hadis

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالأَرَضِ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ
Ertinya:
“Dari Abi Umamah al-Bahiliy: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.”

carian

Isnin, 29 April 2013

kerana Allah ~

-DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI-




Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:


“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim )

  Ramai antara kita tahu tentang mutiara kata-kata Rasulullah ini . Tetapi , apa nilai yang boleh kita ambil daripada kata-kata manusia paling sempurna ini ?

Apa yang kita faham tentang niat dan hijrah ?


Apa maksud niat?


Bahasa : Kehendak hati atau tujuan hati.


Istilah : Gerak hati melaksanakan sesuatu perkejaan dengan tujuan mencari keredhaan ALLAH s.w.t



Apa pula maksud hijrah?



Bahasa : Berpindah meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi ke tempat lain.


Konteks Sejarah Islam : Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda dari Makkah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawarrah untuk mengembangkan Islam.

Konteks kini : Perpindahan yg lebih meluas merangkumi perubahan kepada hidup yg lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih dekat kepada ALLAH s.w.t.

***************************************************************

لا إلهَ إلاَّ اللَّه وحْدَه لا شَريك لهُ ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحمْد ، وهُو على كُلِّ شَيءٍ قَدِيرٌ

 firman Allah :

Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
(surah al-an'am : 162 )

adakah hanya dengan perkataan ''aku belajar/bekerja kerana Allah '' sudah menunjukkan kita beramal kerana Allah semata .
Tentu sekali tidak .


" Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukanmu"-muhammad : 7-

Hakikat iman itu mempunyai 3 peringkat asas iaitu Niat ,perkataan dan  perbuatan .

NIAT - perlu diingatkan untuk berjaya niat kita perlu spesifik , setiap perbuatan kita perlu diniatkan kerana Allah . Ya ramai yang mampu niat sebegini . Niat kerana Allah ini bukanlah hanya pada lintasan hati semata tetapi niat kerana Allah ini bermaksud keazaman dalam diri untuk mengembangkan ISLAM di muka bumi.
Ini yang penting .

contohnya , belajar kerana Allah tetapi bila Allah takdirkan kita gagal , kita kecewa .sedangkan kegagalan itu perancangan Allah .  sebab itu kita perlu faham tentang niat itu , '' ya Allah jika kejayaan dalam akademik ini akan membuatkan aku dekat dengan engkau ya Allah , kau izinkanlah aku berjaya '' doa sebegini lebih afdhal untuk kita menjaga niat kita agar tidak tersimpang dari niat yang sebenar iaitu mengembangkan ISLAM bukan dengan tujuan mendapat kejayaan semata-mata.

PERKATAAN - perkataan yang keluar dari mulut kita juga haruslah berlandaskan niat kita . Maksudnya      sebelum , semasa dan selepas kita berjaya atau gagal dalam perjuangan ,  perkataan kita haruslah menunjukkan kita sedang berusaha untuk mengembangkan ISLAM .

contohnya , kita niat nak kembangkankan ISLAM tapi , perkataan kita tak menunjukkan kita nak kembangkan islam sebaliknya kita membawa fitnah kepada islam . maksudnya kita guna perkataaan yang boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap islam . jadi perkara ini perlu diubah untuk mendapat bantuan Allah.

PERBUATAN -seperti perkataan , perbuatan kita juga perlulah selari dengan niat dan perkataan kita . Maksudnya sebelum , semasa , dan selepas kita berjaya atau gagal dalam perjuangan , perbuatan kita mestilah menunjukkan kita sedang berusaha untuk mengembangkan ISLAM

contohnya , kita niat nak kembangkan ISLAM , tapi perbuatan kita seolah-olah kita berusaha kerana sesuatu yang lain seperti pangkat , pujian , duit , kerjaya dan sebagainya . Kita mendambakan bantuan Allah tapi perbuatan kita untuk mendapat kejayaan hanya untuk kepentingan pribadi bukan kepentingan islam . Bagaimana bantuan Allah nak sampai .

BANTULAH AGAMA ALLAH NESCAYA ALLAH MEMBANTU KAMU~







nak jadi pandai ? , nak jadi kuat ? , nak iman mantap ? , nak rasa dihargai ? nak akhlak terpuji ?

-doa senjata mukmin-

doa macam nie . . .
''ya Allah aku nak memperjuangkan agamaMu , kurniakanlah aku akal yang cerdas kerna itu akan membuatkan orang mendengar pendapatku , kurniakan aku fizikal yang mantap kerna itu membantu aku mempertahankan maruah agamaMu , kurniakan aku iman yang teguh kerana itu dapat menjadikan aku istiqomah memperjuangkan agamaMu , kau jadikan lah aku orang yang dikasihi masyarakat agar agamaMu mudah ditinggikan , kau hiasilah diriku dengan Akhlak nabiMu agar aku mudah mempraktikkan sunah rasulMu , ya Allah engkau dapat mengubah hati saidina Umar , tentu mudah bagiMu mengubah hatiku untuk membela agamaMu , ya Allah bantulah aku untuk membantu agama mu , sesungguhnya hanya kepadamu kami sembah dan hanya kepadamulah kami meminta pertolongan ''.

# nak jadi pandai ? , nak jadi kuat ? , nak iman mantap ? , nak rasa dihargai ? nak akhlak terpuji ?
 - >>> tolong agama Allah








 

Khamis, 25 April 2013

perhubungan lelaki dan wanita ~


hubungan lelaki dan wanita
Persoalan:
Setengah ulama menyandarkan pendapat mereka dengan perkataan Aisyah r.a: “Seandainya Rasulullah s.a.w mengetahui apa yang diperbuat kaum wanita sepeninggalan beliau, nescaya beliau melarangnya pergi ke masjid”.
Oleh itu, apakah setiap pergaulan lelaki dan perempuan itu terlarang atau ianya haram? Patutkah wanita selama-lamanya dikurung?  Apakah semua peraturan yang ketat untuk wanita itu benar- benar berasal dari hukum Islam?


Jawapan:
Islam tidak menetapkan hukum secara umum mengenai masalah ini. Islam memerhatikannya dengan melihat tujuan atau kemaslahatan yang hendak diwujudkannya, atau bahaya yang dikhuwatirkan, gambarannya dan syarat- syaratnya yang harus dipenuhinya. Sebaik- baik  petunjuk dalam masalah ini ialah petunjuk Nabi Muhammad s.a.w serta khalifah- khalifahnya yang lurus dan sahabat- sahabatnya yang terpimpin.Pada zaman Rasulullah s.a.w kaum wanita biasa menghadiri solat berjemaah dan solat jumaat. Mereka juga menghadiri solat Idain (Hari Raya Idul Fitri dan Idul Adha).

Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Athiyah, katanya:”Kami diperintahkan keluar untuk menunaikan solat dan mendengar khutbah pada dua hari raya, demikian pula wanita pingitan dan gadis- gadis”
. Mereka juga memasuki pengajian- pengajian untuk mendapatkan ilmu dari Nabi s.a.w bersama kaum lelaki. Mereka biasa menanyakan beberapa persoalan agama yang umumnya malu ditanya oleh kaum wanita.
Selain itu, mereka turut serta dalam peperangan membantu mujahid- mujahid Islam.
 Diriwayatkan oleh Ummu Athiyah: “Saya turut berperang bersama Rasulullah s.a.w sebanyak tujuh kali, saya tinggal di khemah- khemah mereka, membuat mereka makanan, mengubati yang terluka dan merawat yang sakit”.
Dari penjelasan di atas, kita dapat menyimpulkan bahawa pertemuan di antara lelaki dan perempuan tidak diharamkan malahan harus (jaiz). Kadang- kadang dituntut apabila bertujuan untuk kebaikan seperti dalam urusan ilmu yang bermanafaat, amal saleh, kebajikan dan lain- lain yamg memerlukan kerjasama di antara lelaki dan perempuan. Namun begitu tidak bererti kita meninggalkan segala batasan- batasan yang telah ditetapkan oleh syara’. Batas- batasnya ialah:

1- Menahan pandangan dari kedua pihak (melihat aurat dan memandang dengan syahwat). Firman Allah Taala: “Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakan kepada wanita beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (An-Nur: 30- 31)

2- Pihak wanita harus memakai pakaian yang sopan seperti yang dituntut syara’. Allah berfirman: “..dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya..” (An- Nur: 31)

 3- Mematuhi adab dalam segala hal seperti dalam percakapan hindari dari perkataan yang meransangkan. Allah berfirman: “..Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (Al- Ahzab: 32)

 4- Jauhkan diri dari bau- bauan yang harum dan perhiasan- perhiasan.

 5- Jangan berdua- duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Dalam hadis sahih mengatakan, ‘kerana yang ketiga itu syaitan. Dan pertemuan itu hanya untuk keperluan yang dikehendaki sahaja.

apa yang boleh kita lakukan dalam masa 10 minit !



1) Boleh membaca 15 kali surah Al-Fatihah
Al-Fatihah juga dipanggil al-Syifa (penawar) berdasarkan hadis riwayat al-Darimi daripada Abi Sa`id yang diangkat kepada baginda (hadis marfu`): فاتحة الكتاب شفاء من كل سم Maksudnya: “Fatihah adalah penawar bagi segala racun.”


2) Boleh membaca 50 kali surah Al-Ikhlas

Abu Hurairah r.a. Sabda Rasullullah SAW; “Sesungguhnya ganjaran Surah Al-Ikhlas satu pertiga Al Quranul Qariim.” (Di riwayatkan oleh Imam Bukhari)

3) Boleh menyebut Kalimah “Laa ilaaha ill-Allah” (Tiada Tuhan Melainkan Allah) sebanyak 100 kali


Dari Jabir bin Abdillah ia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Zikir yang paling mulia ialah Lailahaillallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah.” (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).


4) Boleh memohon keampunan dari Allah S.W.T dgn menyebut Astaghfirulah Al-Adzim 100 kali

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sungguh Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan untanya yang hilang di padang pasir.” (HR. Bukhari dan Muslim).

5) Boleh menyebut Kalimah “ Alhamdulillah ” (Bersyukur kepada Allah) sebanyak 100 kali

Dari Jabir bin Abdillah ia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Zikir yang paling mulia ialah Lailahaillallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah.” (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).


6) Boleh menyebut SubhaanAllah, Wal hamdu Lillah, Wa La iLaa Ha iLLa Allah, Wa Allahu Akbar sebanyak 70 kali

Bayangkan berapa banyak masa yang kita habiskan dalam masa 24 jam. Alangkah baiknya sekiranya setiap minit yang kita luangkan untuk perkara yang tidak berfaedah digunakan untuk melakukan perkara-perkara diatas.

Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang...insya-ALLAH

TIPS HINDAR PUKAU ~

Berikut adala beberapa bacaan dari al-Quran yang boleh dijadikan
amalan (bacaan harian) bagi mencegah dan merawat sihir sebagaimana
yang pernah di syarahkan oleh bekas Mufti Besar Arab Saudi,
Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh.

1. Surah al-Baqarah : 255 / Ayat Kursi

2. Surah al-'Araf : 117 hingga 122

3. Surah Yunus : 79 hingga 82

4. Surah Tha Ha : 65 hingga 70]

5. Surah al-Kafirun

6. Surah al-Ikhlas

7. Surah al-Falaq

8. Surah al-Nas

aurat dan neraka ~




Di tangan seorang ayah,ada 18 biji coklat.Si ayah membenarkan anaknya makan 17 biji coklat dan sebiji lagi dimakannya.Adakah si ayah berlaku zalim terhadap anaknya dek kerana makan sebiji coklat itu?Tidak,ini tidak zalim.Seorang ayah yang menghadkan anaknya daripada makan terlampau banyak coklat takut gigi anaknya rosak dan pada masa yang sama tidak mengabaikan keperluan dirinya sendiri.Inilah adil namanya.

Itu di pihak ayah,bagaimana pula di pihak anak.Jika anak tetap memilih coklat yang dilarang oleh ayahnya,apakah perkataan yang sepatutnya kita guna untuk melabelkan si anak?Sengal?Bodoh?Anda labellah sendiri,kalau ana yang labelkan,lagi teruk bunyinya.

Itulah analoginya.Allah menghalalkan 17 jenis lelaki kepada seorang wanita untuk mendedahkan auratnya kepada mereka dan mengharamkan 1 jenis lelaki yakni lelaki yang bukan mahramnya. Persoalannya,kenapa kebanyakan wanita memilih jenis yang diharamkan kepadanya atau ayat yang lebih tepat,mengapa ramai wanita membaham kesemuanya?Ha,labellah wanita-wanita jenis ini dengan perkataan yang anda labelkan si anak sebentar tadi.

Wanita Dan Aurat

Demonstration against hijab ban by men
Hijab Our Right!

Sebelum kita pergi lebih jauh tentang busana muslimah,ada baiknya kita tahu dahulu kedudukan dan batas-batas aurat wanita yang ditetapkan syarak. Kalau tidak,secara tidak lansung kita akan mengfesyenkan Islam bukan mengislamkan fesyen.

Disebabkan kita berada di Malaysia dan penduduk Malaysia secara majoriti bermazhab Syafie,maka kita kan lanjutkan perbincangan kita berpaksikan pandangan-pandangan daripada mazhab syafie sahaja.Jika ada pandangan lain, bergantung kepada diri anda untuk mengamalkannya atau tidak.Yang penting pandangan itu mestilah selari dengan Al-Quran dan Al-Hadis.

Di dalam mazhab syafie terdapat 2 qaul.Qaul yang pertama mengatakan aurat wanita ialah seluruh badan tanpa berkecuali.Manakala Qaul kedua pula menyatakan aurat wanita ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.Walaubagaimanapun,berdasarkan qaul kedua,jika mendedahkan muka dan tapak tangan boleh menimbulkan fitnah,maka ketika itu wajib pula menutup seluruh tubuh badan tanpa kecuali.

Siapa Yang Berhak Lihat?

Muslimah boleh mendedahkan auratnya kepada 17 jenis golongan yakni yang berketurunan sama dengannya dan yang terjadi secara ibu susuan. Golongan yang diharamkan kepada kaum wanita pula ialah lelaki ajnabi,yakni lelaki asing.Contohnya,muslimah JAD tidak boleh mendedahkan rambutnya di hadapan muslim JAD kerana muslim JAD itu termasuk dalam golongan yang satu ini.Jika dedah?Nahas!Azab neraka menanti kamu!

Bagaimana pula kalau wanita dengan wanita?Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,Rasulullah bersabda, “seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki yang lain,demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain.Tidak boleh dua lelaki berada dalam satu selimut.Demikian juga wanita dilarang berbuat demikian.”Namun,aurat bagi wanita dengan wanita ada sedikit perbahasan dan ulama’ sepakat mengatakan aurat wanita dengan wanita sama dengan aurat lelaki dengan lelaki iaitu dari lutut ke pusat.Bagaimana pula dengan buah dada?Dedahlah kalau tidak malu kerana bahagian itu bukan aurat.Lutut?Paha?Ha~,itu aurat, jaga-jaga.

Saya ada kawan non-muslim,bagaimana aurat saya dengannya?Berdasarkan ayat 31 surah An-Nur yang berbunyi,”Janganlah para wanita Muslimah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada wanita-wanita Islam…”, Ar-Razi mentafsir bahawa aurat muslimah dengan non-muslim ialah seluruh tubuh,kecuali muka dan dua tapak tangan.Hujah ini disokong oleh pendapat Imam Nawawi.Katanya, “Berdasarkan hadis-hadis soheh bahawa wanita kafir hanya boleh melihat anggota wanita Islam yang terbuka semasa kerja sahaja,tidak lebih daripada itu.”Pasti susah buat kita dek kerana sesama muslim pun kita tidak tutup,inikan pula dengan non-muslim.


Aurat Dan Kita

hijab by khalilshah - Pro Account expire
wanted!! (^^)

“Biarlah aku tidak pakai tudung pun,ko sibuk apa?Luaran tak penting weyh,”balas Lydia selepas ditazkirah oleh Ien.

“Luaran tak penting?Bukan luaran menggambarkan dalaman ke?”Soal Ien.

“Mane ade,don’t judge a book by its cover.Aku tak kisah pun pakai ape, asal dalaman aku baik dah la,”jawab Lydia lagi.

“Ko cakap luaran tak penting,tapi ko habiskan ribu-ribu beli make-up dan make-up tebal-tebal tu ape?Dalaman?”Tanya Ien lagi,cuba memecahkan tembok ego si Lydia.

‘Ah,tu lain.”Jawab Lydia,dahinya mula berkerut.

“Ala,senang.Cakap je la ko tak nak pakai…”Sindir Ien.

Pakai tudung untuk menjadi baik atau jadi baik untuk pakai tudung, yang mana satu betul?Terpulang kepada anda,anda yang tentukan bukan ana.Menutup aurat merupakan satu ujian kepada kaum hawa dan ia juga satu bonus besar kepada mereka tetapi ramai yang tidak sedar.Ramai yang tidak sedar bahawa suruhan menutup aurat ini sebenarnya merupakan satu cara untuk mereka(kaum Hawa) meninggikan lagi harga diri mereka.

Pernah atau tidak,ada seorang kawan datang kepada anda dan berkata, “weh, ko taw ,semalam aku nampak fulan dengan fulan tengah…Emm..Takpelah, malas aku nak ngumpat.” Mesti anda tension dengannya kerana cerita tidak habis,tergantung. Disebabkan tergantung,anda ingin tahu kesudahan ceritanya,lalu anda marah atau pujuk dia untuk menyambung ceritanya. Lihat,sesuatu itu menjadi mahal bila ia tergantung atau misteri.

Begitulah aurat memahalkan lagi penjaganya.Apabila dilakukan servey ke atas 40 orang lelaki,majoriti mengatakan bahawa perempuan yang seksi lagi menawan hati mereka berbanding perempuan yang bogel.Apabila ditanya mengapa,katanya, “ala,da bogel wat pe.Yang seksi la best coz kite jadi lagi nak taw,tu yang syok tu.”Dan soalan servey diedit sedikit,apakah pandangan mereka terhadap perempuan yang berpurdah.Jawapan mereka hampir sama yakni mereka sangat ingin tahu muka di sebalik penutup itu.Ditambah pula dengan gosip yang mengatakan perempuan berpurdah semuanya lawa-lawa sebab itu diorang berpurdah,elak fitnah.

Di zaman Rasulullah,seorang mak cik tua sedang berjalan pulang dari pasar menuju ke rumahnya. Tengah dia lenggang-lengguk,datang seorang budak lelaki menegurnya.

“Wahai Makcik,apakah kamu tidak mendengar sabda Rasulullah yang menyuruh perempuan memakai jilbab?”

Tanpa banyak tanya,semua barang yang dibeli tadi dilepaskan dan dia berlari ke dinding berdekatan sambil tangannya cuba untuk menutup rambutnya. Lalu dia memanggil kanak-kanak tadi dan menyuruh kanak-kanak itu balik ke rumahnya dan membawa selendang kepadanya.

Di zaman Rasulullah juga,ada seorang perempuan tua yang gila insen. Apabila penyakit gilanya datang,dia tidak akan menghiraukan solat,puasa atau apa-apa tuntutan ke atasnya.Namun pada suatu hari,selendang yang menutup kepalanya terbuka dek ditiup angin,lalu dia menjerit kerana takutkan azab Allah dan terus pengsan.

Lihatlah betapa muslimah di zaman Rasulullah menjaga aurat mereka. Seorang makcik yang baru balik daripada membeli barang di pasar sanggup melepaskan semua barangnya demi menutup auratnya dan seorang gila pengsan apabila auratnya terdedah.Bandingkan dengan kita,sudahlah ada kain tudung,gila jauh sekali tapi aurat tetap didedah.

HAIFA WAHBI HIJAB by magiclook
Failed! Dadanya terdedah

Ana pelik apabila melihat ada muslimah yang memakai tudung tapi nampak batang lehernya atau yang lebih teruk,rambutnya terburai keluar dari tudungnya bagaikan duri-duri landak.Ada juga yang elok menutup rambut tapi dada terbuka seperti sedang mengalu-alu sang helang datang menyambar. Mak Cik di kampung lagi teruk,pakai tudung tapi telinga keluar,astaga.Mungkin telinga mereka berketurunan night elf.Gurau. :D

Semasa di tingkatan 1,ustaz memberitahu sehelai rambut perempuan yang dilihat lelaki ajnabi,perempuan itu akan dimasukkan ke dalam neraka selama 60 tahun akhirat.Dalam satu pendapat,1 hari di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia.Itu rambut, benda yang boleh dibilang,sehelai demi sehelai.Tetapi bagaimana pula dengan kulit tangan yang didedah? Macamana ia dihitung?Liang roma demi liang roma?Sel demi sel?Wallahua’lam.

Ada pula yang menutup aurat tapi nipis kainnya sehingga nampak bentuk tubuh badannya atau nampak warna kulitnya.Diriwayatkan bahawa beberapa orang wanita Bani Tamim datang ke rumah Siti Aishah dalam keadaan berpakaian nipis.Melihatkan keadaan mereka,Aishah berkata kepada mereka, “jika kamu wanita mukminah,maka bukan begini fesyen pakaiannya.”

Sekarang,ana lihat ada satu jenis pakaian.Ana tidak tahu apa nama pakaian itu. Pakaian itu seakan-akan baju kurung tapi luarnya lut cahaya,ada corak bunga-bunga dan dalamnya macam singlet.Ketahuilah itu bukan pakaian menutup aurat kerana pakaian dalamnya menampakkan susuk tubuh badannya.

“Ala,I dah beli.Mahal you taw.Membazir kalau tak pakai,”ngomel Zainab kepada suaminya.

“Membazir?Membuang sesuatu yang dibenci Allah dikira membazir?Katakan ada seorang apek datang ke rumah kita dan menghadiahkan kita babi,tak nak buang babi tu sebab takut membazir?”Jawab suami Zainab.

“Tu lain…”balas Zainab sambil mulutnya yang muncung keluar.

“Lain tak lain.Cakap je la you nak pakai.Takyah cari alasan.You pakai,nusyuz,I talak 10!!”Marah suaminya.

Bagaimana pula memakai pakaian yang warnanya sama dengan warna kulit? Hukumnya sama,apabila sesuatu pakaian itu menampakkan susuk tubuh dan kulit warna seorang wanita,maka pakaian itu dikira tidak menutup aurat. Bagaimana pula dengan stokin tangan(stongan) dan kaki yang berwarna seperti warna kulit?

“Ala,kulit aku warna coklat gelap,stongan ni warne coklat muda,”jawab Salmah.

Kalau macam tu nak buat macamana?Ana pun tak tahu apa hukumnya,puas mencari tapi tidak jumpa,insya Allah ana akan tanya kepada ustaz atau ustazah. Tapi ada satu kaedah yang senang dan selamat,anti beli hitam,elak syubhah,jadi warak.Bukankah warak itu dituntut dalam Islam?

“Ko nak pakai juga Salmah?Lantak ko!Manusia ada jutaan alasan.”


Sabda Rasulullah, “aku telah melawati neraka dan aku dapati ramai daripada ahlinya daripada wanita.”Allah tidak membebankan wanita dengan perkara-perkara yang berat,cukup dengan menjaga rukun Islam,jaga aurat dan taati suami,maka tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga, masuklah dari mana-mana pintu yang disukai.Allah tidak suruh wanita pergi berjihad,wanita cari nafkah,wanita jadi pemimpin,itu semua tugas lelaki.Jika lelaki tunaikan itu semua pun,belum tentu dia dapat masuk syurga dari satu pintu.Belum tentu.

Aurat Itu Tinggi Nilainya

Betapa Islam mementingkan nilai aurat sehingga gambar perempuan yang tidak bertudung atau tidak menutup aurat itu pun dikira sebagai aurat dan berdosa bahkan rambut yang terputus itu pun dikira aurat,wajib dijaga daripada pandangan lelaki.Semuanya bertujuan bagi menjaga maruah wanita itu sendiri.Logiknya,jika Rafiq nampak rambut Salina yang terputus di karpet surau,Rafiq dapat mengagak rambut Salina macamana.Pasti Salina akan berasa malu.

Sabda Rasulullah, “aku telah melawati neraka dan aku dapati ramai daripada ahlinya daripada wanita.”Allah tidak membebankan wanita dengan perkara-perkara yang berat,cukup dengan menjaga rukun Islam,jaga aurat dan taati suami,maka tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga, masuklah dari mana-mana pintu yang disukai.Allah tidak suruh wanita pergi berjihad,wanita cari nafkah,wanita jadi pemimpin,itu semua tugas lelaki.Jika lelaki tunaikan itu semua pun,belum tentu dia dapat masuk syurga dari satu pintu.Belum tentu.

Mulianya darjat kaum Ansar berbanding kaum Quraisy kerana auratnya. Imam Bukhari dalam satu riwayat memetik kat-kata Safiyah, katanya, “ketika kami berada di sisi Aishah,kami telah memuji kelebihan wanita Quraisy.Lalu Aishah berkata bahawa sesungguhnya wanita Quraisy itu ada kelebihannya juga.Tetapi,demi Allah,aku tidak melihat kelebihan tersendiri yang ada pada wanita Ansar.Mereka amat beriman kepada kitab Allah dengan apa yang diturunkan oleh Allah kepada mereka.Sesungguhnya telah turun ayat 31 Surah An-Nur yang memerintahkan para wanita mukminah melabuhkan kain tudung mereka sehingga tidak nampak lagi perhiasan.Demikian juga dengan lelaki mereka ,apabila pulang ke rumah mereka terus membaca ayat tersebut kepada isteri-isteri mereka,anak-anak perempuan mereka,saudara-saudara perempuan mereka dan kepada kaum kerabat mereka yang wanita.Setelah mendengar ayat itu,tidak ada seorang pun daripada mereka duduk,semuanya bangun mengambil kain,lalu menutup kepala dan muka mereka demi mematuhi dengan segera perintah ayat tersebut.Kelihatanlah mereka berjalan di belakang Rasulullah dalam keadaan menutup seluruh tubuh badan dengan pakaian hitam,bagai gagak-gagak hitam.”

Jika anda berjalan di satu jalan,di jalan itu terdapat banyak tahi lembu. Apakah tindakan yang anda akan lakukan?Angkat kain anda supaya tidak terkena tahi dan berjalan melepasinya?Atau terus sahaja berjalan tanpa menghiraukan tahi-tahi tersebut?

Ummu Salamah,isteri baginda yang terkenal dengan akalnya yang hebat pernah bertanya, “aku termasuk wanita yang memakai pakaian labuh sehingga apabila berjalan di tempat kotor,terkena kekotoran di pakaianku.”Rasulullah menjawab, “cucuilah selepas itu.” (Riwayat Abu Daud dengan sanad Soheh)

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa Rasulullah lebih mementingkan penjagaan aurat daripada kekotoran kerana kekotoran lumpur mudah untuk dicuci tetapi terdedahnya aurat menyebabkan diri dan orang lain pun turut terpalit dengan dosa yang sukar untuk dibersih.

Wanita dan Fair n Lovely

“Aku memang sukelah tengok pompuan yang bile die pakai tudung,belakang tudung die naik ke atas.Lawa dow.”Bisik Cerah kepada Fitri.

“Owh,tu sebab care ikat rambut die kan?”Tanya Fitri.

“Eh,bukanke sebab rambut die panjang ke?”Soal Cerah balik.

“Tu satu sebab la,tapi boleh je yang rambut panjang tu jatuhkan.Ade kawan aku,freehair,bile die pakai tudung,jadi camtu la.Rambut takde la panjang sangat.”Terang Fitri.

“Ah,tak kisahla,yang penting aku suke.”Beritahu Cerah.

Semasa di sekolah menengah dulu,ada seorang ustazah yang sangat cantik,dia pakai tudung seperti di atas dan disebabkan dia,ana memang suke tengok perempuan yang pakai tudung yang ada seakan-akan bonggol di belakang.Semasa balik ke Kelantan tempoh hari,ana sempat ke pasar malam Wakaf Che Yeh.Mungkin takdir, ana beli satu buku tentang aurat dan dalam buku itu tertulis satu hadis nabi yang berbunyi:

Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya; akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian.Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta(bonggol).Kutuklah mereka,sesungguhnya mereka itu terkutuk (dikutuk oleh Allah)

Setelah membaca hadis ini,ana tersentak,terkesima buat seketika.Ya Allah, ampunkanlah hamba Mu yang dhaif ini.Ternyata ana telah menyukai sesuatu yang terkutuk.Dalam riwayat Bukhari,hadis ini terdapat tambahan yang berbunyi:

Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium sedikit pun bau syurga.Sesungguhnya bau syurga itu dapat tercium dari jarak yang amat jauh sekali.

Namun begitu,bagaimana pula dengan wanita yang mempunyai rambut yang panjang?Secara jujurnya,ana masih belum mempunyai jawapan yang tepat tentang ini.Puas mencari dan bertanya,tapi tiada jawapan yang boleh digunakan sebagai pegangan.Jadi,ana berharap ada pembaca yang sudi berkongsi tentang perihal sanggul ini.Hadis di atas dikeluarkan dengan tujuan untuk berkongsi,bukan untuk menetapkan apa-apa hukum.Insya Allah,jika ana ada jawapannya,ana akan hebahkan kepada semua.

Wanita diharamkan berhias untuk menunjuk-nunjuk.Sabda Rasulullah, “siapa yang memakai pakaian yang menjolok mata,maka di akhirat nanti Allah akan memakaikannya pakaian kehinaan dan kemudian dinyalakan api neraka pada pakaiannya.”

“Habis tu?Takley la pakai bedak?Takley la pakai celak?Takley la pakai T3?Fair n lovely?”

Semua amalan itu bergantung pada niatnya,jika niat untuk menunjuk-nunjuk maka haram hukumnya namun jika untuk menjaga kecantikan diri dengan syarat tidak berlebih-lebih,syarak membenarkannya.Kalau kulit hitam, dimake-upnya sehingga menjadi putih,ini haram.Ingat,jangan berlebih-lebih sehingga menarik minat lelaki untuk melihatnya.

Perhiasan pula bagaimana?Boleh,wanita dibolehkan memakai perhiasan berdasarkan firman Allah dalam surah An-Nur tetapi hanya yang zahir sahaja.Dalam membahaskan ‘perhiasan yang zahir’,banyak pendapat yang keluar.Yang paling senang dan dipraktikkan di Malaysia,cincin dan gelang. Kalau anda memakai rantai atau anting-anting,ia hanya boleh dipamerkan kepada 17 jenis golongan sahaja iaitu suami,bapa kandung,bapa meretua,anak lelaki,anak lelaki tiri,saudara lelaki,anak lelaki saudara lelaki,anak lelaki saudara perempuan,wanita islam,hamba lelaki,pelayan lelaki yang tidak bersyahwat,kanak-kanak lelaki(<-diterangkan data-blogger-escaped-dalam="" data-blogger-escaped-diterangkan="" data-blogger-escaped-hadis-="" data-blogger-escaped-quran="">),anak lelaki susuan,bapa susuan,saudara susuan,bapa saudara susuan dan menantu lelaki.

Syarat seterusnya,jangan menyerupai pakaian lelaki.Dari Abdullah bin ‘Amar katanya, bahawa dia mendengar Rasulullah berkata, “tidak termasuk golongan kami wanita yang menyerupai lelaki dan lelaki yang menyerupai wanita.”

Jangan pula meniru pakaian ahli agama lain.Disebabkan pakaian Sister Kristian nampak lawa,lalu dipakainya.Haram.Rasulullah bersabda, “siapa yang menyerupai suatu kaum,maka ia dianggap tergolong ke dalam golongan tersebut.”Dalam bab ini,Rasulullah sangat tegas.Rasulullah pernah melihat 2 helai pakaian yang bergambar burung.Lalu baginda bersabda yang maksudnya, “Sesungguhnya ini adalah pakaian orang-orang kafir.Oleh itu janganlah kamu memakainya.”Kebiasaan ini,orang ramai suka memakai pakaian yang tertera kalimah-kalimah agama lain dan simbol-simbol agama lain,jangan pakai,haram hukumnya.Rasulullah menggunakan perkataan ‘jangan’ dalam hadis di atas menunjukkan pemakaiannya adalah haram.

Dan jangan pula memakai pakaian itu untuk bermegah-megah.Satu golongan yang tidak akan dipandang oleh Allah di akhirat esok adalah golongan yang memakai pakaian yang kainnya bawah buku lali.Hadis ini merupakan satu kiasan,di zaman Rasulullah,ramai orang yang suka bermegah-megah dengan memakai pakaian sehingga tersentuh tanah dek kerana sukarnya mendapat kain di zaman itu.Sesiapa yang melabukan pakaian bermakna dia orang yang kaya.Jadi,hadis ini sebenarnya ingin menyatakan Allah tidak memandang golongan yang bermegah-megahan.Jadi,janganlah pakai pakaian untuk bermegah-megah.

Akhir Qalam

Allah itu cantik dan sukakan kecantikan maka jagalah kecantikan diri anda wahai kaum Hawa.Islam adalah agama fitrah jadi islam sentiasa mementingkan fitrah manusia.Fitrah wanita adalah sentiasa ingin kelihatan cantik walaupun mukanya bak bulan purnama,jadi Islam membenarkan wanita untuk menjaga kecantikannya tapi bersyarat.

Apabila diikat-ikat dan disimpulkan perkara-perkara di atas,semuanya akan kembali kepada satu yakni niat.Jika baik niat anda,insya Allah,anda dapat pahala jika tidak anda dapat dosa.Jika anda menjaga kecantikan diri anda untuk bakal suami anda,insya Allah,syurga balasannya tapi ingat,jangan berlebih-lebih.Dan kepada wanita yang bersuami,anda wajib menjaga kecantikan anda.

Suami tidak akan cakap , ayang pakai lah tu,kuruskan sikit badan ,senam la sikit,pakai pewangilah dan macam-macam lagi kerana lelaki biasanya merupakan pemerhati yang setia dan kerjanya hanya memerhati.Bila subjek yang diperhatikan itu tidak menarik,maka mulalah dia mencari subjek yang lain untuk diperhatikan.Ha,masa ini barulah sibuk cari itu cari ini.Sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian,tiada guna beb~

Jika anda telah terlanjur memakai tundung tapi berbonggol unta,memakai baju tapi nampak susuk tubuh badan,memakai pakaian sang lelaki,anda masih selamat.Insaflah.Allah menerima taubat hamba Nya walau apa-apapun jenis kesalahan selagi tidak mensyirikkan Nya.

Akhir kata,sama-samalah kita menjaga aurat,tidak kisahlah lelaki atau perempuan,semua ada batasnya.Wallahua’lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ahlan