*gambar hiasan |
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
assalamualaikum . . .
Pertamatamanya dan selamalamanya marilah kita bersama-sama merafaqkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana masih lagi diberi nikmat yang paling besar iaitu nikmat iman dan islam, sehingga kita digerakkan hati oleh Allah mencari cahaya ILMU .
KEJATUHAN MORAL ANAK MUDA ISLAM
Kejatuhan Moral Anak Muda ISLAM Terutama Di Malaysia Bukanlah Menjadi Perkara Asing Dalam Masyarakat .Anak-Anak Muda ISLAM kita juga Telah Berjaya Menjadi ‘JOHAN ’ Statistik tertinggi Kes-Kes Yang Melibatkan Anak Muda Seperti Rogol , Bunuh , Buang Anak , Dadah Dan Bermacam-Macam Lagi Kes Yang acap kali Menjadi Tontonan Kita Didada-Dada Akhbar Dan Television. Hal Ini , Menunjukkan Tahap Moral Masyarakat Terutamanya Anak Muda Kita Masih Lagi Berada pada Keadaan Yang Sangat Minimum Dan Membimbangkan
Umum Mengetahui Kejatuhan Moral Anak Muda Akhir Zaman Ini Disebabkan Dua Fakor Utama .
Pertama Kurangnya Didikan Agama . Ya , Memang Ini Merupakan Faktor Utama Keruntuhan Akhlak Anak Muda ISLAM . Tetapi Ramai Di Kalangan Masyarakat Kita Menganggap Tugas BERDAKWAH (Ajak Kepada Kebaikan Larang Kepada Kejahatan ) Adalah Tugas Ibu-Bapa Dan Para Ilmuan Sahaja .Sehingga Ada Diantara Kita Membiarkan sahaja Anak-Anak Muda Melakaukan Maksiat Tanpa Segan Silu . Maksiat Yang Berhamaraja Lela Ini Terjadi Kerana Kurangnya Teguran Daripada Masyarakat. ‘’Ahh,Bukan Anak Aku’’ , ‘’Biar Lah Nanti Bila Mereka Besar Insaflah Tu’’ , ‘’Aku Sibuk’’ ‘’Kalau Tegur Pun Buat Penat Je’’ ‘’Malas Nak Jaga Tepi Kain Orang’’ . Itulah Antara Alasan-Alasan Masyarakat Kita Yang Masih Berpeluk Tubuh Melihat Kejatuan Moral Umat Ini. Sedangkan Baginda Nabi Bersabda Yang Maksudnya "Barangsiapa Diantara Kamu Yang Melihat Kemungkaran, Hendaklah Ia Merubah/Mencegah Dengan Tangannya (Kekuasaan) Jika Kamu Tidak Mampu, Maka Dengan Lidahnya (Secara Lisan), Dan Jika Tidak Mampu, Bencilah Dengan Hati . Dan Itu Adalah Selemah-Lemah Iman". - [Di Riwayatkan Oleh Imam Muslim #49]
Jadi , Wujudnya A.M.L.I Adalah Untuk Mengubah Persepsi Masyarakat Tentang Pentingnya Teguran Dan Nasihat Agar Kita Sentiasa Menjadi Manusia Yang Untung .
FIRMAN ALLAH . . .
, "Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Berada Dalam Kerugian. Kecuali Orang-Orang Yang Beriman & Mengerjakan Kebaikan Serta Saling Berpesan (Menasihati) Untuk Kebenaran & Saling Menasihati Dengan Kesabaran." [Al-Asr (103): 1-3]
Faktor KEDUA Ialah PENGARUH RAKAN SEBAYA .Pengaruh rakan sebaya ini boleh menjadi sihat seandainya ianya bersifat positif. Tetapi, hakikatnya pengaruh negatif itu lebih kuat berbanding positif . Ramai Yang Tidak Sedar Persepsi Masyarakat Kitalah Yang Menyebabkan Kuatnya Pengaruh Negatif Rakan Sebaya . Pandangan Masyarakat Yang Mengatakan ‘’ Perbaiki Diri Dulu Sebelum Nak Tegur Orang ‘’ , ‘’Diri Sendiri Pun Tunggang Langgang Nak Tegur Orang ‘’ , ‘’ Kita ajak kawan-kawan terdekat dah la buat baik ‘’, Dan Seumpama Dengannya Meminimumkan Pengaruh POSITIF Rakan Sebaya. Ringkasnya kita seolah-olah meletakkan syarat untuk anak-anak muda mengajak kepada kebaikkan dan melarang kepada kejahatan . Sedangkan Kita Pula Seolah-Olah ‘Merestui’ Pengaruh NEGATIF Rakan Sebaya . Tiada Pula Orang Beranggapan ‘’ Bagi Jahat Betul Dulu Kalau Nak Ajak Orang Buat Jahat ‘’ , ‘’Diri Sendiri Pun Tak cukup Jahat Nak Ajak Orang Buat Jahat ‘’ , ‘’ Kita ajak Geng Jahat Kita dah la buat jahat‘’,’’malas nak jaga tepi kain orang’’. .Persoalannya ,mengapa ada syarat yang tertentu untuk mendakwahkan kebaikan dan tiada syarat men’’dakwah’’kan kejahatan. Jadi marilah kita ubah persepsi masyarakat kita dan gunalah persepsi yang Allah gariskan dalam AL-Quran .
firman ALLAH yang bermaksud "Bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan permusuhan dan bertaqwalah kepada Allah ‘’ (Al-Maidah ayat 2)
Oleh itu , wujudnya Kelab Anak Muda Love Islam ini adalah untuk menyeru semua anak muda Malaysia untuk bersama memikul beban menegakkan kembali maruah agama kita dengan membantu anak-anak muda mengenali pencipta .
Semoga perjuangan kita untuk menegakkan kalimah lailahaillallah di muka bumi ini diredhoi yang maha berkuasa dan seterusnya mencapai kemenangan yang hakiki ~
takbirr!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan