hadis

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالأَرَضِ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ
Ertinya:
“Dari Abi Umamah al-Bahiliy: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.”

carian

Sabtu, 7 Jun 2014

REVOLUSI PEMIKIRAN KE ARAH MAHASISWA BITARA

REVOLUSI PEMIKIRAN KE ARAH MAHASISWA BITARA 

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

 ‘’ Wahai Tuhan kami , Tambahkanlah bagi kami ilmu dan kefahaman , bukakanlah pelindung dari kesulitan-kesulitan hingga kami dapat menguasai pelbagai bidang dan lapangan ilmu , peliharalah kami dari kesalahan dan kesesatan , Sesungguhnya Engkau mentadbir segala urusan dan Engkau Maha mengetahui alam ghaib . ‘’
 doa imam syafie


Muqadimah

 Peranan mahasiswa seharusnya tidak terbatas dengan definisi ‘ menjadi pelajar di mana-mana  institut pengajian tinggi atau universiti ‘ . Sebaliknya , mahasiswa perlu lebih berjiwa besar dan sedar status kita sebagai ‘ the custodion of knowlage ‘ ( penjaga Ilmu pengetahuan ) . Justeru , bergelar  mahasiswa bermakna menjadi golongan terpelajar yang sedar tentang tanggungjawab keilmuan yang terbeban di atas pundak kita .

 Selain itu, mahasiswa tidak selayaknya hanya belajar di bilik kelas, menyelesaikan tugasan matakuliah, tutorial dan mencapai kecemerlangan akademik, tetapi mahasiswa juga punya tanggungjawab kemasyarakatan dan berperanan sebagai ‘partners in nation building’ dalam kerangka tanggungjawab perkhidmatan sosial demi merealisasikan ‘takaful ijtima’iyy’ dalam batas yang dimungkinkan dengan keupayaan kita .

 Bedasarkan laporan perangkaan pendidikan Negara : sektor pendidikan tinggi 2012 , jumlah enrolmen (bilangan penuntut) mahasiswa Malaysia di seluruh institut pengajian tinggi di dalam dan luar negara ialah sekitar 621,793 orang  . Persoalannya sejauh manakah kita kembalikan hak ilmu kepada masyarakat marhaen lain yang jumlahnya hampir 20 juta ?

 Apabila diajukan persoalan ini , ramai mahasiswa berdalih dengan pelbagai alasan yang biasanya bersandaran dengan slogan, ‘kita perlu memperkasakan asas kita terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu yang lebih komplaks ‘, maka , budaya ilmu akhirnya menjadi ekslusif untuk golongan – golongan tertentu sahaja tanpa berjaya mendekati kefahaman orang awam.
 Rakyat kemudiannya kekal jahil dalam lumpur kekeliruan dan yang lebih menyedihkan , rakyat pula dimaki hamun pabila tidak mengetahui dan memilih pemimpin – pemimpin yang lemah untuk menguruskan negara.
  Ini sangat kontradik dengan peranan mahasiswa. Justeru, revolusi pemikiran harus dimulakan dengan pembinaan syakhsiah (peribadi) harus menjadi asas kepada usaha persiapan mahasiswa untuk cemerlang dalam pengajian, terlatih dalam medan, membina daya kepimpinan seterusnya menyumbang kepada umat dan masyarakat.

Faktor memalapkan pergerakan mahasiswa

1) Budaya masyarakat
Di Malaysia , stereotaip (kebiasaan) masyarakat secara tak lansung menyebabkan sekolah-sekolah menjadi  kilang perusahaan yang menjana ‘robot pemburu A’  .

Bermula dari sekolah rendah, anak-anak diajar bahawa kecemerlangan ialah pencapaian terhadap kuantiti A , sebuah target ilusi kepada kehidupan. Menjelang musim peperiksaan setiap tahun, sekolah-sekolah di seluruh negara akan berlumba-lumba menghasilkan murid “straight A”; menyebabkan ukuran hasil pendidikan terhad kepada aspek Intelek melalui peperiksaan bertulis sahaja .

Sekolah yang fungsi asalnya untuk mengajar tentang kehidupan , indirectly telah  menghakis nilai rohani , emosi, jasmani dan sosial dalam diri pelajar  . Ini menyebabkan generasi Y di bangku sekolah kini bersikap material, Ilmu hanya cukup buat dirinya sendiri dan bukan untuk masyarakat.
 ‘’ Sebelas straight As, masuk universiti, kerja bagus dan hidup senang lenang.’’
Adakah maksud pendidikan , terhad hanya kepada definisi sesempit ini?
Pasti jawapannya tidak . Secara realiti  di dunia global, individu seperti Bill Gates (pengasas Microsoft), Steve Jobs (pengasas Apple), Michael Dell (pengasas Dell) ataupun Mark Zuckerberg (pengasas Facebook) tidak pun manghabiskan pengajian mereka di universiti. Namun keempat-empat individu di atas bukan sahaja berjaya di dalam bidang masing-masing. Mereka bahkan membina sebuah peradaban teknologi baharu lantas menyumbang kepada manusia dengan merevolusi dan merubah gaya kehidupan di dunia ini .

Pendidikan di sekolah harus segera berorientasikan pembinaan individu yang lebih holistik. Tak mungkin seorang anak berbakat seni yang besar dipaksakan oleh masyarakat ke dalam bidang sains kejuruteraan. Tidak adil seorang anak berbakat sastera yang besar dipaksakan oleh masyarakat menjadi produk teknologi perubatan..
Pendidikan juga perlu bersifat menyeronokkan. Anak-anak harus merasa teruja ke sekolah, bukan kerana selalu mendapat banyak A. Tetapi mereka ke sekolah kerana sifat ingin tahu, kerana percaya diri mereka akan sentiasa mempelajari sesuatu yang baharu tentang dunia, tentang perkara yang tidak mereka pernah ketahui sebelum ini. Sekolah adalah institusi mulia untuk proses pertanyaan dan pencarian ilmu, bukan sebuah makmal hafalan ilmu-ilmu sedia ada yang skripnya telah disediakan oleh guru semata-mata untuk lulus peperiksaan. Jika ini tidak diubah  , revolusi pemikran yang kita harapkan , sukar untuk ‘membumi’ hasil daripada budaya segelintir masyarakat yang merendahkan martabat pendidikan ; cuma sekadar membilang kuantiti A .

2) Pencemaran sektor pendidkan


Pendidikan merupakan usaha berterusan ke arah mengembangkan individu secara komprehensif (menyeluruh dan bersepadu) untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek , rohani , emosi dan jasmani seterusnya melahirkan insan yang berilmu , berakhlak mulia dan berketrampilan .
 
Ironiknya , sistem pendidikan kini kian tercemar .Jika dahulu ilmu pengetahuan mempengaruhi persekitaran, tetapi hari ini persekitaran mempengaruhi ilmu pengetahuan dan cara penyampaiannya.
 Jika universiti zaman dahulu bercakap tentang ilmu, universiti kini bercakap tentang produk dan servis. Pelajar merupakan pelanggan mereka (universiti), dan pasaran kerja merupakan panel penilai keberkesanan mereka. Pendidikan hari ini telah menjadi sejenis bisnes yang mula didominasi oleh ‘Orang Industri’.
Pencemaran ini bakal membantutkan keupayaan berfikir mahasiswa . Mahasiswa sehingga dipersoal jika mengemukakan pendapat sendiri; ‘siapa kamu jika ingin berpendapat sedemikian?’ di dalam tesisnya, malah kajiannya dianggap ‘jahat’ jika tidak disandarkan kepada rujukan sebelumnya. Sedangkan sebuah pengkajian sifatnya bukan harus bersifat deskriptif semata, sebaliknya analisa kritikal juga memainkan peranan yang penting.

Pencabulan sistem pendidikan ini bertentangan dengan tradisi keilmuan islam yang ditegaskan oleh Ibn khaldun dalam karyanya muqadimah ,
  ‘’ Pendidikan adalah keupayaan melestarikan dan mewariskan nilai-nilai yang ada dalam masyarakat dan sewajarnya tidak dimonopoli oleh golongan berkepentingan kerana pendidikan adalah pelaburan kepada kemajuan dan masa depan sesebuah negara .’’
Maka , sektor pendidikan harus bebas daripada unsur-unsur perindustrian dan harus diberi nafas baru supaya mahasiswa yang lahir kelak merupakah mahasiswa yang berwawasan dan perperanan besar dalam pembentukan masyarakat .

3) Budaya Hedonisme

  Hedonisme amat sinonim dikaitkan dengan generasi muda termasuk mahasiswa kerana ia sudah sebati menjadi sebahagian daripada budaya hidup yang lahir daripada era pasca-modenisme yang bertunjangkan kepada budaya konsumerisme.

 Budaya hedonisme atau kecanduan keseronokan ini membawa mahasiswa kelembah kemalasan berfikir dan bergerak . Maka golongan ‘bebalisme’ yang sepatutnya sifar dalam kalangan mahasiswa ironiknya kian bertambah .

Amat menyedihkan apabila rata-rata mahasiswa cuma mampu berbicara mengenai sukan , cinta dan hiburan sedangkan sepatutnya di tahap pendidikan tinggi , kita sudah mampu berbicara mengenai perkara-perkara penting yang lebih setara dengan tahap pendidikan kita .  Walaupun aspek hiburan ini tidaklah salah ,tetapi jika tidak dikawal , berkemungkinan mahasiswa kita kekal di dalam penjara pemikiran yang dicipta tanpa sedar oleh budaya masyarakat kita .

Hal ini memangkinkan lagi gejala yang semakin membarah dalam denyut nadi mahasiswa iaitu budaya ‘imitasi’; mahasiswa lebih cenderung ‘meniru’ dari ‘mempersoal’, dan ‘mengambil apa yang ada’ daripada ‘mencari’ serta ‘menurut’ daripada ‘bertanya’ .

Kita amat bimbang kerana simpton-simpton tersebut sudah pun lama bertapak dan bersarang di Malaysia. Kita gagal atau tuli untuk mengambil iktibar sehingga kita hampir mengulangi kitaran yang sama seperti kata-kata George Santayana, “Those who cannot remember the past, are condemned to repeat it”.

Bitara : gagasan keunggulan mahasiswa

Mahasiswa wajar punya cita-cita. Dato Dr Siddiq Fadzil pernah dalam ucapannya di hadapan anak-anak muda secara berseloroh  tapi mesejnya jelas   menyatakan:

“Jangan ditanyakan kepada orang tua, apa cita-citamu, kerana orang tua tidak punya cita-cita melainkan pengalaman. Maka, tanyalah engkau akan pengalamannya. Akan tetapi untuk anak muda, tanyakan apa cita-citanya. Orang muda wajar punya cita-cita “

Ini bermakna, ‘Mahasiswa Bitara’ adalah kelompok mahasiswa yang berusaha membangunkan potensi diri untuk cemerlang dalam akademik, , cemerlang dalam kepemimpinan dan cemerlang dalam kegiatan kemasyarakatan serta seterusnya menjadi jurubicara ummat yang unggul .
Gagasan ‘Mahasiswa Bitara’ bukanlah suatu yang baharu. Istilah ‘bitara’ itu sendiri menggambarkan keunggulan (khairiyah). Dari segi bahasa, kata ‘bitara’ merupakan cantuman dua perkataan iaitu ‘bi’dan ‘tara’. ‘Bi’ merupakan imbuhan pinjaman daripada Bahasa Parsi yang bermaksud ‘tidak’ atau ‘tiada’. Manakala ‘tara’ bermaksud ‘takat’, ‘tahap’ atau ‘had’. Oleh yang demikian, ‘bitara’ membawa maksud ‘tiada had’, ‘tiada takat’, ‘unlimited’. Dalam kata lain, ‘Mahasiswa Bitara’ adalah mahasiswa unggul yang hebat!

Ta’dib kepemudaan

Menurut Prof Syed Naquib Al-Attas, “ta’dib” bermaksud ;

“ keadaan di mana seseorang kenal tempat letak sesuatu dan akhirnya bertindak berdasarkan pengenalan tersebut. Sebagai contoh pengetahuan seseorang untuk meletakkan Allah pada tempatnya sebagai Tuhan yang Agung dan bertindak berlandaskan pengenalan tersebut dengan mentaati segala perintah Allah.”

  Adalah tidak adil sekiranya perbincangan tentang kepemudaan kita lakukan tanpa menyentuh nilai yang ada pada susuk tubuh yang menjadi idola setiap pemuda Islam dan juga dikagumi oleh banyak ilmuan seluruh dunia yang mengkaji tentangnya. Baginda digambarkan oleh Dr Gary Miller sebagai ‘the most admired person in the world ‘ .

Dengan menyelusuri sirah baginda , kita akan dapati bagaimana tarbiyah yang diberikan oleh Allah kepada baginda sebelum dan selepas diangkat menjadi Rasul yang menjadikan baginda hebat dimata penduduk langit dan bumi .

Dalam proses mewujudkan iklim kepemudaan yang lengkap , digariskan beberapa ta’dib  kepemudaan yang yang haris diteliti :


1) Pemuda dan Idealisme 

Idealisme merupakan kekuatan azam , cita-cita , visi dan harapan . Idealisme harus dipandu dengan kekuatan ilmu dan tradisi akaliah ( aspek intelektualisme ) agar cita-cita itu tidak hanya nilai abstark berupa semangat yang sementara semata-mata . Banyak yang mengatakan bahwa keberlansungan keadaban ummat dan Negara berada di pundak pemudannya . Pemuda yang merupakan generasi penerus , tidak dapat dipisahkan dari perjalanan panjang ummat ini . Pemuda tidak boleh hanya memikirkan dirinya sendiri , tetapi harus bersikap proaktif untuk melakukan perubahan demi survival ummat .

Melihat kembali sirah nabi Muhammad, baginda bukanlah lahir dalam suasana masyarakat yang tinggi nilai budinya tetapi baginda lahir dalam kondusi masyarakat yang rendah nilai moral dan sosialnya . Maka , sangat penting untuk kita melihat dan menghayati bagaimana , nilai kesedaran (permulaan nilai idealisme ) lahir dalam pemikiran baginda berdasarkan petunjuk Allah SWT .

Sejak dari kecil , baginda terlatih untuk tidak bergantung kepada sesiapa dan proses latihan ini mengajar baginda untuk berdikari . Baginda kehilangan ayah ketika masih dalam kandungan ibunya , dan ibunya pula pergi mengadap ilahai ketika umur baginda 6 tahun  . Maka , baginda telah dijaga oleh datuknya iaitu Abdul Mutalib .

Seawal umur 6 tahun , baginda telah mendapat pengalaman politik melalui datuk baginda yang merupakan seorang pemimpin dan tokoh yang disegani oleh masyarakat quraish mekah .Namun begitu , datuknya bukanlah orang yang berada , jadi baginda juga dilatih untuk bekerja keras untuk memperoleh sesuatu .

 Kemudian pada umur 8 hingga 12 tahun , baginda mengembala kambing . Pengalaman ini mempersiapkan baginda dengan ilmu kepemimpinan . Ketika berumur 12 tahun , baginda menyertai perjalanan international ( berdagang) , bagi mendapatkan pengalaman pengurusan ekonomi . Baginda juga terlatih dengan pengalaman ketenteraan seawall umur 15 tahun . Seterusnya , ketika umur baginda mencecah 20 tahun , baginda telah menjadi orang yang paling dipercayai . Baginda telah mendamaikan dua puak yang bertelagah . Pengalaman ini menanam nilai diplomasi  dalam jiwa baginda .

Sebelum diangkat menjadi Rasul , baginda telah terdidik dengan semua aspek kepemimpinan . Beliau telah menanam tekad yang tinggi untuk mengubah status kejahilan masyarakat , lalu beliau beruzlah di gua hira’ . Dan pada umur 40 tahun baginda di angkat menjadi Rasul . Jadi sebagai mahasiswa Islam , kita wajar meneruskan perjuangan Rasulullah dengan menghayati kepribadian baginda .

Seringkali pemuda di dendangkan bahawa kita ini , putra ummah , penerus ummat , bakal pemimpin dan pastinya  satu bentuk kebodohan jika mahasiswa tidak mengerti akan kedudukannya sebagai harapan ummah .

 Namun sayangnya , paradigm pemuda saat ini di mata masyarakat lebih identikal dengan huru hara , mementingkan diri sendiri , perkelahian dan keributan , gerakan radikalisasi , atau penyakit sosial lainnya . Paradigma ini harus diubah . Pemuda harus memiliki idealisme untuk bisa releven dalam masyarakat serta menghasilkan sinergi dengan golongan veteran untuk kebaikan ummat . seperti kata-kata prof buya hamka ,
 “ Kerap kali orang tua menyesali pemuda , menuduhnya bekerja terburu-buru dan kurang berfikir . Kerap kali orang muda menuduh orang tua lambat bertindak dan terlalu banyak berfikir ,alangkah sibuknya dunia jikalau pimpinan Cuma ditangan orang muda . Dan dunia akan membosankan kerana lambat geraknya jikalau yang memimpin Cuma orang tua tua . Gabungan antara gelora semangat orang muda dan renungan fikiran yang tua yang menimbulkan keseimbangan di dalam perjalanan hidup “ .


Oleh itu , nilai Idealisme ini perlu lahir dengan kesedaran yang tinggi tentang keperluan kita sebagai mahasiswa untuk menyiapkan diri menghadapi norma masyarakat yang semakin bobrok .


Pemuda dan Intelektualisme

Sebagaimana sebilah pisau adalah alat yang berguna bagi manusia , dan tiap-tiap rumah pasti memerlukannya untuk digunakan di dapur , begitulah juga nilai intelektualisme yang ada didalamnya ruh sains dan teknologi yang berguna bagi maslahat manusia di dunia . Akan tetapi , kita harus tahu bahawa , yang memberi nilai kegunaan bagi pisau itu tentulah manusia  yang menetapkannya bagi memenuhi keperluan hidup . Dan keperluan hidup ini perlu diseimbangkan dengan aspek ketinggian budipekerti dan akhlak agar pisau itu tadi digunakan sesuai dengan tempatnya. “ .
Demikian potongan nasihat syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam karyanya risalah untuk kaum muslimin .

Merujuk kepada nasihat masyur , guru kepada Imam Syafie iaitu Imam Waqi’ , “ Ilmu itu cahaya dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada pelaku maksiat “ . Salah seorang sahabat Nabi SAW pernah berwasiat bahawa , hakikat ilmu itu bukanlah menimbunnya wawasan pengetahuan pada diri seseorang , teptai ilmu itu adalah cahaya yang bersemayam dihati .

Kedudukan Ilmu dalam Islam sangatlah penting , seperti sabdaan Rasulullah ,
Sesungguhnya Allah , para malaikatNya dan penghuni langit dan bumi hingga semut dalam tanah serta ikan di lautan benar-benar mendoakan bagi pengajar kebaikan

Menaggapi kedudukan Ilmu yang penting itu , maka menuntut Ilmu pasti adalah ibadah , memahaminya adalah wujud takut kepada Allah , mengkajinya adalah jihad , mengajarkannya adalah sedekah dan mengingatinya adalah tasbih . Dengan Ilmu , manusia akan mengenal Allah dan menyembahNya . Dengan Ilmu . Allah meniggikan darjat segolongan manusia atas lainnya dan menjadikan mereka pelopor peradaban .

Justeru  , bagi melengkapi peranan mahasiswa sebagai pewaris yang kelak bakal mewarisi kekayaan kebudayaan , mahupun roda pemerintahan suatu bangsa , sebagai pemegang amanah yang amat besar , maka mahasiswa dituntut supaya meningkatkan Ilmu pengetahuan dan minat serta niat yang tulus untuk selalu belajar , bukan hanya tentang matapelajar kuliah sahaja , tetapi harus beretika dan berintelektual.

Para pemuda seharusnya memiliki akal dan instintic , rasional dan instinctive , bebas dan memiliki tanggungjawab ,perilakunya berkembang dan dinamik , kritis , universal dan sistemik . Oleh itu , pemuda khasnya mahasiswa , dituntut untuk sentiasa kehadapan dalam isu nasional dan sejagat .
Semangat pemuda untuk menempatkan ummat dengan martabat yang tinggi haruslah disertai dengan suatu projek peradaban . Projek peradaban disini adalah pemuda harus punyai nilai ‘ mahu membangun bangsanya dengan konsep yang sustainable’ . Bukan hanya projek bersifat sementara yang lenyap dengan hilangnya zaman kepemudaan kita  , tetapi membuat projek dinamik dan komprehensif yang akan diteruskan oleh pemuda masa depan . Pemuda masa kini mempunyai peranan penting untuk membangun pribadi unggul untuk pemuda-pemuda masa depan , sebagaimana yang pernah dilakukan oleh pemuda-pemuda masa lalu untuk kita . Rantaian kepemudaan tidak harus diputuskan begitu sahaja ditangan suatu generasi .
Pemuda dan spiritualisme
Bagi kita umat Islam , sudah tentu kita wajib meletakkan elemen spritualisme berpandukan Al-Quran dan hadis . Makna al-din dalam rangka pengertian Islam sebagaimana yang terdapat dalam Al-Quran memberi maksud ‘ keadaan yang terhutang ‘ dan ‘menaklukkan diri menurut perintah’ dan ‘menjadikan diri lebih bersifat keinsanan’ .
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari saripati yang (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami balut dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Mahasucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.”(Q.S. Al-Mu'minun, 23: 12-14)

Aspek spritualisme ini berkait rapat dengan pendidikan dalam kontaks haraki . Nilai spiritualisme itu harus menyeluruh dan mencakupi aspek-aspek rohani , jasmani dan sosial akli serta menggenapi segala bidang politik , sosial , ekonomi dan lain-lain .
Hal ini kerana , Islam bukanlah sesuatu yang dapat dipisahkan daripada aspek kehidupan yang lain .

Mahasiswa Islam tidak boleh menjadi golongan absurd (bercanggah dengan rialiti) yang hanyut dalam alam fantasi tetapi kita adalah aktivis ditengah-tengah  kencah pergumulan persoalan rialistik , nyata dan praktis .

Gerakan Islam seharusnya menjadi pusat tenaga umat yang komited , mempunyai peranan besar dalam menjayakan cita-cita pembagunan masyarakat . Kita harus kenal rialiti dan berani menanganinya . Gerakan mahasiswa Islam yang dewasa dan matang tidak selamanya berfungsi sebagai kumpulan pendesak atau pressure group  tetapi harus berorientasikan problem solving mampu menyelesaikan masalah dan menawarkan formula-formula praktis berdasarkan pemahaman kepada Al-Quran dan hadis yang kita pelajari .
Imam fakhrudin al-Razi mengatakan , unsur spritualisme harus dilihat dari sudut kecerdasan seorang muslim itu dalam bertauhid . Dalam erti kata lain , elemen idealisme dan intelektualisme harus diadunkan dan dipandu dengan elemen spiritualisme agama Islam , yang menyebabkan kita sentiasa kembali kepada yang satu . Seperti doa Nabi Ibrahim a.s ;
“ wahai Tuhan berikanlah kepadaku hikmah , dan masukkan aku ke dalam golongan orang yang soleh “
Permintaan Nabi Ibrahim agar diberikan hikmah dan dimasukkan kedalam golongan orang-orang soleh menunjukkan permintaan beliau agar kekuatan amaliahnya disempurnakan dengan tidak melanggar dan melampaui batas . Segala apa sudut pandang , sudut ilmu harus kembali kepada worlview yang tauhidik sifatnya . Disinilah uniknya berada dibawah gerakan Islam kerana kita sentiasa membawa nilai rohani dan sentiasa menerapkannya dalam unsur tarbiyah Jemaah .

Maka revolusi pemikiran yang kita harapkan harus berteraskan nilai spiritualisme yang hidup dan dapat mengangkat imej ummah yang kian tercalar .  

Pemuda dan aktivisme ( kesukarelawan)
Kesukarelawan bukan suatu fenomena baru dalam masyarakat kita . Untuk sekian lama masyarakat melayu membudayakan amalan gotong royong sebagai menafsirkan semangat kesukarelawan yang merupakan sesuatu keperluan dalam hidup masyarakat . Adalah satu keganjilan bagi seorang yang tidak melibatkan diri dalam khidmat sukarela atau kerja kemasyarakatan .
Seorang pemuda , setelah dilengkapi ciri-ciri idealisme ,intelektualisme dan spiritualisme harus turun beraktivisme sebagai medan lapangan menguji kekuatan ilmu yang tersemat didada . Perintah-perintah membela kaum mustad’afin (kaum yang lemah) tidak hanya tertumpu kepada golongan pemerintah sahaja , tetapi para seluruh ummat dan individu termasuk mahasiswa .

Tambahan pula , ketika masih muda , kita memiliki masa dan tenaga yang cukup untuk membantu meringankan beban yang tertindas . Maka disinilah keperluan untuk turun beraktivisme . Kerja sukarela menyediakan ruang dan platform untuk kita menyusun masyarakat , memperjuangkan hak-hak kepentingan mereka , mengawal dan menyuburkan nilai-nilai tamadun Khayra ummah , memperjuangkan kebebasan , keadilan dan kesejahteraan secara kolektif dan tersusun .
Kerja sukarela atau gerakan sukarela merupakan salah satu  cara bagi mahasiswa merakyatkan nilai demokrasi dalam kehidupan bermasyarakt . Melalui kerja sukarela  , mahasiswa bukan lagi satu objek yang pasif atau hanya bergantung kepada ihsan dan kemahuan pihak tertentu yang berkuasa dan berpengaruh .
Dalam kontaks yang lain , kerja sukarela dapat meransang kesedaran sosial disamping menyemai keyakinan rakyat terhadap keupayaan kolektif mereka menukarkan keadaan . Kerja sukarela memberikan suatu ‘ sense of power ‘ kepada rakyat biasa untuk melakukan sesuatu yang baik dan bermakna dan tidak lagi menjadi pemerhati atau ‘pak turut’ sahaja .
Selaku mahasiswa Islam pula , kita tidak seharusnya membiarkan Islam hanya kelihatan Indah di atas kertas atau dalam bentuk pidato-pidato atau ceramah-ceramah tetapi harus dapat dirasakan secara nyata dalam kehidupan manusia . Dalam suasana perlumbaan ideologi dan agama untuk merebut pengaruh dikalangan manusia zaman kini , gerakan Islam yang dipelopori oleh mahasiswa perlu tampil di tengah-tengah medan menawarkan penyelesaian secra praktik .

Dato Siddik Fadhil pernah dalam satu ucapannya mengingatkan bahawa ;

“ Perkhidmatan sosial tidak harus terbatas hanya dalam bentuk bantuan kepada mangsa-mangsa kecelakaan tetapi harus meliputi keperluan-keperluan asas (basic needs) manusia iaitu makanan , perumahan , pendidikan , kesihatan dan pekerjaan . Perkhidmatan sosial harus dijalankan dengan stratigi yang bijaksana dan berencana –to help people to help themselves- untuk menolong manusia agar mereka mampu menolong diri sendiri “  
  Jika idealisme , intelektualisme dan spiritualisme itu udara , maka aktivisme itu bernafas . Kita akan menghadapi kesukaran bernafas jika tidak cukup udara , dan apalah gunanya udara jika kita tidak mahu bernafas . Maka revolusi pemikiran ini , harus seimbang nilai-nilai ta’dib kepemudaan supaya mahasiswa bitara dapat kita realisasikan .

Katimah
 ‘Mahasiswa Bitara’ adalah sebuah gagasan untuk mengembalikan makna diri dan menghadirkan keunggulan mahasiswa demi menciptakan sebuah peradaban maju yang diredhoi Allah . Mahasiswa harus sedar bahawa tugas kita bukan
semata-mata menjadi pelajar yang belajar di kuliah untuk menjawab peperiksaan dan memenuhi keperluan pasaran dan Orang Industri semata .
Nilai kesedaran dan aplikasi ilmu masyarakat kita di Malaysia sejujurnya kian merundum dan mahasiswa perlu punyai nilai tambah, serta input ilmu yang mencukupi untuk membantu rakyat di Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Seperti mana statistik mengejutkan yang dikeluarkan oleh Datuk Othman Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM), daripada 6779 pelajar melayu yang gagal subjek agama dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), 1616 gagal mengucap, 1553 gagal dalam aspek rukun Islam, 1901 gagal dalam aspek rukun iman. Dengan membawa gagasan reovolusi pemikiran mahasiswa kita, misi mendidik anak - anak masa hadapan ini tidak lagi terpundak di bahu guru- guru sahaja dan dengan kesedaran dan keterlibatan mahasiswa yang meningkat, usaha mengangkat martabat ilmu dan kefahaman masyarakat bukan lagi sekadar suatu mimpi yang jauh tetapi rialiti masa depan yang pasti kita jayakan bersama !

 Wallahua’lam bisowab
HambaMu yang fakir ,
Mohammad Aiman Nuraref Bin Noordin
Jam 1935 , 7 Jun 2014



BIBLIOGRAFI
Syed Muhammad naquib Al- Attas , Risalah untuk kaum muslimin ,
Dato’ Siddiq Fadzil , Wacana haraki
Mohd Farid Mohd Shahran , Isu-isu dalam pemikiran Islam
Terjemaahan Rohiqul makhtum , syeikh shafiyyurahman Al-Mubarakfuri ; penterjemah : Hanif Yahya
Problem Muslim face in today’s world , Abu jade Isa Michael
 MAHASISWA BITARA: PERSIAPAN MENCIPTAKAN PERIBADI UNGGUL , Mohammad Fazril Bin Mohd Saleh
laporan perangkaan pendidikan Negara : sektor pendidikan tinggi 2012 , kementerian pendidikan Malaysia .
Ucapan dasar ‘ Pemuda tunjang kepimimpinan khayra ummah’ , Mohd Faiz Mohd yusop
Sekolah bukan penjara universiti bukan kilang , Zul Fikri zamir



Sabtu, 23 November 2013

FITNAH TEKNOLOGI



Fitnah teknologi ~


Umat islam semakin bertambah saban hari . Anehnya , pertambahan kuantiti umat islam di dunia tidak menunjukkan kemajuan dan kegemilangan kepada peradaban dan ketamadunan Islam .Kegemilangan Islam zaman silam seolah-olah hanya dijadikan sebagai lagenda di buku-buku dan terlalu minimum pengaplikasiannya dalam kehidupan umat islam generasi Y, khasnya . Hal ini sangat bertepatan dengan sabdaan baginda nabi ,






“ Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengkerumuni sesuatu hidangan “ berkata seorang sahabat , “ Adakah kerana jumlah kita yang sedikit ?“ Nabi menjawab , “ tidak , malah kamu jumlah kamu ketika itu sangat ramai tetapi kamu menjadi seperti buih ketika banjir . Allah mencabut rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan ‘wahan’ dalam hatimu “. Para sahabat lalu bertanya , apakah itu ‘wahan’ ? , Baginda menjawab , “ cintakan dunia dan takutkan mati “ .


Adakah keanehan ini perlu dibiarkan misteri ? Tentu sekali tidak . Setiap permasalahan tentu ada jalan penyelesaiannya dan setiap jalan penyelesaian perlu dikaji dan diselesaikan puncanya .


Maka apakah punca-punca berlakunya kejatuhan moral umat yang semakin membimbangkan ini ? Seperti sabdaan baginda dalam hadis diatas , punca utama kejatuhan moral umat ialah terlalu cintakan dunia dan terlalu takutkan mati . Hari ini , jika kita perhatikan ,masyarakat kita kebanyakannya hanyut dengan kelalaian hiburan bersifat duniawi . Mereka telah lupa tujuan mereka diciptakan dan kewajipan mereka setelah dimuliakan Allah dengan nikmat Iman dan nikmat Islam .






Syeikh Yusuf Al-Qaradawi menegaskan dalam kitabnya yang mahsyur iaitu “wajibussyababulyaum” (kewajiban pemuda hari ini ), bahawa setiap pemuda Islam perlu berusaha untuk melaksanakan 4 kewajipan . Pertama ,kewajipan memahami islam secara sahih . Kedua , kewajiban beramal dengan Islam . Ketiga , kewajipan berdakwah kepada islam . Keempat , kewajipan bersatu atas islam (berjemaah) . Persoalannya , berapa ramaikah umat Islam khususnya para pemuda , melaksanakan tuntutan ini ?






Dunia kini menghadapi fasa-fasa terakhir dalam pengevolusiannya .Ironinya , Kecanggihan teknologi abad ini telah “ membutakan mata “ ramai umat islam daripada melihat usia sebenar dunia yang semakin nazak . Kelalaian ini telah memberikan kegembiraan kepada para musuh Islam .






Sebagai contoh , teknologi seperti facebook , twitter , wechat , viber dan pelbagai aplikasi canggih yang lain telah memerangkap ramai para pemuda Islam yang mana sedikit sebanyak menambah serta meningkatkan jurang hubungan mereka dengan Pencipta sekali gus melenyapkan rasa takut kepadaNya . Kenapa ini terjadi ?






Bedasarkan pemerhatian ana , teknologi canggih ini membahagikan pemuda Islam kepada 4 jenis golongan . Pertama , golongan yang buta hati , buta agama . Golongan ini seolah-olah menjadikan kecanggihan teknologi dan hiburan sebagai “tuhan” .Mereka tidak mampu hidup tanpa hiburan . Mereka mengadu segala-galanya kepada teknologi e.g (facebook) seolah-olah ia dapat membantu mereka menyelesaikan masalah .Mereka tanpa rasa malu post dan share gambar-gambar “mengawan” bersama kekasih masing-masing . Mereka sedar dan tahu adanya syurga dan neraka tetapi tidak pernah terlintas di jiwa mereka untuk melakukan tuntutan agama . Mereka menganggap teknologi dapat memberikan kepuasan dan kebahagiaan kepada mereka . Mereka dengan bangganya mendedahkan aurat dan bahagia apabila dipuji . Golongan yang memuji juga termasuk dalam golongan ini kerana mereka menggalakan lagi rakan-rakan mereka untuk post/share perkara-perkara maksiat . Malangnya , ramai pemuda Islam berbangsa melayu berada dalam golongan ini .






Kedua , golongan yang buta hati , celik agama . Golongan ini terbahagi kepada dua. Yang pertama, ada asas agama dalam jiwanya tetapi tidak mahu menggunakan teknologi untuk mengajak kepada kebenaran dan melarang kepada kebatilan .Mereka Cuma menggunakan teknologi untuk kepentingan diri mereka sendiri . Mereka juga suka untuk berdiam diri dan hanya mampu melihat maksiat di hadapan skrin gajet mereka tanpa ada usaha untuk mencegahnya . kedua , ada asas agama dalam jiwanya tetapi mereka Cuma menumpukan hal-hal kecil dalam agama dan mengabaikan perkara yang lebih penting .Mereka juga terlampau syadid(tegas) dalam mengkritik orang lain. Golongan seperti ini juga tidak memberi harapan kepada orang yang jahil tentang agama untuk berubah dan insaf . Contohnya, mengutuk orang yang jahil tanpa mendoakan perubahan mereka , Cuma menggelengkan kepala apabila melihat rakan-rakan mereka membuat maksiat tanpa ada usaha untuk membantunya insaf .






Ketiga , golongan yang celik hati , buta agama .Golongan ini tahu kepentingan teknologi untuk menyeberluaskan agama tetapi mereka cuma share , post atau copy tanpa ada kesedaran untuk mengamalkan agama dalam kehidupan . Kadang-kadang , golongan ini juga menggunakan agama untuk mendapat populariti . Mereka berasa bangga apabila dipuji dan di’like’ status mereka. Mereka Cuma menjadi “keybord warrior” di dunia fantasi tetapi tidak mahu mengikuti kuliah-kuliah agama di dunia yang nyata. Mereka kurang rasa hormat kepada ulama .Golongan ini juga gemar “ tunjuk pandai “ dengan menyesatkan ulama hanya kerana pandangan ulama berbeza dengan pengetahuan yang baru mereka jumpa hasil talaqi dengan syiekh google. Golongan seperti ini juga tidak suka ditegur . Bagi mereka , mereka betul dan tidak ada salah . Apabila diajak untuk ke kuliah-kuliah agama , mereka memberi pelbagai alasan tetapi jika diajak untuk menonton perlawanan bola sepak atau pergi menonton wayang dan sebagainya , mereka setuju tanpa syarat .






Keempat golongan yang celik hati dan celik agama . Golongan ini sangat sedikit di dalam alam maya . Mereka mengamalkan ilmu dan mengajak orang lain menunutu ilmu dan mengamalkan ilmu . Mereka sedar kepentingan untuk berdakwah . Mereka memberi nasihat dengan penuh hikmah . Mereka tidak mudah melenting apabila ditegur . Golongan seperti ini juga mudah didekati dan mudah mendekati . Mereka memberi harapan kepada orang untuk berubah . Mereka ikhlas memberi nasihat . Majlis-majlis ilmu merupakan tempat mereka menghilangkan lelah dan tidak malu untuk sebarkan input-input dalam majlis ilmu tersebut . Dan kebanyakan daripada meraka berjemaah .






Golongan satu , dua dan tiga ini telah termakan dengan umpan yang diberikan oleh musuh Islam . Ringkasnya , inilah yang dinamakan “fitnah teknologi” . Apabila perkembangan intelektual tidak selari dengan perkembangan teknologi , maka teknologi itu menjadi parasit kepada iman . Parasit ini perlu diberikan penawar dengan kadar segera supaya tidak menjadi barah yang membahayakan diri mereka dan mampu menjangkiti orang lain . Dalam bahasa mudahnya , kesalahan penggunaan teknologi ini boleh menjadi fenomena , trend dan ikutan dalam kalangan masyarakat . Sebagai contoh , isu kapel seminggu ,isu pakcik bodoh (istri makyo), isu menari di plkn , isu macam comel je dan pelbagai isu yang menjadi satu fenomena menunjukkan tahap intelektual kebanyakan masyarakat kita berada di tahap yang membimbangkan . Lebih bahaya lagi , apabila kesalahan , dosa dan kesilapan sudah sebati dengan jiwa masyarakat , kebaikan , pahala dan kebajikan sudah hilang nilainya . Oleh itu , parasit-parasit ini perlu dibaiki dan diubati segera supaya dapat menjamin masa depan dan kegemilangan Islam . Jika kita hanya bercakap tentang Negara islam , tanpa ada usaha untuk mengubati penyakit jiwa masyarakat , sampai bila Negara Islam bayangan kita itu akan tercipta ? Sangat-sangat ditegaskan , Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk berhibur kerana inginkan hiburan itu satu fitrah . Tetapi Islam telah gariskan panduan untuk umatnya supaya mereka tidak tersesat dan tersasar daripada tujuan mereka diciptakan iaitu untuk menjadi hamba dan khalifah dibumi Allah .






Kesimpulannya , tidak ramai umat Islam yang menggunakan teknologi canggih di zaman era globalisasi ini untuk membangunkan Islam . Jadi , kita sering ketinggalan dan mudah dimanipulasi sewenang-wenangnya oleh golongan kafir tanpa kita sedari . Oleh itu , tidak ada alasan lagi untuk kita berdiam diri . Sebagai seorang manusia yang Allah muliakan dengan nikmat kelapangan dan nikmat kesihatan , sangat rugi sekiranya tidak ada usaha daripada kita untuk menjadi seorang mukmin yang musleh (mampu mengajak orang menjadi baik) . Jika kita takut tidak dihormati , atau takut dicaci serta dimaki , Ingatlah motivasi yang Allah hadiahkan khas untuk para pejuang agamanya , mafhumnya, “ Wahai orang-orang yang beriman , jika kamu menolong agama Allah , Allah akan menolong kamu dan mengukuhkan kedudukan kamu . “( Muhammad : 7 )






“ wahai orang-orang yang beriman , mahukah kamu Aku tunjukan satu perniagan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab siksa yang tak terperi sakitnya ? . iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulNya ,serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu , yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui . (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu dalam taman-taman yang mengalir dibawahnya beberapa sungai serta ditempatkan kamu dalam tempat tinggal yang baik (iaitu) syurga And , Itulah kemenangan yang besar . Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai , iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang cepat dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman “ As-saf : 10-13






-hambaMu yang fakir-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ahlan