ini .

7. ilmu yang menyedarkan kita tentang tipu daya syaitan

kita bangga dan apabila melihat tamadun manusia yang semakin moden dan semakin canggih tanpa menghiraukan tipu daya syaitan yang juga semakin moden dan semakin canggih . Jadi Ilmu yang bermanfaat itu , akan menyedarkan kita tentang bahaya tipu daya syaitan .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ahlan