hadis

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالأَرَضِ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ
Ertinya:
“Dari Abi Umamah al-Bahiliy: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.”

carian

Sabtu, 23 November 2013

FITNAH TEKNOLOGI



Fitnah teknologi ~


Umat islam semakin bertambah saban hari . Anehnya , pertambahan kuantiti umat islam di dunia tidak menunjukkan kemajuan dan kegemilangan kepada peradaban dan ketamadunan Islam .Kegemilangan Islam zaman silam seolah-olah hanya dijadikan sebagai lagenda di buku-buku dan terlalu minimum pengaplikasiannya dalam kehidupan umat islam generasi Y, khasnya . Hal ini sangat bertepatan dengan sabdaan baginda nabi ,






“ Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengkerumuni sesuatu hidangan “ berkata seorang sahabat , “ Adakah kerana jumlah kita yang sedikit ?“ Nabi menjawab , “ tidak , malah kamu jumlah kamu ketika itu sangat ramai tetapi kamu menjadi seperti buih ketika banjir . Allah mencabut rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan ‘wahan’ dalam hatimu “. Para sahabat lalu bertanya , apakah itu ‘wahan’ ? , Baginda menjawab , “ cintakan dunia dan takutkan mati “ .


Adakah keanehan ini perlu dibiarkan misteri ? Tentu sekali tidak . Setiap permasalahan tentu ada jalan penyelesaiannya dan setiap jalan penyelesaian perlu dikaji dan diselesaikan puncanya .


Maka apakah punca-punca berlakunya kejatuhan moral umat yang semakin membimbangkan ini ? Seperti sabdaan baginda dalam hadis diatas , punca utama kejatuhan moral umat ialah terlalu cintakan dunia dan terlalu takutkan mati . Hari ini , jika kita perhatikan ,masyarakat kita kebanyakannya hanyut dengan kelalaian hiburan bersifat duniawi . Mereka telah lupa tujuan mereka diciptakan dan kewajipan mereka setelah dimuliakan Allah dengan nikmat Iman dan nikmat Islam .






Syeikh Yusuf Al-Qaradawi menegaskan dalam kitabnya yang mahsyur iaitu “wajibussyababulyaum” (kewajiban pemuda hari ini ), bahawa setiap pemuda Islam perlu berusaha untuk melaksanakan 4 kewajipan . Pertama ,kewajipan memahami islam secara sahih . Kedua , kewajiban beramal dengan Islam . Ketiga , kewajipan berdakwah kepada islam . Keempat , kewajipan bersatu atas islam (berjemaah) . Persoalannya , berapa ramaikah umat Islam khususnya para pemuda , melaksanakan tuntutan ini ?






Dunia kini menghadapi fasa-fasa terakhir dalam pengevolusiannya .Ironinya , Kecanggihan teknologi abad ini telah “ membutakan mata “ ramai umat islam daripada melihat usia sebenar dunia yang semakin nazak . Kelalaian ini telah memberikan kegembiraan kepada para musuh Islam .






Sebagai contoh , teknologi seperti facebook , twitter , wechat , viber dan pelbagai aplikasi canggih yang lain telah memerangkap ramai para pemuda Islam yang mana sedikit sebanyak menambah serta meningkatkan jurang hubungan mereka dengan Pencipta sekali gus melenyapkan rasa takut kepadaNya . Kenapa ini terjadi ?






Bedasarkan pemerhatian ana , teknologi canggih ini membahagikan pemuda Islam kepada 4 jenis golongan . Pertama , golongan yang buta hati , buta agama . Golongan ini seolah-olah menjadikan kecanggihan teknologi dan hiburan sebagai “tuhan” .Mereka tidak mampu hidup tanpa hiburan . Mereka mengadu segala-galanya kepada teknologi e.g (facebook) seolah-olah ia dapat membantu mereka menyelesaikan masalah .Mereka tanpa rasa malu post dan share gambar-gambar “mengawan” bersama kekasih masing-masing . Mereka sedar dan tahu adanya syurga dan neraka tetapi tidak pernah terlintas di jiwa mereka untuk melakukan tuntutan agama . Mereka menganggap teknologi dapat memberikan kepuasan dan kebahagiaan kepada mereka . Mereka dengan bangganya mendedahkan aurat dan bahagia apabila dipuji . Golongan yang memuji juga termasuk dalam golongan ini kerana mereka menggalakan lagi rakan-rakan mereka untuk post/share perkara-perkara maksiat . Malangnya , ramai pemuda Islam berbangsa melayu berada dalam golongan ini .






Kedua , golongan yang buta hati , celik agama . Golongan ini terbahagi kepada dua. Yang pertama, ada asas agama dalam jiwanya tetapi tidak mahu menggunakan teknologi untuk mengajak kepada kebenaran dan melarang kepada kebatilan .Mereka Cuma menggunakan teknologi untuk kepentingan diri mereka sendiri . Mereka juga suka untuk berdiam diri dan hanya mampu melihat maksiat di hadapan skrin gajet mereka tanpa ada usaha untuk mencegahnya . kedua , ada asas agama dalam jiwanya tetapi mereka Cuma menumpukan hal-hal kecil dalam agama dan mengabaikan perkara yang lebih penting .Mereka juga terlampau syadid(tegas) dalam mengkritik orang lain. Golongan seperti ini juga tidak memberi harapan kepada orang yang jahil tentang agama untuk berubah dan insaf . Contohnya, mengutuk orang yang jahil tanpa mendoakan perubahan mereka , Cuma menggelengkan kepala apabila melihat rakan-rakan mereka membuat maksiat tanpa ada usaha untuk membantunya insaf .






Ketiga , golongan yang celik hati , buta agama .Golongan ini tahu kepentingan teknologi untuk menyeberluaskan agama tetapi mereka cuma share , post atau copy tanpa ada kesedaran untuk mengamalkan agama dalam kehidupan . Kadang-kadang , golongan ini juga menggunakan agama untuk mendapat populariti . Mereka berasa bangga apabila dipuji dan di’like’ status mereka. Mereka Cuma menjadi “keybord warrior” di dunia fantasi tetapi tidak mahu mengikuti kuliah-kuliah agama di dunia yang nyata. Mereka kurang rasa hormat kepada ulama .Golongan ini juga gemar “ tunjuk pandai “ dengan menyesatkan ulama hanya kerana pandangan ulama berbeza dengan pengetahuan yang baru mereka jumpa hasil talaqi dengan syiekh google. Golongan seperti ini juga tidak suka ditegur . Bagi mereka , mereka betul dan tidak ada salah . Apabila diajak untuk ke kuliah-kuliah agama , mereka memberi pelbagai alasan tetapi jika diajak untuk menonton perlawanan bola sepak atau pergi menonton wayang dan sebagainya , mereka setuju tanpa syarat .






Keempat golongan yang celik hati dan celik agama . Golongan ini sangat sedikit di dalam alam maya . Mereka mengamalkan ilmu dan mengajak orang lain menunutu ilmu dan mengamalkan ilmu . Mereka sedar kepentingan untuk berdakwah . Mereka memberi nasihat dengan penuh hikmah . Mereka tidak mudah melenting apabila ditegur . Golongan seperti ini juga mudah didekati dan mudah mendekati . Mereka memberi harapan kepada orang untuk berubah . Mereka ikhlas memberi nasihat . Majlis-majlis ilmu merupakan tempat mereka menghilangkan lelah dan tidak malu untuk sebarkan input-input dalam majlis ilmu tersebut . Dan kebanyakan daripada meraka berjemaah .






Golongan satu , dua dan tiga ini telah termakan dengan umpan yang diberikan oleh musuh Islam . Ringkasnya , inilah yang dinamakan “fitnah teknologi” . Apabila perkembangan intelektual tidak selari dengan perkembangan teknologi , maka teknologi itu menjadi parasit kepada iman . Parasit ini perlu diberikan penawar dengan kadar segera supaya tidak menjadi barah yang membahayakan diri mereka dan mampu menjangkiti orang lain . Dalam bahasa mudahnya , kesalahan penggunaan teknologi ini boleh menjadi fenomena , trend dan ikutan dalam kalangan masyarakat . Sebagai contoh , isu kapel seminggu ,isu pakcik bodoh (istri makyo), isu menari di plkn , isu macam comel je dan pelbagai isu yang menjadi satu fenomena menunjukkan tahap intelektual kebanyakan masyarakat kita berada di tahap yang membimbangkan . Lebih bahaya lagi , apabila kesalahan , dosa dan kesilapan sudah sebati dengan jiwa masyarakat , kebaikan , pahala dan kebajikan sudah hilang nilainya . Oleh itu , parasit-parasit ini perlu dibaiki dan diubati segera supaya dapat menjamin masa depan dan kegemilangan Islam . Jika kita hanya bercakap tentang Negara islam , tanpa ada usaha untuk mengubati penyakit jiwa masyarakat , sampai bila Negara Islam bayangan kita itu akan tercipta ? Sangat-sangat ditegaskan , Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk berhibur kerana inginkan hiburan itu satu fitrah . Tetapi Islam telah gariskan panduan untuk umatnya supaya mereka tidak tersesat dan tersasar daripada tujuan mereka diciptakan iaitu untuk menjadi hamba dan khalifah dibumi Allah .






Kesimpulannya , tidak ramai umat Islam yang menggunakan teknologi canggih di zaman era globalisasi ini untuk membangunkan Islam . Jadi , kita sering ketinggalan dan mudah dimanipulasi sewenang-wenangnya oleh golongan kafir tanpa kita sedari . Oleh itu , tidak ada alasan lagi untuk kita berdiam diri . Sebagai seorang manusia yang Allah muliakan dengan nikmat kelapangan dan nikmat kesihatan , sangat rugi sekiranya tidak ada usaha daripada kita untuk menjadi seorang mukmin yang musleh (mampu mengajak orang menjadi baik) . Jika kita takut tidak dihormati , atau takut dicaci serta dimaki , Ingatlah motivasi yang Allah hadiahkan khas untuk para pejuang agamanya , mafhumnya, “ Wahai orang-orang yang beriman , jika kamu menolong agama Allah , Allah akan menolong kamu dan mengukuhkan kedudukan kamu . “( Muhammad : 7 )






“ wahai orang-orang yang beriman , mahukah kamu Aku tunjukan satu perniagan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab siksa yang tak terperi sakitnya ? . iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulNya ,serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu , yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui . (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu dalam taman-taman yang mengalir dibawahnya beberapa sungai serta ditempatkan kamu dalam tempat tinggal yang baik (iaitu) syurga And , Itulah kemenangan yang besar . Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai , iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang cepat dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman “ As-saf : 10-13






-hambaMu yang fakir-

Rabu, 11 September 2013

Mencari Taman Syurga



Sabda Rasulullah s.a.w.:


Maksudnya : “Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu. (Hadis riwayat at-Tirmizi).




sangat pelik bila peminat Real Madrid C.F. tak kenal CR .
sangat pelik bila peminat FC Barcelona tak kenal MESSI

Lagi pelikla kalau depa jumpa CR , MESSI buat tak taw ja .




majlis ilmu sering dijauhi , 

bukankah itu taman syurga ?

oh peliknya engkau wahai diri , 

bukankah syurga sering kau pinta ?




untungnya kita generasi Y , 

zaman moden teknologi tinggi ,

tapi kenapa , why , why why ? 

bukan ilmu yang sering dicari . 




Golongan dulu hargai Ilmu , 

sanggup kembara beribu batu , 

tidakkah diri terasa malu , 

Ilmu dihadapan, buat tak tahu ?




p/s : buktikan kesungguhan kita nak masuk syurga dengan menikmati keindahan " taman syurga "

Selasa, 3 September 2013

warkah untuk anak muda

Assalamua’laikum . . .

Mohon saudara pinjamkan 60 saat masa saudara untuk mengingati Allah dengan membaca risalah pendek yang manfaat ini .

Pertama sekali , bersyukur kita kepada Allah kerana memberi keizinan untuk kita menyedut oksigenNya yang mana nikmat bernafas ini sudah tentu lagi pasti dikurniakan oleh yang Maha pemurah supaya kita membuat persediaan untuk menghadapi kehidupan selepas mati .

Ketahuilah saudaraku , umat ini sangat memerlukan tenaga muda anda untuk menggemilangkan Islam . Anda tahu , apa yang musuh Allah paling takut ? Mereka takut , anak muda ISLAM seperti anda mengamalkan ISLAM dalam hidup . Mengapa mereka takut ? sebab , jika anda amal ISLAM dalam kehidupan, Allah adalah pelindung dan menjaga kita sepanjang masa .


“Sesungguhnya Yahudi dan nasrani tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah ‘sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar’. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan nasrani ini setelah datang kepada kamu ‘ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.(Al Baqarah : 120 )


Oleh itu , wahai saudaraku , sudah tiba sampainya waktu , anak muda seperti kita bangkit menggemilangkan ISLAM . Bila nak mula ? kenapa perlu tunggu , tentu sekarang . Bermula dengan mencintai Rumah Allah , insya Allah , Allah akan mencintai kita . Ayuh kita pergi ke dalam masjid dan beramal didalamnya supaya hati kita mudah menerima kebenaran dan menolak kebatilan dan akhirnya , musuh-musuh Allah akan takut dengan kebangkitan kita .

TAK IKHLAS ?

Saudara rasa ikhlas tu boleh beli kat kedai ? ''abang nak ikhlas satu kati , bungkus elok-elok nanti bocor tak ikhlas pulak saya nak buat baik'' tidak saudara ,
Ikhlas tu kena cari , dia tak akan datang sendiri . Keikhlasan itu hanya akan datang bila kita paksa diri kita .

KESIMPULAN . . .

jika seronok anda di dunia di balas neraka Allah di akhirat , hentikanlah keseronokkan itu . sudah tentu lagi pasti anda akan sengsara dan tak berbaloi keseronokkan anda itu .
tetapi ingat !
jika letih anda di dunia di balas syurga Allah di akhirat , tabah dan sabarlah menghadapi keletihan itu . sudah tentu lagi pasti anda akan bahagia dan berbaloi keletihan anda itu .

p/s : apa la sangat letih di dunia kalau ganjarannya syurga , ruginya seronok di dunia kalau ganjarannya neraka

Khamis, 29 Ogos 2013

Menyingkap Permasalahan khilaf ulama isu rampasan kuasa 3 julai di Mesir


Pandangan para ulama  mengenai isu rampasan kuasa 3 Julai
1- Pandangan ulama yang menyokong pelan tentera
Syeikhul Azhar, Syeikh Dr.Ahmad Thayyib[1] telah mengeluarkan qarar(ketetapan) bahawa Al-Azhar sebagai institusi agama terbesar dan bersejarah di Mesir menyokong pelan peralihan kuasa kerajaan Mesir yang dilaksanakan oleh angkatan tentera Mesir pada 3 Julai 2013. Beliau menegaskan bahawa semua pihak perlu meletakkan kepentingan negara mengatasi semua perkara kerana perjalanan umat dan masa depan negara bukannya milik individu dan kehormatan jiwa manusia ialah perkara yang tidak boleh dilanggar. Beliau menjelaskan bahawa peristiwa keganasan, pembunuhan serta pertumpahan darah yang telah berlaku di negara ini adalah perkara yang ditolak dan tidak layak bagi sejarah tamadun rakyat Mesir.
Syeikh Ahmad Thayyib menambah lagi bahawa demonstrasi aman dibenarkan oleh syarak dan perlembagaan selagi mana bebas daripada segala bentuk keganasan, pertumpahan darah serta seruan terhadapnya dengan apa juga cara sekalipun. Beliau juga menyeru rakyat Mesir daripada pihak penyokong dan pembangkang supaya berjaga-jaga dengan bahaya terjerumus ke dalam kancah perang saudara yang telah menunjukkan tanda-tandanya. Beliau memberi amaran tentang kesan buruk yang tidak selayaknya bagi sejarah Mesir dan perpaduan rakyat. Beliau menyokong pelan mengadakan pilihan raya awal bagi menyelesaikan masalah politik terkini di Mesir. Beliau menyatakan bahawa pilihan raya yang bakal diadakan dijamin ketulusan perjalanannya oleh hakim-hakim, angkatan tentera dan polis Mesir.
2- Pandangan ulama yang menentang rampasan kuasa dan pelan tentera
a- Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi
Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi tidak menyokong rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera Mesir. Sebelum rampasan kuasa berlaku beliau telah menyeru rakyat Mesir supaya bersatu padu. Beliau berkata jika Presiden Mursi melakukan sesuatu perkara yang ternyata ianya adalah maksiat kepada rakyat dan negara maka jangan mentaatinya akan tetapi jika beliau masih lagi seorang presiden yang menjalankan hak rakyat dan negara serta membawa ke arah kebaikan maka wajib untuk rakyat Mesir mentaatinya.
Selepas peristiwa pembunuhan di Rabaah Al-Adawiyah pada 27 Julai 2013, beliau dengan lantangnya mengkritik kerajaan sementara di bawah pimpinan Presiden sementara Adly Mansour dan Naib Presiden Muhammad Al-Baradaie. Beliau dengan lantang mengutuk pembantaian di Rabaah Al-Adawiyah yang meragut nyawa kurang lebih 5000 pro-demokrasi termasuk wanita dan kanak-kanak. Beliau mengkritik Menteri Pertahanan Jeneral Abdul Fatah As-Sisi kerana membunuh rakyat Mesir serta menggantung Perlembagaan Mesir 2012 dan mahu menggantikannya.
Selain itu, beliau menyeru kepada Syeikh Al-Azhar, Haiah Kibar Ulama[2] dan Majmak Buhus Islamiah[3] untuk kembali ke jalan kebenaran dan bersama rakyat Mesir dalam isu ini. Beliau juga menyeru seluruh rakyat Mesir dari semua wilayah untuk datang ke medan Rabaah Al-Adawiyah tanpa rasa takut kerana Allah bersama mereka. Beliau menyatakan ganjaran orang syahid di jalan Allah sangat besar dan termaktub di dalam Al-Quran.
Beliau mengritik media Mesir seperti saluran radio, televisyen dan akhbar yang masih berdiam diri dan menutup mata terhadap kerosakan negara dan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Mesir. Beliau menyatakan apakah media tidak nampak bahawa rakyat Mesir yang menyokong penggulingan Presiden Mursi hanya di Medan Tahrir sedangkan penyokong Presiden Mursi atau Syar'iyyah berada di 35 medan himpunan seluruh wilayah Mesir.
Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Afrika (AU) dan seluruh dunia untuk bertindak terhadap isu Mesir. Beliau juga menyeru umat Islam di Indonesia, Malaysia, Algeria dan negara Islam yang lain untuk menyokong kebenaran. Beliau menyeru umat Arab dan kerajaan-kerajaan Arab seperti Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE)[4], Bahrain dan Kuwait kembali kepada jalan kebenaran dalam isu ini. Akhirnya, beliau menegaskan bahawa Allah pasti akan memenangkan Presiden Mursi dan memenangkan kebenaran mengatasi kebatilan.
b- Dr.Muhammad Imarah
Dr.Muhammad Imarah[5] salah seorang ahli Haiah Kibar Ulama memberikan pandangannya dalam isu ini. Beliau menyatakan bahawa angkatan tentera Mesir adalah punca kepada krisis yang berlaku di Mesir pada masa kini yang merupakan krisis terbesar di Mesir pada era moden. Angkatan tentera sepatutnya tidak melibatkan diri dalam politik negara dan kerajaan. Beliau membandingkan Mesir dengan negara lain seperti China, India dan Korea[6]. Negara-negara ini menurutnya telah berjaya membangunkan masyarakat mereka dari segi keilmuan dan kemajuan pembangunan akan tetapi Mesir semakin mundur dan terkebelakang apabila negara ini telah menjadi “negara polis” yang merosakkan keinginan rakyatnya sendiri.
Beliau menyatakan bahawa rakyat telah memberikan pentauliahan kuasa kepada Presiden Mursi secara sah. Perlembagaan Mesir yang baru dikeluarkan tahun lalu juga telah disokong oleh 63% suara rakyat melalui referendum (proses pungutan suara) di mana Perlembagaan Mesir telah menjadi perlembagaan yang mendapat suara majoriti rakyat tertinggi di dunia dan lebih tinggi dari Perlembagaan Itali yang mendapat sokongan 61% rakyatnya. Beliau menggesa supaya hak syari'yyah[7] dan demokrasi dipulihkan semula. Beliau menyatakan rasa terkejutnya apabila kelompok liberal boleh bersama tentera dan pihak gereja Mesir di dalam isu ini. Beliau berdoa supaya Allah menyatukan rakyat Mesir di atas kalimah persamaan dan peyatuan.
c- Muktamar Ulama di Istanbul, Turki[8]
Pada 10 Julai 2013 bersamaan 1 Ramadan 1434 yang lalu, para ulama sedunia telah berhimpun dalam sebuah muktamar di Istanbul, Turki. Saluran Al-Jazeera telah menyiarkan muktamar ini. Para ulama telah mengeluarkan ijtihad berkenaan perkara berkaitan isu rampasan kuasa oleh tentera Mesir pada 3 Julai yang lalu. Perkara yang dibincangkan ialah :
1) Pembekuan Perlembagaan Mesir untuk sementara waktu.
2) Penggulingan Presiden Mursi.
3) Pelantikan Ketua Mahkamah Agung sebagai pemimpin untuk memimpin tempoh peralihan.
Para ulama mengutuk kejadian pembunuhan beramai-ramai penyokong syar'iyyah ketika waktu Subuh di masjid berdekatan bangunan Pengawal Republik (Hars Al-Jumhuri). Maka ulama telah menyepakati beberapa perkara iaitu :
1) Kepimpinan Presiden Mursi adalah kepimpinan yang masih lagi sah dan wajib bagi seluruh rakyat Mesir untuk mendengar dan mentaati serta menolongnya. Perkara ini sesuai dengan batasan yang telah oleh syarak dalam bab kepimpinan.
2) Mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah sudah menetapkan bahawa haram hukumnya untuk memberontak terhadap pemimpin Islam dengan merebut kuasa dan menjatuhkannya dengan cara rampasan kuasa atau kudeta kecuali jika jelas kekufuran yang nyata padanya.
3) Setiap penganut agama di Mesir khususnya Islam wajib mengembalikan Presiden Mursi ke posisi kepimpinan negara dan menolak kezaliman yang berlaku.
       Di dalam hadis Qudsi menyatakan “Wahai hamba-hambaku, aku telah mengharamkan kezaliman ke atas diriku dan aku telah jadikan kezaliman haram bagi kamu semua. Maka janganlah kamu semua berlaku zalim.”
Imam Al-Mawardi rahimahullah juga menyatakan : “Ketika seorang pemimpin sudah ditetapkan sebagai pemimpin maka wajib bagi seluruh umat untuk menyelamatkannya kerana mereka memiliki kewajipan untuk membantunya.”
Di atas perkara tersebut maka perkara yang dilakukan oleh pihak tentera bersama dengan parti-parti sekular, Islam[9] dan tokoh-tokoh agama, sebahagian kelompok Kristian serta kelompok lain merupakan perkara kerosakan. Kerosakan dibimbangi akan terus merebak ke seluruh negara sehingga tahap berlakunya perang saudara.
Oleh itu, para perwakilan dari persatuan ulama Islam sedunia telah mengeluarkan dua ketetapan iaitu :
Pertama: Kewajipan syarie bagi pihak tentera untuk mengembalikan kuasa kepada pihak yang berhak ke atasnya dan menutup pintu kerosakan terhadap rakyat Mesir. Pemberontakan terhadap Presiden Mesir akan menyebabkan kehancuran kecuali Allah mahukan perkara lain terjadi. Maka kembali kepada kebenaran itu lebih baik daripada berada dalam keburukan.
Kedua: Wajib secara syarie bagi seluruh ulama Mesir terutamanya ulama Al-Azhar untuk melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan iaitu menyampaikan hal kebenaran terhadap manusia. Haram menjatuhkan pemimpin Islam yang dipilih secara sah dan wajib mengembalikan semula syariat. Kewajipan bagi semua pihak untuk mendengar dan mentaatinya. Allah berfirman :
“Wahai orang-orang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan ulil amri (ulama dan pemerintah) di antara kamu….”
Hendaklah mereka menyatukan kalimah, menyatukan barisan serta menjaga darah rakyat Mesir. Pada akhirnya, ulama sedunia telah memberikan nasihat kepada sebahagian bangsa Arab yang menyokong rampasan kuasa terhadap Presiden pilihan rakyat. Islam yang dianuti sepatutnya menjadikan mereka membantu kepemimpinan Islam dan kesempatan untuk memperbaiki perkara tersebut masih terbuka bagi membantu golongan yang menentang kezaliman dan mengembalikan Presiden ke posisinya. Para ulama juga mendoakan supaya Allah menjaga Mesir dari sebarang fitnah yang berlaku dan menjaga darah rakyat Mesir.
Antara persatuan ulama yang hadir di muktamar ini ialah:
1- Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia
2- Ikatan Ulama Muslimin
3- Ikatan Ulama Syariah Negara Teluk
4- Majlis Dakwah Dan Kebajikan Sedunia
5- Kesatuan Ulama Afrika
6- Ikatan Muslimin Eropah
7- Majlis Tertinggi Dakwah Islam Indonesia
8- Kesatuan Pendakwah Antarabangsa
9- Majlis Syura Ulama Mesir
10- Ikatan Ulama Ahlus Sunnah
11- Pertubuhan Pendokong Kebenaran Dan Kesejahteraan
12- Pertubuhan Ulama Yaman
13- Ikatan Ulama Syam
14- Ikatan Syariah Ulama Dan Pendakwah Sudan
15- Pertubuhan Ulama Sudan
16- Ikatan Pendakwah Kuwait
Selain itu, para ulama dan perwakilan gerakan Islam seluruh dunia telah berhimpun di Istanbul, Turki pada 14 Julai 2013 bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Presiden Mursi.[10]
3- Pandangan lain
Darul Ifta` Al-Misriah[11] telah mengeluarkan kenyataan bertarikh 3 Julai 2013 lalu dengan memberikan kepercayaan kepada angkatan tentera Mesir dan menyeru semua pihak untuk memikul tanggungjawab negara pada ketika ini. Darul Ifta` juga menegaskan bahawa seluruh rakyat wajib untuk menjaga perpaduan pada masa kini. Semua orang perlu memastikan nyawa seluruh rakyat dapat dijaga. Semua pihak juga mesti menjayakan kehidupan bermasyarakat yang sebenar, keadilan sosial, kebebasan tanggungjawab, demokrasi terpimpin dan kesejahteraan negara.
Darul Ifta` menghargai usaha angkatan tentera untuk mempertahankan Mesir. Tentera telah menyeru rakyat Mesir untuk bergerak menuju keamanan dan menjaga darah rakyat. Darul Ifta` memberikan kepercayaan kepada tentera bagi merealisasikan “pelan peralihan kuasa” yang baru demi menjaga keamanan negara dan nyawa rakyat. Selain itu, Darul Ifta` juga menyeru semua pihak untuk mengelakkan kepentingan peribadi dan politik kepartian yang sempit. Semua perkara ini adalah untuk mencapai kepentingan tertinggi dan terutama untuk negara.
Darul Ifta` Mesir  telah mengeluarkan kenyataan lain berbentuk peringatan dan nasihat kepada  rakyat Mesir yang sedang mengalami pertembungan pemikiran dan kepartian. Perkara yang mesti diambil perhatian oleh semua pihak ialah:
1) Darul Ifta` Mesir menegaskan bahawa demonstrasi secara aman dibenarkan bahkan ianya menunjukkan kematangan dan sifat keterbukaan rakyat. Demonstrasi ini dibenarkan dengan syarat ianya diadakan secara aman  dan tidak merosakkan harta awam dan persendirian.
2) Darul Ifta` menyeru semua pihak supaya mengutamakan kepentingan negara mengatasi kepentingan kepartian yang sempit.
3) Menolak sebarang bentuk pertumpahan darah dan menekankan kehormatan jiwa manusia.
4) Walaupun Darul Ifta` mengakui kebenaran untuk berdemonstrasi tetapi seluruh rakyat perlu memahami bahawa negara ini tidak maju melainkan dengan kerjasama dan usaha gigih semua pihak.
5) Darul Ifta` menyokong pendirian Al-Azhar yang menentang keganasan dan mencari titik perpaduan parti-parti politik. Al-Azhar akan terus menjadi benteng dan rujukan bagi seluruh rakyat pada waktu krisis berlaku.
6) Media massa perlu bersifat amanah dalam menyampaikan  sesuatu berita pada masa ini. Media massa perlu  menyelediki perkara yang ingin disampaikan dengan mendalam. Sesungguhnya setiap perkataan yang dikeluarkan akan dihisab oleh Allah.
Revolusi 2011[12]
Pada Revolusi 2011 yang lalu, Syeikh Ahmad Thayyib mengeluarkan kenyataan bahawa haram bagi rakyat Mesir menyertai demonstrasi bagi menggulingkan pemerintahan Presiden Husni Mubarak. Beliau menyifatkan demonstran yang mengadakan revolusi sebagai menentang negara, kerajaan dan rakyat. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi pula menyokong revolusi rakyat Mesir pada 2011.
Penjelasan khilaf ulama dalam isu ini
Khilaf di kalangan ulama sememangnya perkara yang telah berlaku sejak zaman yang lampau. Ulama banyak berbeza pandangan terutamanya dalam permasalahan perkara cabang atau furu`. Oleh sebab itu, muncullah pelbagai mazhab di dalam mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Akan tetapi, kita perlu memahami bahawa para ulama berkhilaf di dalam perkara yang tidak mempunyai nas atau dalil yang jelas di dalam Al-Quran dan sunnah. Perkara yang utama dan sudah jelas hukumnya seperti hukum pengharaman arak, judi, pensyariatan solat, kewajipan membayar zakat, perlaksanaan hukum hudud serta qisas dan sebagainya merupakan perkara yang telah dinyatakan oleh Allah mengenai kewajipan melaksanakannya dan tiada khilaf dibenarkan dalam perkara tersebut.
Adapun perkara ijtihad berkaitan perkara dunia yang tiada nas atau dalil maka dibolehkan berijtihad dengannya. Perkara ini termaktub di dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W berkaitan proses perkahwinanan atau kacukan antara pokok[13].
“Daripada Talhah R.A meriwayatkan: Aku telah berjalan bersama Rasulullah S.A.W lalu bertemu dengan orang yang berada di atas pokok tamar. Maka aku berkata : Apakah yang kamu sedang lakukan?Lalu mereka menjawab: Kami sedang mengahwinkannya dengan meletakkan putik pada benang sari supaya segera berbuah. Maka Rasulullah S.A.W berkata: Aku menyangka perkara tersebut tidak diperlukan. Lalu aku berkata: Kemudian mereka diberitahu tentang sabda Rasulullah S.A.W lalu mereka meninggalkan perkara tersebut. Selang beberapa hari kemudian Rasulullah S.A.W diberitahu bahawa pokok tamar tersebut tidak berbuah. Maka Rasulullah S.A.W berkata: Jika perkara tersebut (perkahwinan pokok) memberi manfaaat kepada kamu maka lakukannya. Sesungguhnya aku hanya mengeluarkan pendapat peribadi dengan sangkaan (dzhan) maka jangan mengambil sesuatu yang bersifat sangkaan daripadaku. Akan tetapi apabila diberitahu kepada kamu daripada Allah tentang sesuatu perkara maka ambillah perkara tersebut. Maka sesungguhnya aku tidak sekali-kali melakukan pendustaan terhadap Allah Azza wa Jalla[14].”
Hadis ini menunjukkan kepada kita beberapa perkara iaitu :
1- Rasulullah S.A.W menjelaskan bahawa tiada pilihan bagi manusia untuk memilih sama ada untuk menerima atau menolak sesuatu hokum atau perkara yang telah termatub dalam wahyu. Manusia wajib melakukan perkara yang disuruh Allah.
2- Ijtihad Rasulullah S.A.W berlaku pada perkara yang bersifat duniawi sahaja. Ijtihad hanya berlaku jika perkara tersebut bersifat sangkaan (dzhan) sahaja.
3- Sesungguhnya para sahabat Radiyallahu Anhum sememangnya mengetahui secara mendalam  perkara berkenaan “perkahwinan pokok tamar”. Walaupun begitu, mereka tetap tidak menyangkal Rasulullah S.A.W pada mulanya bahkan mereka mengikuti pandangan baginda. Perkara ini menunjukkan betapa beradabnya mereka dengan baginda serta ketinggian makam kenabian Rasulullah S.A.W.
Rasulullah S.A.W juga membenarkan para sahabat untuk berijtihad pada sesetengah perkara dan mewasiatkan beberapa jalan yang perlu diikuti dalam perkara ijtihad tersebut[15].
“Rasulullah S.A.W ingin mengutus Muaz bin Jabal ke Yaman lalu baginda bertanya: Bagaimanakah cara kamu menghukum jika dibentangkan kepadamu sesuatu perkara? Beliau menjawab: Aku akan menghukum perkara tersebut dengan kitab Allah. Baginda berkata: Maka jika tidak ada penyelesaiannya pada kitab Allah? Beliau menjawab: Dengan sunnah Rasullah S.A.W. Rasulullah bersabda: Maka jika perkara tersebut tidak ada pada sunnah Rasulullah S.A.W dan kitab Allah? Beliau menjawab: Aku akan berijtihad dengan pandanganku dan tidak akan menguranginya. Maka Rasulullah S.A.W telah menepuk dadanya lalu bersabda: Segala puji bagi Allah yang telah memberikan petunjuk kepada utusan Rasulullah untuk melakukan apa yang membuatkan Rasulullah reda[16].”
Hadis ini menerangkan kepada kita beberapa perkara iaitu:
1- Menerangkan manhaj ijtihad yang diredhai Rasulullah S.A.W.
2- Hadis ini sebagai dalil untuk membuang sifat jumud dan keperluan untuk berijtihad ketika ketiadaan hukum dalam Al-Quran dan Sunnah.
3- Hadis ini menerangkan tentang perihal timbulnya permasalahan berbeza-beza dan tidak serupa. Syarak telah mewakilkan kepada mujtahid untuk berijtihad dengan pandangannya.
4- Rasulullah S.A.W tidak memberikan peringatan kepada Muaz tentang kesalahan pada ijtihad atau kesempitan pada batas-batas ijtihad. Boleh berijtihad selagimana tidak melampaui batasan Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W.
Perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai isu rampasan kuasa 3 Julai di Mesir merupakan salah satu perkara yang telah terjadi. Perbezaan pendapat atau ijtihad dapat dilihat berlaku dalam kalangan ulama Mesir terutamanya. Bagaimana kita mengatasi dan meneliti kepelbagaian pandangan para ulama?
Inilah masalah utama yang berlaku pada sepanjang zaman. Kadangkala ulama saling berlapang dada dengan perbezaan pendapat akan tetapi masyarakat yang berada di luar kelompok ulama seperti orang awam, pelajar, media massa dan sebagainya sering berbalah dan kadangkala menghina pandangan ulama yang berbeza dengan pandangan yang dipegangnya.
Perkara pertama yang perlu kita ketahui ialah kedudukan ulama di sisi Islam . Al-Quran telah merakamkan ketinggian martabat ulama[17] :
“Allah menyatakan bahawasanya tiada tuhan melainkan-Nya yang menegakkan keadilan.Para malaikat dan orang-orang berilmu (juga menyatakan perkara demikian). Tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
Surah Ali Imran: 18
“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara para hamba-Nya hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”
Surah Fatir: 28
Kedua-dua ayat ini menjelaskan kedudukan ulama yang tinggi di sisi Allah. Selain itu, Allah juga menyeru kita supaya memuliakan ulama.
“Wahai orang-orang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan ulil amri di antara kamu….”
Surah An-Nisa`: 59
Perkataan “ulil amri” di dalam ayat ini bermaksud ahli-ahli fiqh dan agama ataupun ulama. Ini adalah pandangan Abdullah bin Abbas dan juga para tabiin seperti Mujahid , Atha`, Hasan Al-Basri dan Abu Al-Aliah. Selain itu, golongan salafussoleh juga berpandangan memuliakan ulama merupakan sebahagian daripada sunnah.
Imam Ibnu Taimiyyah juga memberi pandangan bahawa wajib bagi umat Islam untuk mengikuti orang mukmin selepas mengikuti Allah dan Rasulullah S.A.W terutamanya golongan ulama kerana mereka merupakan pewaris para anbiya`. Allah telah menjadikan kedudukan para ulama seperti bintang-bintang di langit yang memberi petunjuk ketika kegelapan malam di lautan dan daratan[18].
Ijtihad yang benar dan salah
Jika ulama telah meneliti dan mengkaji dengan bersungguh-sungguh sambil menggunakan kaedah yang sahih di dalam berijtihad maka baginya tetap ada pahala sama ada ijtihadnya benar atau salah.
“Daripada Amru bin Al-Ash sesungguhnya beliau telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Jika seseorang pemerintah ingin mengeluarkan hukum maka dia berijtihad kemudian jika ijtihadnya benar maka baginya dua pahala. Jika dia mengeluarkan hukum dan berijtihad kemudian ternyata ijtihadnya salah maka baginya satu pahala[19].”
Hadis ini telah menunjukkan kepada kita bahawa berijtihad ialah satu ibadah sama ada hasilnya benar atau salah dengan syarat telah menggunakan kaedah yang betul.
Akan tetapi, amaran daripada Rasulullah S.A.W jika berijtihad dengan sambil lewa.
“Daripada Ubaidillah bin Abi Jaafar berkata : Rasulullah S.A.W telah bersabda : Siapa yang paling tergesa-gesa dalam mengeluarkan fatwa merekalah yang paling cepat menuju ke neraka[20].”
Pendirian Islam mengenai penghinaan terhadap ulama
                Islam telah mengharamkan untuk menghina ulama dengan sesuka hati. Imam Syafie Rahimahullah menyatakan bahawa jika bukan ulama yang menjadi wali-wali Allah maka tiadalah wali yang lain di sisi Allah. Saidina Abdullah bin Abbas juga berpandangan bahawa barangsiapa yang menyakiti seorang faqih maka dia telah menyakiti Rasulullah S.A.W dan barangsiapa yang menyakiti Rasulullah S.A.W maka dia telah menyakiti Allah[21].
Menghina ulama akan menatijahkan kemurkaan Allah Taala dan akan menyebabkan hilangnya sifat kepercayaan masyarakat terhadap Islam kerana golongan ulama merupakan golongan yang memberi petunjuk kepada masyarakat tentang Islam. Oleh itu, kita perlu berhati-hati supaya tidak terjerumus dalam perkara ini.
Menilai kebenaran di sebalik perbezaan pandangan dan ijtihad
Perkara paling utama yang ingin dicapai ialah kebenaran di sebalik ijtihad yang telah dikeluarkan oleh para ulama yang saling berbeza pandangan berkenaan sesuatu perkara. Ijmak ulama merupakan sumber paling utama dalam menilai pandangan yang paling benar pada masa kini. Pada masa kini, kita boleh melihat para ulama berijtihad dalam menentukan fatwa paling benar atau rajih mengikut keadaan semasa dan bertepatan dengan kehendak Al-Quran dan sunnah.
 Oleh itu, banyak muktamar yang telah diadakan untuk membincangkan isu-isu penting yang perlu diselesaikan. Contohnya, Majmak Fiqh Antarabangsa yang pernah bersidang di Malaysia pada 2007 untuk menyelesaikan masalah berkaitan penggunaan ubat bagi pesakit lelah atau inhaler sama ada ianya membatalkan puasa atau tidak.
Ulama berkhilaf pada masalah ini dan pada mulanya hampir kebanyakannya berijtihad untuk memutuskan ianya membatalkan puasa kerana mendapati gas inhaler tersebut mempunyai serbuk yang boleh sampai ke rongga perut. Akan tetapi, para ulama bersidang semula dan mendapatkan hasil kajian yang lebih terperinci daripada pakar perubatan. Akhirnya, ulama bersepakat bahawa penggunaan inhaler tidak membatalkan puasa kerana kajian mendapati serbuk gas tersebut hanya sampai ke paru-paru dan ulama juga membenarkannya kerana penggunaan ubat untuk tujuan menjaga nyawa adalah perkara yang diberi keutamaan.
Perkara yang berlaku di Syria juga menarik perhatian kita untuk dibahaskan. Fakta menunjukkan hampir 95% ulama Syria menyokong revolusi rakyat Syria menggulingkan pemerintahan Presiden Basyar Al-Assad. Akan tetapi ada juga sebilangan kecil ulama Syria yang tidak menyokong revolusi. Akan tetapi, perbezaan pendapat ulama mengenai Revolusi Syria tidak dibahas panjang. Rakyat Syria menilai pandangan yang menjurus kepada kebenaran dan perkara yang berlaku di Syria adalah pertembungan di antara yang hak dan batil. Menjatuhkan kerajaan Basyar Al-Assad lebih diutamakan oleh rakyat Syria berbanding perbahasan mengenai khilaf ulama Syria.
Hakikat yang ingin dicapai oleh kita ialah kebenaran dalam perbezaan pandangan terutamanya yang melibatkan pertembungan yang penting seperti hal ehwal kenegaraan. Oleh itu, Syeikh Muhammad Abduh[22] di dalam Tafsir Al-Manar pernah memberi pandangan berkenaan masalah ini[23]. Pertembungan sesama umat Islam bukanlah perkara baru dan telah berlaku sejak zaman beliau. Beliau menyatakan bahawa dalam kebanyakan pandangan ulama terdapatnya petunjuk dan cahaya. Jika umat Islam mengikut jalan tersebut pastinya dapat mengeluarkan diri daripada kesempitan khilaf dan perbalahan kepada medan penyatuan dan permuafakatan.
Adapun sebab terus berlaku khilaf dan pertembungan pemerintah ialah tersebarnya kejahilan dan ketaksuban golongan berkedudukan dalam kalangan ulama kepada mazhab atau aliran yang diikuti mereka. Dengan terang lagi nyata mereka menghidupkan, memuliakan serta mendokong para umara` (pemimpin) dan penguasa-penguasa untuk menundukkan seluruh umat. Mereka juga memutuskan jalan kebebasan pemikiran dan pemahaman umat. Oleh kerana mereka telah membantu pemerintahan kuku besi lalu mereka telah mengukuhkan  kedudukan golongan yang cintakan kerosakan dan kesesatan.
Justeru, ulama perlu mencapai penyatuan pandangan bagi memastikan pemerintah tidak berlaku zalim dan mengikuti jalan kebenaran. Pemerintah mesti mengikuti pandangan ulama kerana jika golongan yang khas (ulama) bersatu nescaya orang awam akan mengikutinya. Ini adalah satu-satunya wasilah bagi menghalang pemerintahan kuku besi.
Maka agama menyeru untuk menghindari perbalahan dan pertembungan serta berpegang dengan agenda kesatuan. Allah telah berfirman:
“Dan berpeganglah kamu semua dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai”.
Surah Ali Imran: 103
“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan…”
Surah Al-Anfal: 46
Nabi S.A.W telah bersabda: “Janganlah kamu kembali kafir sesudah (kewafatanku). Sebahagian kamu akan memenggal leher sebahagian yang lain”
Menurut Syeikh Muhammad Abduh lagi[24]: “Sesungguhnya kita telah berpecah dan bertembung kerana kita telah membelakangkan nas-nas ini. Kita juga telah memerangi satu sama lain dengan nama agama kerana kita berada dalam aliran dan mazhab yang berbeza. Setiap kumpulan taksub dengan fahaman mereka dan seluruh kelompok Muslimin melampaui batas bagi mempertahankan kelompoknya dengan mendakwa mereka adalah penolong agama sambil mengkhianatinya dengan memecah-belahkan kesatuan umat Islam. Golongan Sunni memerangi Syiah, Syiah memerangi Ibadiyah, khalaf memerangi pengikut salaf dan sebagainya.”
Seluruh umat Islam bergaduh sehingga jauh dari jalan kebenaran dan mengikut langkah-langkah syaitan seakan-akan mereka tidak membaca firman Allah Taala:
“…Dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu”
Surah Al-Baqarah : 168
Langkah-langkah syaitan ialah setiap perkara yang bercanggah dengan jalan kebenaran, kebaikan dan maslahah.
Jika berlaku perselisihan maka kita perlulah untuk mengembalikan diri kepada penghakiman Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah Taala :
Surah An-Nisa` : 59
Sesungguhnya kebenaran itu hanyalah satu. Maka, wajib bagi kita untuk mencarinya dengan keikhlasan, tanpa berat sebelah dan perdebatan sehinggalah kita berjaya mencapai kebenaran dan menutup pintu syaitan. Wajib bagi kita  mengkaji dan meneliti kebenaran dengan syarat ianya bukanlah bertujuan untuk memusuhi orang yang menentangnya. Oleh itu, sebaiknya kita cuba untuk mencari jalan ke arah penyatuan ijtihad sebaik mungkin.
Kesimpulan
1) Pertembungan ulama mengenai isu rampasan kuasa di Mesir bukanlah isu utama yang sepatutnya dibahaskan pada masa kini. Perkara yang perlu diberi keutamaan pada masa kini ialah pertembungan antara Islam dengan sekularisme di Mesir. Sepatutnya kita perlu memberi keutamaan pada pertembungan ini kerana ianya merupakan pertembungan antara kebenaran dan kebatilan.
2) Para ulama seperti Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi, Syeikh Hasan Syafie dan para ulama yang menghadiri muktamar ulama sedunia di Istanbul tidak melemparkan penghinaan terhadap ulama yang berijtihad menyokong tentera akan tetapi menyeru mereka kepada kebenaran. Setakat ini masih belum ada lagi pandangan ulama yang menghina ulama lain dalam isu ini.
3) Kebenaran yang hakiki merupakan perkara utama yang perlu dicari dalam setiap pandangan ulama. Menilai dan meneliti setiap pandangan dan hujah ulama adalah perkara yang perlu dilakukan oleh seorang Muslim dan bukannya menghina pandangan ulama walaupun tidak bersetuju dengan pandangan mereka.
4) Seorang muslim perlu menjaga dirinya daripada melemparkan penghinaan terhadap muslim yang lain tanpa mengira golongan. Golongan ulama bukanlah golongan yang boleh dihina dengan sewenang-wenangnya begitu juga dengan muslim yang lain.




[1] Syeikh Dr.Ahmad Thayyib dilahirkan di wilayah Qana, Mesir dan mempunyai salasilah keluarga sehingga ke Saidina Hasan bin Ali bin Abi Talib. Beliau telah mendapat ijazah dalam bidang Aqidah Dan Falsafah Islamiyah di Universiti Al-Azhar pada 1969, mendapat Sarjana (M.A) pada 1971 dan Phd pada 1977. Pernah menjadi pensyarah di Fakulti Pengajian Islam dan Arab di Qana, Dekan Fakulti Pengajian Islam di Aswan, Dekan Fakulti Usuluddin di Universiti Islam Antarabangsa, Pakistan. Beliau pernah menjadi mufti Republik Arab Mesir, Rektor Universiti Al-Azhar serta ahli Majmak Buhus Islamiah. Beliau telah dilantik sebagai Syeikhul Azhar pada 2010.
[2]   Haiah Kibar Ulama ialah himpunan ulama Mesir. Ketuanya ialah Syeikhul Azhar. Presiden Jamal Abdul Nasser telah memansuhkannya dan menggantikannya dengan menubuhkan Majmak Buhus Al-Islamiah. Haiah Kibar Ulama telah ditubuhkan semula selepas Revolusi 2011.
[3] Majmak Buhus Islamiah ialah badan tertinggi ulama dalam bidang penyelidikan Islam di bawah Al-Azhar. Ianya berfungsi untuk memperbaharui kajian ilmiah dan meluaskan pengkajian ilmu di semua bidang. Badan ini tidak dipengaruhi oleh ketaksuban politik dan mazhab. Badan ini juga berfungsi untuk menyelesaikan masalah dalam masyarakat seperti masalah berkaitan mazhab atau aqidah.
[4] Kerajaan Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu merupakan antara negara yang menyokong kuat gerakan menjatuhkan Presiden Mursi dan Ikhwan Muslimun.
[5] Dr.Muhammad Imarah merupakan salah seorang ahli Haiah Kibar Ulama. Beliau banyak menulis buku dan penulisannya banyak terdapat di dalam majalah bulanan Al-Azhar. Beliau banyak mengupas isu semasa umat Islam dari sudut ilmiah seperti isu politik dan sebagainya.
[6] Republik Rakyat China dan India telah menjadi negara membangun dari segi ekonomi setelah sebelumnya mengalami kemunduran. Korea Selatan pernah mengalami krisis politik sekitar era 1980-an setelah tentera merampas kuasa akan tetapi kini telah menjadi sebuah negara maju di dunia. Mereka juga berjaya bangkit setelah mengalami kemusnahan teruk dalam Perang Korea pada 1950-1953 yang mengorbankan tiga juta nyawa.
[7] Syar'iyyah ialah dokongan kepada Presiden Mursi sebagai presiden yang sah.
[8] Turki ialah sebuah negara yang bebas. Gerakan Islam serta ulama mudah bergerak di Turki dan Eropah berbanding di negara Islam yang lain. Turki telah menjadi kekuatan Islam yang terbaru setelah kemenangan Parti Keadilan Dan Pembangunan (AKP) pimpinan Recep Tayyip Erdogan pada 3 November 2002.
[9] Parti Nour sebuah parti berfahaman Salafi telah menyokong pelan “road map” atau pelan peralihan kuasa tentera Mesir setelah krisis 3 Julai 2013 berlaku. Dr.Muhammad Imarah dalam temubual dengan Al-Jazeera pada 8 Ogos 2013 menyifatkan Parti Nour tersalah langkah dan membuat kesalahan besar. Parti Nour ialah parti Islam kedua terbesar di Mesir selepas Parti Kebebasan Dan Keadilan (FJP). Parti ini merupakan sayap politik kepada pertubuhan Dakwah Salafiyah.
[10] Perwakilan gerakan Islam seluruh dunia berkumpul di Turki bagi menyokong kepimpinan Presiden Mursi. Wakil Malaysia ialah Tuan Guru Dato` Seri Haji Abdul Hadi Awang.
[11] Darul Ifta` Al-Misriah ialah Jabatan Fatwa Mesir.
[12] Revolusi 2011 juga dikenali Revolusi 25 Januari. Ulama juga berkhilaf di dalam masalah tersebut seperti isu rampasan kuasa 3 Julai 2013.
[13] Lihat : Ustaz Dr Ahmad Buud, Al-Ijtihad Baina Haqaiq At-Tarikh Wa Mutathollibat Al-Waqie`, Dar As-Salam, 2005, m.s 22
[14] Sahih Muslim, Kitab Al-fadail
[15] Ibid, m.s 23
[16] Sunan Abi Daud, Kitab Al-Aqdhiah
[17] Lihat : Dr.Talaat Muhammad Afifi, Al-Ulama Baina At-Tauqir Wa At-Tathowwul, Dar As- Salam, 2002, m.s 13
[18] Ibid, m.s 27
[19] Op. cit, Ustaz Dr.Ahmad Buud, m.s 24
[20] Ibid, m.s 25
[21] Op. cit, Dr.Talaat Muhammad Afifi, m.s 47-48
[22] Syeikh Muhammad Abduh dilahirkan pada 1849 di Buhairah, Mesir. Beliau belajar di Madrasah Ahmadi dan kemudiannya Universiti Al-Azhar. Antaranya guru-gurunya ialah Syeikh Darwish Khudr, Syeikh Hassan Tawil dan Syeikh Jamaluddin Al-Afghani. Beliau ialah seorang tokoh reformis atau tajdid Islam pada zamannya. Beliau berani mengemukakan ideanya walaupun mendapat rintangan. Ideanya telah membawa perubahan kepada Al-Azhar dan sistem mahkamah Mesir. Beliau terlibat dalam Revolusi Urabi yang ingin menggulingkan British di Mesir. Beliau dibuang negara pada 1882. Beliau pernah menjadi Ketua Hakim Mahkamah Rayuan Mesir, anggota Majlis Pengurusan Al-Azhar dan Mufti Mesir pada 1899-1905. Beliau banyak memberi idea dalam mereformasikan pendidikan. Penulisannya cukup berpengaruh ke serata dunia Islam. Tanah Melayu juga terkesan dengan pemikiran beliau ketika itu. Sebuah dewan di kampus Universiti Al-Azhar Kaherah dinamakan sempena namanya.
[23] Lihat : Dr.Abdul Jalil Isa, sisipan Majalah Al-Azhar Keluaran Ramadan 1434H: Ma La Yajuzu Fihi Al-Khilaf Baina Al-Muslimin, Majmak Buhus Al-Islamiah, m.s 84
[24] Ibid, m.s 85
Rujukan :
1) Al-Ijtihad Baina Haqaiq At-Tarikh Wa Mutathollibat Al-Waqie`, Ustaz Dr.Ahmad Buud, Dar As-Salam, 2005.
2) Al-Ulama Baina At-Tauqir Wa At-Tathowwul, Dr.Talaat Muhammad Afifi, Dar As- Salam, 2002.
3) Sisipan Majalah Al-Azhar Keluaran Ramadan 1434H: Ma La Yajuzu Fihi Al-Khilaf Baina Al-Muslimin, Dr.Abdul Jalil Isa, Majmak Buhus Al-Islamiah, Julai/Ogos 2013.
4) Terjemahan Sunan Tis`ah berbahasa Indonesia.
5) Kamus Miftah Arab-Melayu-Inggeris
6) dar al-ifta.org
9) www.alazhar-assyarif.gov.eg
10) Facebook Al-Azhar
11) Facebook R.N.N.
Disediakan oleh:
Barisan Felo MANHAL 
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2013
"Membentuk Dengan Acuan Al-Azhar"
"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Rabu, 17 Julai 2013

Ramadhan Bukan Pesta Makanan

  RAMADHAN BUKAN PESTA MAKANAN


Alhamdulillah dah seminggu kita puasa ,
semua pastinya sudah arif semester pertama (10 pertama) universiti ramadhan ini kita berada dalam semester RAHMAT .
Di dalam minggu pertama berpuasa inilah Allah memberikan rahmat sebanyaknya kepada kita . Moga kita berada dalam golongan yang dirahmati Allah .

Ironinya , ada sebahagian umat islam yang hanya berjaya menahan nafsu dari terbit fajar hingga terbenam matahari dan kembali menjadi hamba nafsu tatkala azan maghrib kedengaran . nau'zubillahiminzalik .

Maka objektif Universiti ramadhan tak kesampaian malah diabaikan . Ramadhan sepatutnya menjadi medium penjana iman dan takwa dalam diri malangnya menjadi bulan  syurga bagi nafsu . Apa sahaja yang diinginkan nafsu ditunaikan apabila terdengar laungan azan .
Puasa hanya dianggap sebagai adat setiap tahun , bukan lagi ibadat yang menjadi tiket ke syurga .

 Hakikatnya yang berlaku pada hari ini ialah kita banyak menghabiskan wang untuk membeli makanan. Sepatutnya, ketika bulan puasalah kita mempunyai lebihan wang kerana tidak lagi perlu berbelanja untuk sarapan, makanan tengah hari, minum petang dan makan malam. Sebaliknya yang berlaku ialah perbelanjaan pada bulan Ramadhan telah meningkat berbanding bulan biasa.

Sepatutnya dalam bulan yang berkat ini kita kurangkan makan, banyakkan solat sunat, banyakkan bersedekah, dan apa-apa yang berkaitan. Barulah kita dapat merasakan keberkatan berpuasa. Berbukalah dan bersahurlah dalam keadaan yang sederhana jangan membazir makanan. Anda mampu mengubahnya !


bulan ramadhan bulan barokah

  ramadhan bulan yang penuh rahmah ,

mari kawan kurangkan juadah ,

ayuh kita tingkatkan ibadah .

 

# ramadhan bukan bulan pesta makanan ! # 

Isnin, 1 Julai 2013

rahsia dan fadhilat ramadhan




KEWAJIPAN BERPUASA


Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 dan 185 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”
“Masa yang diwajibkan berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu..”.

Sesungguhnya bulan Ramadhan bulan yang setiap tahun dinantikan ketibaannya oleh setiap umat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberikan terlalu banyak manfaat, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang menghayatinya.

FADHILAT DAN KEUTAMAAN RAMADHAN

Terdapat puluhan hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat umat Islam di akhirat kelak bahkan faedah di dunia ini.


Walau bagaimanapun faedah dan manfaat itu hanya diberikan kepada umat Islam yang taat menjunjung segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Mereka yang ingkar, tidak berpuasa, tidak mengerjakan solat dan lain-lain perintah Allah, tidaklah berhak mendapatnya.
Di bawah ini diringkaskan beberapa maksud hadis Rasulullah s.a.w mengenai fadhilat, kelebihan, keutamaan dan kemuliaan bulan Ramadhan serta amal ibadah yang sewajarnya dilakukan.

· Pintu langit dibuka
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

· Pintu-pintu syurga dibuka
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukankejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.”
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)




· Amal ibadah bulan Ramadhan
Dalam khutbah terakhir bulan Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w. telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan berbagai amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan:




1. Solat sunat tarawih.


2. Solat-solat sunat yang lain.

3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya.

4. Memberikan hidangan berbuka puasa.

5. Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya).

6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah s.w.t.

7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.

8. Banyakkan bersabar, kerana pada bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.

9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah-memfitnah, berbohong dan sebagainya.

· Ganjaran pahala ibadah dan fadhilatnya
Ganjaran pahala mereka yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan Ramadhan adalah berlipat-ganda. Ibadah fardhu diberi pahala sehingga tujuh puluh kali ganda; manakala ibadah sunat diberi pahala seperti ibadah fardhu. Pada keseluruhannya, bulan Ramadhan ini terbahagi kepada tiga bahagian:

1. Untuk mendapat rahmat Allah s.w.t yang mencurah-curah.

2. Untuk mendapat keampunan Allah s.w.t.

3. Untuk mendapat pelepasan dari azab neraka.

FADHILAT YANG LAIN-LAIN


· Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga.

· Doa orang yang berpuasa dimakbulkan Allah s.w.t.

· Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka puasa dan apabila bertemu dengan Allah pada Hari Kiamat kelak.

· Orang yang berpuasa disertai menjauhi segala larangan semasa berpuasa, dan mengerjakan ibadah sunat seperti bertahlil, bertasbih dan seumpamanya, akan dibinakan mahligai yang indah di syurga.
· Setiap kali sujud orang yang berpuasa Ramadhan dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

Demikian sebahagian dari berbagai fadhilat dan kelebihan orang yang berpuasa Ramadhan.

SOLAT SUNAT TARAWIH

Ibadat yang paling besar pahalanya ialah menghayati setiap malamnya dengan solat sunat Tarawih. Menurut sebah hadis Rasulullah s.a.w. yang panjang lebar, terdapat berbagai fadhilat dan faedah termasuk diampuni dosa-dosa dirinya dan kedua ibu bapanya, diberi pahala seumpama pahala tawaf para malaikat di Baitul Ma’mur, bersih dari dosa seperti baru dilahirkan, dibinakan mahligai di syurga, dinaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat dan berbagai-bagai lagi.

Pengertian Solat Tarawih




Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat, fardu Isyak. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih, sebelum di sambung semula.
Tujuan utamanya ialah untuk memneri peluang dan galakan kepada umat Islam supaya suka mengisi waktu yang terluang di dalam bulan Ramadhan, dengan ibadat-ibadat sunat seperti solat Tarawih, solat Witir dan membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain.

Qiamu Ramadhan

Solat Tarawih juga disebut dengan Qiamu Ramadhan. Solat ini dikerjakan seelepas umat Islam mengerjakan solat fardhu Isyak dan waktunya berkekalan sehingga akhir malam. Sebuah Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud bahawa sesiapa yang mengerjakan Qiamu Ramadhan (solat Tarawih) dengan penuh keimanan dan ikhlas mengharap ganjaran dari Allah, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Lailatul-Qadar

Satu lagi keistimewaan bulan Ramadhan ialah rahsia Allah s.w.t. menurunkan malam Lailatul-Qadar dalam salah satu malam dalam bulan Ramadhan tersebut.

Di dalam surah al-Qadr, Allah s.w.t. menjanjikan bahawa mereka yang beramal diberi ganjaran seperti beramal ibadat selama 1,000 bulan atau 83 tahun (maksud al-Quran, surah al-Qadr).

Walau bagaimanapun, hanya Allah s.w.t. jua yang mengetahui, pada malam yang manakah Lailatul-Qadar itu diturunkan. Kebanyakan para ulama menyatakan bahawa Lailatul-Qadar itu diturunkan pada salah satu dari sepuluh malam yang terakhir di bulan Ramadhan. Setengah ulama pula menyatakan bahawa Lailatul-Qadar itu diturunkan pada salah satu malam yang ganjil dari sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadhan.

Istilah Qiamu Ramadhan juga dimaksudkan bahawa umat Islam sewajarnya menghidupkan suasana malam di sepanjang bulan Ramadhan dengan mengerjakan solat, iktikaf dalam masjid, berzikir dan seumpamanya. Sangatlah ruginya mereka yang tidak mahu merebut peluang meraih pahala dengan beribadat solat Tarawih setahun sekali ini. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia dan penuh keberkatan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.”
(Hadis riwayat Bukhari)

Hukum Solat Tarawih

Hukum solat Tarawih ialah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaannya menjadi penyempurnaan bagi ibadat puasa yang wajib dan memang banyak pahalanya. Mereka yang mengerjakan ibadat puasa tetapi tidak mengerjakan solat sunat Tarawih pada malamnya, seolah-olah menjadi tawar dan hambar; Berjaya tetapi tidak cemerlang. Sesungguhnya sangatlah rugi mereka yang berpuasa Ramadhan tetapi tidak melengkapkannya dengan solat sunat Tarawih.

Berjemaah lebih utama

Sebagaimana yang diamalkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w., solat sunat Tarawih boleh dikerjakan dengan bersendirian ataupun secara berjemaah di masjid atau surau. Telah sepakat pendapat bahawa adalah lebih afdhal solat sunat Tarawih itu dikerjakan dengan berjemaah.

Solat Tarawih 20 Rakaat


Umat Islam di Malaysia khasnya mengerjakan solat sunat Tarawih dua puluh rakaat semenjak dahulu lagi. Ada sebahagian kecil shaja yang solat lapan rakaat.
Demikian juga umat Islam di negara-negara lain. Jika anda pergi ke Mekah dalam bulan Ramadhan maka anda akan dapati solat sunat Tarawih di masjid AL-Haram Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah dikerjakan dua puluh rakaat.

Solat Sunat Witir


· Jika anda berniat hendak bangun tengah malam, mengerjakan solat sunat Tahajjud, solat Hajat, solat Tasbih dan sebagainya, maka solat sunat Witir ini bolehlah ditangguhkan, dan dilaksanakan yang terakhir sekali iaitu setelah selesai dikerjakan semua solat-solat tersebut.

· Kebanyakan orang ramai yang mendirikan solat Tarawih berjemaah di masjid atau surau, biasanya akan terus mengerjakan solat sunat Witir tiga rakaat (dua salam) dengan berjemaah, sebaik sahaja selesai solat sunat Tarawih.

AMALAN DI MALAM BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan adalah bulan untuk memperbanyak dan melipatgandakan amal ibadat. Allah s.w.t. telah menjanjikan untuk mengurniakan pahala dan kelebihan yang berlipat ganda, termasuk juga balasan syurga. Di antara banyak amal ibadat yang boleh dilakukan ialah iktikaf serta beribadat di dalam masjid, Qiamullail dan solat sunat Tasbih, berzikir, bertahmid, membaca al-Quran dan sebagainya.

1. Iktikaf 10 Hari Terakhir Ramadhan

Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. dan Ibnu Umar, bahawa Nabi s.a.w. telah beriktikaf di dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.

Rasulullah s.a.w. meluangkan masa yang lebih untuk beriktikaf di masjid dan beamal ibadat, mendekatkan diri kepada Allah s.w.t., dengan lebih tenang, aman dan khusyuk. Baginda memutuskan kesibukannya dengan dunia luar, lalu dengan penuh khusyuk dan tawadhuk beriktikaf dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Kaifiat Iktikaf

· Hendaklah suci daripada hadas kecil dan besar dan juga dari sebarang najis.

· Iktikaf hanya sah dilakukan di dalam masjid sahaja. Kaum wanita boleh iktikaf di dalam rumah, di tempat yang dikhaskan. Jika bersuami hendaklah meminta izin suami terlebih dahulu.

· Mereka yang sedang iktikaf hanya diharuskan keluar dari masjid untuk menunaikan keperluan-keperluan yang pokok sahaja, seperti makan minum, membuang air dan seumpamanya. Keluar dari masjid untuk bersetubuh dengan isteri tidak dibenarkan.

Iktikaf di dalam masjid boleh dilakukan siang atau malam. Mereka yang beriktikaf untuk menunggu Malam Lailatul-Qadar seharusnya beriktikaf pada malam hari, selepas solat Tarawih dan Witir hingga menjelang subuh.

2. Kelebihan Malam Lailatul-Qadar

Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran surah al-Qadar, malam Lailatul-Qadar itu mempunyai fadhilat dan kelebihan yang amat besar. Faedah dan ganjarannya bagi mereka yang beriktikaf dan beribadai pada malam tersebut adalah menyamai ibadat beriktikaf selama 1,000 bulan atau 83 tahun.
Rasulullah s.a.w. sangat menggalakkan supaya umat Islam berusaha mencari dan beriktikaf di malam Lailatul-Qadar itu. Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Carilah malam Lailatul-Qadar pada bilangan yang ganjil di dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.”

(Hadis riwayat Bukhari, Muslim at-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang lain, yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas menyatakan bahawa baginda bersabda yang bermaksud:
“Carilah malam Lailatul-Qadar di dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan; pada malam yang ke 21, 23 dan 25.”
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasai, at-Tarmizi dan Imam Malik)

Imam-imam mazhab termasuk Imam Syafie masing-masing telah membuat kajian- ada yang berpendapat malam Lailatul-Qadar itu berlaku pada malam 27 Ramadhan, 21 Ramadhan dan sebagainya, masing-masing dengan hujahnya. Bagaimanapun Allah jua yang mengetahuinya.

Tanda-tanda Malam Lailatul-Qadar

Hassan al-Basri meriwayatkan bahawa tanda-tanda turunnya Malam Lailatul-Qadar, diantaranya ialahsuasana alam pada malam itu tenang, damai dan tenteram, tidak panas dan tidak pula terlalu dingin. Cahaya matahari keesokan harinya tidak terik.


Dalam Sahi Muslim disebutkan bahawa pada Malam Lailatul-Qadar seramai 70,000 malaikat turrun dari Sidratul-Muntaha ke bumi. Mereka membawa rahmat Allah memasuki rumah-rumah dan memberi salam kepada orang-orang Islam, kecuali rumah orang yang ada anjing. Apabila matahari naik esoknya, malaikat-malaikat itu naik semula ke langit dengan serentak. Sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas cahaya matahari, menyebabkan suasana di bumi dingin dan tenang. Antara amalan yang boleh dilakukan pada malam Lailatul-Qadar ialah Solat Sunat Lailatul-Qadar, zikir, tasbih, berdoa, beriktikaf dan sebagainya.

* sumber

Rabu, 26 Jun 2013

MENGAPA SYIAH WAJIB DI TOLAK



Syiah sesat! Selamatkan dirimu



Akhir-akhir ini terdapat kecenderungan sebahagian umat Islam mencemuh dan mengutuk para sahabat Nabi r.hum. seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan lain-lain, bahkan lebih parah lagi melabelkan sahabat-sahabat tersebut sebagai munafiq dan kafir. Mereka melontarkan tuduhan bahawa sahabat menyembunyikan fakta-fakta penting agama dan juga menyelewengkan al-Quran. Mereka meragui kebenaran dan kesahihan ajaran Islam yang ada pada hari ini kerana ianya dibawa oleh sahabat Nabi s.a.w yang dikatakan munafik dan kafir dan sebagai alternatif mereka cuba menampilkan satu bentuk ajaran lain (Syiah) yang kononnya datang dari anak cucu Nabi s.a.w. (Ahlul bait)
Risalah ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada masyarakat
mengenai fahaman Syi‘ah* supaya mereka menjauhi dan tidak terpengaruh dengan
fahaman tersebut dan juga bertujuan untuk menyedarkan mereka yang terbabit
bahawa fahaman Syi‘ah adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.
“Individu yang dikatakan Imam oleh golongan Syiah sebenarnya tidak pernah mengaku menjadi imam atau mengajar segala ajaran yang dipegang oleh Syi’ah. Mereka diangkat sebagai Imam oleh golongan Syiah sebagaimana orang Kristian mengangkat Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan (walhal Nabi Isa a.s. sendiri tidak pernah mengaku menjadi anak tuhan).”
SIAPAKAH SYI‘AH?
Syi‘ah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan mereka mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang sahaja. Inilah  perkara pokok yang membezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-golongan yang lain. Terdapat beberapa aliran di dalam Syi‘ah itu sendiri tetapi pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep yang tersebut di atas iaitu mengkafirkan sahabat. Risalah ini akan memberikan tumpuan kepada Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah (Syiah Imam 12) kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah berhubung dengan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah. Syi‘ah inilah yang dipertikaikan oleh para ‘ulama’ di setiap tempat pada masa ini. Mereka adalah ramai bilangannya dan agak popular terutamanya selepas tercetusnya revolusi Iran.
SYI‘AH IMAMIYYAH ITHNA ‘ASYARIYYAH
Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah ialah Syi‘ah yang mempercayai 12 orang imam yang dilantik oleh Allah secara berturutan seperti di bawah ini:-
1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)
Muzakarah Jawatankuasa FatwaMajlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam keputusannya yang bertarikh 5 Mei 1996 telah mewartakan kesesatan Syi‘ah dan mengharamkan pengamalannya di Malaysia. Antara negeri yang telah mewarta dan
mengharamkan Syi‘ah;
Selangor:
19  Januari 1998
W.Persekutuan:
3  April 1997
Terengganu:
25 September 1997
P. Pinang:
16 Januari 1997
N.Sembilan:
12  Mac 1998
Kelantan:
September 1987
Rujukan Lanjut:
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/
syiah.html
Lakaran Imam 12 Syi`ah

Implikasi Sekiranya Ajaran Syiah Menular Terhadap:
Agama Islam: Asas-asas agama Islam seperti al-Quran dan Sunnah ditolak. Islam diberi gambaran yang buruk.
Kerajaan: Jatuhnya kerajaan seperti Iraq dan Iran. Umat Islam Ahlus Sunnah akan dizalimi, dianiayai dan didiskriminasi.
Ummah: Perpecahan, persengketaan malah pembunuhan akan berlaku di kalangan ummah.
Keluarga: Keruntuhan rumahtangga, perbalahan antara anggota keluarga dan lain-lain.
AMALAN-AMALAN DAN AJARAN SYI`AH YANG BERTENTANGAN DENGAN AGAMA DAN FITRAH MANUSIA
(Bersumberkan Kitab-Kitab Syiah)
*Imam Ja’far as-Sadiq berkata: “Pada tanah perkuburan Husain a.s. terdapat
penawar daripada segala penyakit dan ia adalah ubat yang paling besar.” (Man La
Yahdhuru al-Faqih j.2 hal. 600, Tahzib al-Ahkam j.2 hal. 26)
*Abu Hasan a.s. berkata: “Aurat itu ada dua iaitu qubul (kemaluan) dan dubur,
dubur ditutup oleh dua papan punggung, apabila telah ditutup kemaluan dan dua
telurnya maka auratnya telahpun ditutup.” (Al-Furu’ min al-Kaafi j.6 hal.51, Tahzib
al-Ahkam j.1 hal. 374)
*Imam Hassan al-Askari berkata: “Sesungguhnya ibu-ibu kami tidak
mengandungkan kami para imam di dalam perut mereka tetapi dipinggang dan
kami dilahirkan bukan melalui rahim tetapi melalui paha sebelah kanan kerana
kami adalah titisan cahaya Allah yang bersih dan dijauhkan daripada sebarang
kotoran.” (Bihar al-Anwar j. 51 hal. 2, 13, dan 17, I`lam al-Wara hal. 394)
*Khomeini berfatwa: “Mengikut pendapat yang kuat dan masyhur harus
menyetubuhi isteri pada dubur walaupun hal itu tidak disukai.” (Tahrir al-Wasilah
masalah ke 11 hal. 241)
*Abu Hasan bertanya Ja’far as-Sadiq tentang menyewa faraj, meminjamnya dan
menghadiahkan kepada sahabat-sahabat lalu beliau berkata: “Tidak mengapa.” (AlIstibsar j. 3 hal. 141)
*Memenuhi kehendak syahwat seperti meraba dengan penuh syahwat, memeluk,
mengacukan kemaluan ke paha kanak-kanak termasuk ke paha bayi yang masih
menyusu adalah diharuskan. (Khomeini, Tahrir al-Wasilah j. 2 hal. 216)
*Tafsiran pelik Syi’ah antaranya ayat 19,20 surah ar-Rahman yang bermaksud: “Dia
biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula
bertemu, Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing
tidak melampaui sempadannya”. Imam tafsir Syi’ah Ali bin Ibrahim al-Qummi
menukilkan riwayat daripada Ja’far as-Sadiq, katanya: “Ali dan Fatimah adalah dua
laut yang dalam salah satu tidak melampaui satu lagi”. (Tafsir al-Qummi jil. 2
hal.345)

*Tulisan di atas Kaabah Syiah
‘Ali Jaan’ yang bermaksud
‘Ali Adalah Kesayanganku’
Kaabah yang dibangunkan Syiah di Karbala
TANDA-TANDA SESEORANG TELAH DIPENGARUHI / TERJEBAK DENGAN SYIAH
Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini ini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang.
* Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar & Umar
* Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w.
* Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isya’ tanpa sebarang sebab.
* Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.
* Sujud di atas batu Karbala ketika solat.
* Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.
* Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.
* Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya’.
* Memarahi orang yang puasa Asyura.
* Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (imam
mahdi).
Maklumat lanjut berkenaan Syiah boleh
didapati melalui laman web di bawah:
1. http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html
2. http://www.abunaaielah.blogspot.com
3. http://www.tenteradajjal.blogspot.com
4. http://www.hakekat.com
5. http://www.kr-hcy.com/shia
6. http://www.ansar.org/english
7. http://www.alburhan.com/
12 orang Imam dengan ciri-ciri yang tertentu. Mereka juga dikenali dengan Imamiyyah sahaja. Nama lain bagi mereka ialah Ja’fariyyah kerana sebahagian besar ajaran mereka dikaitkan dengan Imam Ja’far as-Sadiq. Rafidhah juga merupakan gelaran mereka kerana fahaman-fahaman dan ‘aqidah-‘aqidahnya yang melampau.
Mereka percaya Imam Kedua Belas (Muhammad bin Hasan al-Askari) telah ghaib dan akan bangkit sebagai Imam Mahdi sebelum kiamat untuk menghukum Abu Bakar, Umar, Aisyah dan sahabat2 yang lain di dalam peristiwa raj’ah (kebangkitan sebelum kiamat).
Mereka juga percaya kepada al-bada’ (tuhan jahil), penyelewengan al-Qur’an,
kemurtadan para sahabat termasuk Sayyidina Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman r.a. dan sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w. yang lain, kemaksuman (tidak berdosa) para imam.
Fahaman Syi’ah dipercayai mula merebak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Khomeini di Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman ini menular ke negara ini melalui propaganda-propaganda mereka seperti bahan cetak, teknologi internet, orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran dan sebagainya.
Fahaman Syi‘ah ini semakin tersebar luas apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkannya secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi. Pengaruh fahaman ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kedah, Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan, Selangor dan lain-lain.


ANTARA AKIDAH SYI’AH YANG MENYELEWENG DAN BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAM

AGAMA SYI‘AH- Penyelewengan Al-Quran. Golongan Syi’ah terutamanya ulama-ulama yang menjadi paksi kepada
agama mereka beri’tiqad bahawa al-Quran yang dihimpunkan oleh sahabat-sahabat r.a. dan berada di tangan umat
Islam sekarang telah diselewengkan dan ditokok tambah. Antaranya Sayyid Ni`matullah al-Jazaairi mengatakan:
“Bahawa tokoh-tokoh Syi‘ah telah sepakat tentang sahihnya hadits-hadits yang sampai ke peringkat mutawaatir yang
menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan al-Quran (An-Nuuri At-Thabarsi, Fashlu al-Khitaab, hal.
30). Pegangan tersebut adalah berdasarkan kepada lebih daripada dua ribu riwayat sahih daripada imam-imam
maksum di sisi mereka yang jelas menunjukkan berlakunya tahrif (penyelewengan) di dalam al-Quran.
AGAMA ISLAM- Ulama-ulama Islam sepakat kepercayaan bahawa al-Quran telah diselewengkan adakan satu
kekufuran. Ibnu Qudamah berkata: “Tiada khilaf di kalangan orang-orang Islam pendapat tentang kufurnya orang yang
mengingkari al-Quran sama ada satu surah atau satu ayat atau satu kalimah yang disepakati bahawa ia adalah alQuran.” (Lam’ah al-I’tiqad Bab Al-Quran Adalah Kalam Allah jil. 1 hal. 17).
AGAMA SYI‘AH- Kepercayaan Bahawa Imam 12 Dilantik Dari Pihak Allah, Mempunyai Sifat-Sifat Kenabian Bahkan
Imam Dianggap Lebih Tinggi Daripada Nabi. Dinyatakan dalam Kitab `Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad
Redha al-Muzaffar, hal. 72: Akidah Kami Tentang Imam itu Maksum Kami mempercayai bahawa imam-imam itu seperti
nabi-nabi, ia wajib maksum dan terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan yang tersembunyi,
semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa sebagaimana mereka juga terpelihara daripada sifat lupa,
tersalah dan lain-lain. Khomeini menyatakan: “Kita tidak dapat menggambarkan para imam itu mempunyai sifat lupa
dan lalai.” (Khomeini, Al-Hukumah Al-Islamiyah, hal. 91) Khomeini berkata lagi: “Sesungguhnya imam itu mempunyai
kedudukan yang terpuji yang tidak sampai kepadanya malaikat yang hampir kepada Allah dan nabi lagi rasul”. (AlHukumah al-Islamiah – hal 52)
AGAMA ISLAM- Maksum adalah sifat khusus para nabi dan rasul. Memberikan sifat tersebut kepada orang lain selain
dari mereka bermakna menafikan ‘akidah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah penyudah sekalian nabi-nabi. Allah
berfirman: “Nabi Muhammad itu bukan bapa bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan
penutup Nabi-nabi.” (Al-Ahzab 40)
AGAMA SYI‘AH- Al-Bada.’ Dari segi bahasa al-Bada’ bermaksud nyata sesuatu yang sebelumnya tersembunyi.
Menurut akidah Syi‘ah, al-Bada’ ialah ilmu Allah berubah-ubah berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Dalam kata
lain, Allah mengetahui sesuatu perkara hanya selepas berlakunya perkara tersebut. Ini bermaksud Allah jahil atau tidak
mempunyai ilmu yang meliputi. An-Naubakhti menyebutkan bahawa Ja’afar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan
anaknya Ismail sebagai Imam sesudahnya (sebagaimana ketentuan Allah kerana Syi’ah mengatakan imam-imam
dilantik dari pihak Allah) dan beliau telah mengisyaratkan kepadanya semasa hidup lagi, tiba-tiba Ismail mati ketika
beliau masih hidup. Maka Ja’afar pun berkata: “Tidak pernah berlaku kepada Allah (al-Bada’) berhubung dengan
sesuatu seperti mana berlaku kepadanya berhubung dengan Ismail anakku.” (Firaq as-Syiah hal. 84).
AGAMA ISLAM- Ilmu Allah sejak azali adalah meliputi segala sesuatu dan tidak berlaku sebarang perubahan
kepadanya mengikut peristiwa yang berlaku kepada manusia. Allah menjelaskan perkara ini di dalam al-Quran alKarim: “Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan tidak jujur) pandangan mata seseorang, serta
mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.”(Al-Mukmin 19). Dan: “Dan sesungguhnya Allah ilmunya meliputi
segala sesuatu”.(Al-Talaq 12).
AGAMA SYI‘AH – Taqiyyah (berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan
dari ajaran Syi‘ah . Taqiyyah pada hakikatnya adalah “berdusta dan berbohong”. Riwayat-riwayat tentang pentingnya
taqiyyah di sisi Syi’ah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka. Antaranya apa yang dikemukakan oleh alKulaini: Abu Umar al-A’jami katanya Ja’far as-Sadiq a.s. berkata kepadaku “Wahai Abu Umar, Sesungguhnya sembilan
persepuluh daripada agama itu terletak pada Taqiyyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak mempunyai
Taqiyyah dan Taqiyyah itu ada pada tiap-tiap sesuatu, kecuali dalam masalah arak dan menyapu dua khuf (al-Usul Min
al-Kafi, jil. 2 hal. 217).” Di antara hakikat taqiyyah ialah apa yang disebutkan oleh Imam Jaa’far As-Sadiq a.s. kepada
Sulaiman bin Khalid (perawi hadis): “Wahai Sulaiman! Sesungguhnya engkau berada di atas agama yang sesiapa
menyembunyikannya akan dimuliakan oleh Allah dan sesiapa yang menyebarkannya akan dihina oleh Allah.” (Al-Kafi
jil. 2, hal. 222)
AGAMA ISLAM – Jujur dan amanah adalah merupakan ciri penting di dalam Islam sehingga ia menjadi salah satu
syarat kesempurnaan iman. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak beriman orang yang tidak mempunyai sifat amanah.”
(Riwayat Imam Ahmad). Kerana itu ulama Islam di zaman lampau tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh Syi‘ah kerana mereka mengamalkan pembohongan. Sehubungan dengan itu Imam Syafie berkata: “Tidak pernah
aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih pembohong dari golongan Syi‘ah .” (Al-Kifayah, hal. 49, asSuyuti, Tadrib Ar-Rawi, jilid 1, hal. 327)
AGAMA SYI‘AH – Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w. Akidah ini merupakan salah satu ciri yang tidak dapat
dipisahkan dari ajaran Syi’ah dan memisahkannya bermakna meruntuhkan ajaran Syi’ah itu sendiri. Al-Majlisi
mengemukakan satu riwayat berbunyi: Kebanyakan sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq tersembunyi di
zaman nabi. Tetapi apabila wafat Nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq itu melalui wasiat Nabi s.a.w. dan mereka itu
kembali murtad”. (Bihar al-Anwar jil. 27, hal 64). Al-Kulaini meriwayatkan dari Muhammad al-Baqir a.s. katanya: “Para
sahabat telah menjadi murtad sepeninggalan Rasullullah s.a.w kecuali tiga orang dari mereka.” Aku bertanya (kata
perawi): “Siapakah yang tiga itu?” Abu Jaafar menjawab: “Miqdad bin al-Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-
Farisi.”(ar-Raudhah Min al-Kafi, jil. 8 hal 245)
AGAMA ISLAM – Keadilan dan kedudukan sahabat yang tinggi adalah jelas berdasarkan al-Quran. Antaranya: “Dan
orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan
“Ansar” dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan
mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar”.(at-Taubah
100). Mengingkari yang sahabat adalah adil bererti mengingkari al-Quran.
AGAMA SYI‘AH – Menghalalkan Nikah Mut’ah. Nikah Mut’ah adalah sebenarnya perzinaan di atas nama Islam.
Nikah Mut’ah ialah satu bentuk perkahwinan kontrak tanpa wali dan saksi, untuk suatu tempoh waktu tertentu dengan
sedikit maskahwin sahaja dengan tiada sebarang tanggungjawab, nafkah, pusaka dan perkara-perkara lain yang
berkaitan dengan perkahwinan biasa. (al-Kafi jilid 5, ms 286), Perkahwinan ini semata-mata berlandaskan nafsu dan
untuk berseronok. Boleh dikahwini sehingga seribu wanita (Wasaailu As Syiah jil. 14 hal. 480). Diriwayatkan daripada
Muhammad Al-Baqir berkenaan mut’ah katanya: “Ianya bukan termasuk daripada empat (isteri). Mereka tidak
diceraikan dan tidak mewarisi. Mereka hanyalah perempuan yang disewakan.” (al-Kafi jilid 5, ms 284). Tidak
menganggap halal mut’ah seolah-olah tidak beriman. Diriwayatkan daripada Muhammad al-Baqir katanya: “Bukan dari
kalangan kami orang yang tidak mempercayai raj’ah dan tidak menganggap halal mut’ah kita”. (Man La Yahduruhu alFaqih jil.3 hal 458)
AGAMA ISLAM – Nikah Mut’ah yang diamalkan oleh Syi’ah tiada bezanya dengan perzinaan dan pelacuran di
samping merendahkan martabat wanita serendah-rendahnya. Kerana itu ia telah diharamkan oleh Nabi Muhammad
s.a.w buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadits-hadits sahih sebelum Baginda wafat melalui
beberapa orang sahabat dan salah seorangnya adalah Saidina Ali sendiri seperti katanya: “Bahawa Rasulullah s.a.w.
melarang nikah mut’ah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging keldai kampung.” (Riwayat
Ibn Majah dan al-Nasa’i)
Gambar-Gambar Sekitar Perayaan Kufur Syi`ah Tatkala Menyambut 10 Muharram

BAGAIMANA AJARAN SYIAH DISEBARKAN DALAM MASYARAKAT
1. Menghantar pelajar-pelajar dari Iran ke Universiti Awam dan Swasta
2. Menyiarkan artikel berbau Syiah di akhbar perdana dan majalah-majalah
3. Menyebarkan risalah dan buku-buku propaganda Syiah di tempat awam
4. Menyertai expo-expo terutamanya anjuran badan-badan Islam
5. Meresapi dalam jemaah-jemaah Islam
6. Menganjurkan kelas-kelas tahfiz dan terlibat dalam sistem pendidikan bermula dari pra sekolah.
7. Berkahwin dengan pemuda-pemudi Sunni
8. Bergerak aktif di alam siber dengan menyebarkan
dakyah Syiah dan berdebat di forum-forum sunni
Nota: Sebarluaskan risalah ini jika anda prihatin terhadap ancaman yang melanda akidah umat Islam.
Berikut dikepilkan bersama beberapa video sebagai pencerahan buat tatapan kalian. Semoga jelas.

by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ahlan